Showing posts with label Sudut Agama. Show all posts
Showing posts with label Sudut Agama. Show all posts
9


Rasulullah s.a.w. pernah bersabda bermaksud: Jangan ceritakan mimpi kamu itu kecuali kepada orang alim atau orang yang berniat baik (penasihat). Abu Hurairah r.a. berkata, Rasulullah s.a.w. pernah bersabda bermaksud: Jangan ceritakan mimpi itu kecuali kepada orang alim atau orang yang cerdik akalnya.
Kalau bermimpi perkara yang baik bersyukurlah. Kalau mimpi yang tidak baik pula, bacalah "A'uzubillah…, ludah dan pusing badan atau tukar cara tidur.

Dalam hadith disebut sesiapa yang tidak pandai menta'bir mimpi tetapi tetap juga menta'bir, maka berdosalah dia. Orang yang pandai-pandai mentafsir mimpi akan disuruh menyimpul biji-biji gandum di akhirat nanti kerana pandai-pandai membuat simpulan mimpi.

Adakalanya apa yang akan berlaku datang sebelum ia berlaku. Namun hanya orang alim yang mempunyai kekuatan rohani boleh menta'bir atau mentafsir mimpi. Mereka mampu mentafsir alam arwah dan memahami pergerakan roh. Misalnya, Muhammad Ibn Sirin adalah seorang ulama terkenal dalam bab ta'bir mimpi (tafsir mimpi). Beliau pernah ditanya oleh 2 orang yang bermimpi rumah mereka terbakar. Jawapannya berbeza, yang satu tafsirannya ialah rumahnya akan terbakar, yang satu lagi ada emas di bawah rumahnya. Apbila ditanya kenapa jawapannya berbeza, jelasnya yang satu bermimpi pada musim panas dan satu lagi bermimpi pada musim sejuk. Api pada musim sejuk ialah emas.
Kisah Ibnu Sirrin tafsir mimpi isteri raja.

Pada suatu malam, isteri seorang raja telah bermimpi. Mimpinya amat ganjil sangat. Beliau telah bermimpi bersetubuh dengan burung. Oleh kerana merasa malu, isteri raja itu telah memanggil khadamnya lalu menceritakan mimpinya kepada khadamnya dan diperintahkannya supaya pergi menemui Ibnu Sirrin minta ditafsirkan alamat mimpinya yang ganjil itu…. tetapi dengan syarat, perlu dirahsiakan namanya. Setelah Ibnu Sirrin mendengar kisah mimpi itu, beliau tersenyum sahaja. Pada hematnya, tukang penyampai mimpi ini bukanlah tuan punya sebenarnya mimpi yang diceritakan. Oleh kerana berpegang kepada amanah, khadam ini mohon izin untuk balik menemui tuannya dahulu dan memberitahu hal sebenarnya kepada tuannya.

Setelah isteri raja mendengar telahan Ibnu Sirrin, baginda terpaksalah memberi izin kepada khadamnya untuk memberitahu bahawa sebenarnya, dialah yang bermimpi. Setelah Ibnu Siirin mendengar nama isteri raja disebut, beliau berkata: "Sekarang, barulah padan!"Rupa-rupanya, Ibnu Sirrin mentafsirkan bahawa isteri raja itu akan membuat kebajikan membina terusan air di Mekah yang mana terusan air ini boleh dimanfaatkan oleh burung-burung serta ribuan jemaah haji. Jadi, kalau setakat kuli atau khadam raja yang bermimpi, tentulah tidak padan tafsirannya.

Read More
5

Allah-hu-akbar1

Subhanallah..Begitu hebatnya keagungan Allah S.W.T ,adakah korang tahu yang Azan akan sentiasa bersahutan dan tidak berhenti  berkumandang diseluruh dunia.Sungguh menakjubkan sekali dan aku fikir ini sudah tentunya bukan secara kebetulan ini sudah semestinya tanda-tanda kebesaran Allah S.W.T  yang lebih mengetahui akan segala sesuatu.Betapa kerdilnya diri kita ini yang sentiasa alpa dan lalai  dengan kebesaran Allah S.W.T,Semoga selepas melihat video yang aku kongsikan ini bertambah-tambahlah keimanan  kita semua kepada Allah S.W.T.Jom tonton Video dibawah.


Read More
8

Dari Abu Said al-Khudri, r.a., bahawa Nabi s.a.w., bersabda:

“Sesungguhnya dunia ini manis dan indah dan sesungguhnya Allah menjadikan kamu wakil menguruskan apa yang ada padanya, maka dengan itu ia sentiasa memerhati bagaimana cara kamu menjalankan urusan itu; oleh itu hendaklah kamu menjaga diri dari keburukan yang disebabkan oleh dunia, dan khasnya oleh perempuan, kerana sesungguhnya fitnah yang mula-mula menimpa kaum Bani Israel adalah berpunca dari orang-orang perempuan.” (Muslim)

1. Manusia sebagai pemerintah (khalifah) di dunia

Dunia ini tempat ujian. Firman Allah “Quli’ malufasayarallahu ‘amalakum wa rasuluhu wal mu’minun…” bekerjalah…Allah, Rasul dan orang Mukmin akan melihat kemampuan kamu:-

Taubah [105] Dan katakanlah (wahai Muhammad): Beramallah kamu (akan segala yang diperintahkan), maka Allah dan RasulNya serta orang-orang yang beriman akan melihat apa yang kamu kerjakan dan kamu akan dikembalikan kepada (Allah) Yang Mengetahui perkara-perkara yang ghaib dan yang nyata, kemudian Dia menerangkan kepada kamu apa yang kamu telah kerjakan

2. Dunia

Dalam satu hadis disebut dunia ini ibarat bangkai yang dicari anjing (sekiranya diabaikan tanggungjawab akhirat). Carilah dunia untuk ke akhirat seperti mana Sayyidina Abu Bakar, Abdul Rahman Bin Auf, Sayyidina Usman menggunakan kekayaan mereka untuk Islam.

Sayyidina Umar yang dermawan

Ketika kaum muslimin hijrah dari Mekah ke Madinah, mereka menghadapi masalah bekalan air. Di sana memang ada sebuah perigi, tapi perigi itu milik seorang Yahudi dan airnya diperdagangkan. Hijrahnya kaum muslimin ke Madinah amat menggembirakan kerana memberinya kesempatan untuk memperoleh wang yang banyak daripada hasil penjualan air perigi.

Rasulullah SAW amat berharap jika salah seorang sahabat mampu membeli perigi itu untuk meringankan beban kaum Muhajirin yang menderita kerana harta mereka ditinggalkan di Makkah. Mengetahui kejadian itu, Sayyidina Usman r.a. pergi ke rumah orang Yahudi itu untuk membeli perigi itu. Selepas tawar-menawar, harga perigi itu 12,000 dirham dan dengan perjanjian satu hari hak orang Yahudi itu, dan keesokan harinya untuk Uthman.

Pada giliran Sayyidina Usman, kaum Muslimin bergegas mengambil air yang cukup untuk keperluan dua hari. Dengan demikian si Yahudi berasa rugi, kerana tidak ada lagi yang membeli air pada gilirannya,

Orang Yahudi itu mengeluh kepada Sayyidina Usman, dan akhirnya dia menjual perigi itu kepada Sayyidina Usman dengan harga 8,000 dirham.Perigi Raumah mengalirkan air yang melimpah bagi kaum Muslimin dengan percuma. Itulah kedermawanan Sayyidina Usman r.a.

3. Wanita

Dari Usamah bin Zaid r.a. bahawa Nabi s.a.w., bersabda: “Tidak ada sesuatu fitnah (bencana) yang lebih besar bahayanya dan lebih bermaharajalela - selepas wafatku - terhadap kaum lelaki, selain daripada fitnah yang berpunca dari kaum perempuan.

Perempuan walaupun kurang akalnya, namun daya tarikannya seperti magnet yang sangat kuat. Pengaruhnya dan tipu muslihatnya sangat besar hinggakan lelaki yang cerdik juga boleh tewas kepada wanita.


Seperti mana diceritakan dalam Al-Quran tentang cerita Zulakha, isteri Raja Mesir yang menggoda Nabi Yusuf:

Yusuf [28] Setelah suaminya melihat baju Yusuf koyak dari belakang, berkatalah ia: “Sesungguhnya ini adalah dari tipu daya kamu orang-orang perempuan; sesungguhnya tipu daya kamu amatlah besar pengaruhnya.

Dipetik dari:koleksi emel

Read More
5

2933325103_def80f0bc8 Satu kisah menarik betapa seorang yahudi telah masuk islam setelah dia mendapati islam menyuruh umatnya bersikap adil,terutama seorang hakim yang mengadili antara dua orang yang bersengketa,mestilah bertindak adil tanpa berat sebelah walaupun hukuman yang hendak dijatuhkan itu melibatkan seorang khalifah atau ketua negara.

Saiyidina Ali ibnu Abi Talib k.w seorang khalifah islam yang ke-4 sesudah wafat Rasulullah s.a.w tergolong sebagai khulafa’ Rasyidin.Beliau adalah sepupu Rasulullah s.a.w dan juga menantu kepada baginda.Beliau memerintah Madinah pada tahun 35 hingga 40 hijrah bersamaan 656 hingga 661 masihi.

Baju besi khalifah Saiyidina Ali telah hilang didalam peperangan Siffin,Beberapa hari kemudian Ali melihat baju itu dipakai oleh seorang yahudi.Ali minta baju itu dipulangkan kepadanya. “ini milik saya”,kata Saiyidina Ali.”Tidak baju itu milikku sejak dulu”.jawab yahudi.Keduan-duanya bertengkar.Masing-masing mengaku haknya.Akhirnya mereka berdua bersetuju menemui Hakim Syuraih untuk membuat keputusan.

“yang Arif Tuan Hakim!Baju besi yang dipakai oleh orang ini adalah kepunyaanku.Ia hilang daripada tanganku didalam peperangan Siffin yang lalu”',kata Khalifah Ali kepada Hakim.”Bagaimana dengan kata-kata Amirul mukminin?.”Tanya Hakim kepada kepada yahudi itu.

“Tidak tuan.Baju itu milik saya”.jawab Yahudi dengan sungguh-sungguh.Wahai Amirul Mukminin! adakah tuan ada saksi yang membenarkan baju ini kepunyaan tuan?”.”Ada,Tuan Hakim.Puteraku Hassan dan Husain tahu,baju ini milik saya.”jawab Khalifah.”saksi anak sendiri untuk bapanya tidak boleh diterima menurut hukum Islam yang ada”.Kata hakim sambil menggeleng-geleng kepalanya.Yahudi mula tersenyum mendengar kata-kata ini.

Akhirnya Hakim Syuraih menjatuhkan keputusan,bahawa baju besi itu kepunyaan si pemakainya.Betapa gembiranya  yahudi dengan keputusan itu.Dia sangat kagum atas sikap Hakim Syuraih yang menghukum dengan adil tanpa merasa takut terhadap seorang Khalifah.Sementara Khalifah Saiyidina Ali k.w menerima keputusan hakim dengan tenang.Lalu baginda menghampiri yahudi itu.

“Maafkan saya,tuan,”ujar Saiyidina Ali kepada Yahudi dengan lembut sambil menghulurkan tangan berjabat salam.Hakim Syuraih tersenyum menyaksikan  peristiwa itu.Orang Yahudi itu kagum dengan dan terharu dengan sikap Saiyidina Ali.Ketika ini tanpa disedari  air matanya membasahi pipi.Lalu dia pun memeluk Khalifah Saiyidina Ali dengan suara tersekat-sekat.

Sepatutnya tuan boleh merampas baju saya ini.Tetapi',tuan tidak lakukan.Sebaliknya tuan sanggup berjumpa hakim untuk menegakkan keadilan.”ujarnya sambil mengesat airmata.”Yakinlah saya sekarang,islam adalah agama yang terbaik…,”jelas yahudi itu dengan sungguh-sungguh.Dan pelukkanya semakin bertambah erat.Ali pun merasa terharu sambil mengusap-usap belakang yahudi.Beberapa detik kemudian,orang yahudi itu denghan kerelaan hatinya  memeluk agama Islam didepan Khalifah Saiyidina Ali dan Hakim Syuraih.

masih adakah lagi Hakim yang adil seperti kisah ini zaman sekarang?..

Petikan dari:Titisan Hidayah Ilahi


Read More
7
arieydesignr Salam semua..aku ada membuat sedikit penambahan didalam blog ini.Aku ingin berkongsi dengan anda-anda semua koleksi ceramah-ceramah agama yang ada pada aku dan akan aku upload sedikit demi sedikit untuk dikongsi kepada anda yang berminat untuk mendegar ceramah agama.Koleksi ceramah-ceramah agama ini ada aku dapati didalam internet dan ada juga melalui pembelian.
Buat pertama kali ini aku akan berkongsi ceramah yang disampaikan oleh Ustaz Azhar idrus.Ceramah yang disampaikan oleh beliau mungkin kurang difahami kerana mengunakan loghat terengganu jadi dinasihatkan anda mencari translator jika kurang memahaminya ya.Dan aku harap dengan perkongsiaan ini akan dapat memperkukuhkan lagi iman kita semua.Dan diharap juga perkongsiaan ini akan memberi manafaat kepada anda..
p/s:Aku akan cuba upload kesemua ceramah itu sedikit demi sedikit kerana connection internet aku terlalu lembab.sekian wasalam.
                                               


Read More
18
IMG_1252 “Dajjal akan muncul dari kerajaan jin di segi tiga bermuda “ beginilah tajuk buku yang akan aku cuba reviewkan kepada anda.Aku membuat review tentang buku ini kerana didalam buku ini terdapat berbagai-bagai pengetahuaan mengenai asal-usul kejadiaan dajjal yang sangat jarang diambil tahu oleh orang ramai pada masa kini walaupun nabi kita Nabi Muhammad S.A.W telahpun memperingatkan kepada kita tentang perihal dajal ini semasa zaman baginda lagi.
      Rasullullah S.A.W bersabda,"Wahai sekalian manusia,sesungguhnya tidak ada fitnah di muka bumi ini sejak Allah menciptakan Nabi Adam dan keturunannya yang lebih dasyat daripada dajjal.Aku adalah nabi terakhir,dan kamu sekalian adalah umat terakhir pula.Dajjal pasti keluar dari tenggah-tengah kamu.Jika ia keluar,sedang aku diantara kamu,maka aku akan mengalahkannya dengan hujjah dan kemampuanku.Jika ia keluar setelah aku tiada maka setiap orang akan menjadi penolong bagi dirinya sendiri untuk mengalahkan musuhnya.Allah adalah pengantiku bagi setiap muslim…”
Buku yang aku ingin review ini adalah karya daripada Muhammad Isa Dawud dan satu lagi karya beliau adalah dialog dengan jin islam.Buku setebal 433 mukasurat yang hanya berharga RM18.00 ini sangat berbaloi untuk anda membelinya kerana banyak maklumat mengenai asal usul dajjal yang tidak pernah terfikir oleh kita selama ini berserta bukti-buktinya sekali.
Didalam buku ini ada menceritakan asal usul dajjal yang dilahirkan sebelum masa kenabian nabi musa a.s lagi.Dajjal yang dikutuk oleh Allah mempunyai umur yang panjang yang ditangguhkan kematiannya (min al-munzharin) oleh Allah S.W.T.Dajjal dilahirkan dari lelaki dan perempuan dari keturunan Yadhuza setelah masa 31tahun perkahwinan maka lahirlah seorang anak yang sangat membahayakan kedua orang tuanya,sebagaimana yang digambarkan oleh Nabi kita Nabi Muhammad S.A.W
“kedua matanya tidur tetapi hatinya tetap terjaga.”
Di awal kelahiran Dajjal telah pun menunjukkan bahawa dia ini akan membawa bencana yang besar kepada manusia.Dia dilahirkan cacat kedua belah matanya dan suka tidur malam dan siang serta jarang untuk bangun untuk menghisap susu sehingga menyebabkan kematiaan ibunya kerana terkena penyakit tertahan air susu.Didalam buku ini juga ada menceritakan yang Dajjal sewaktu kecilnya dipelihara oleh Malaikat Jibril setelah mendapat perintah dari Allah S.W.T kerana Malaikat Jibril mendapat perintah dari Allah S.W.T untuk menghancurkan negeri tempat tinggal Dajjal itu kerana rakyatnya yang suka membuat maksiat dan berbagai-bagai keburukkan lagi dan dajjal ditinggalkan di suatu pulau yang terletak di suatu lautan luas yang disebut laut yaman.Malaikat Jibril selalu membawa makanan kepada Dajjal diatas perintah Allah S.W.T dan Allah S.W.T sangat menyanyangi anak itu,seraya berfirman kepada Malaikat Jibril.
“Hai Jibril,anak itu adalah hambaku,tetapi di akhir zaman ia mengaku sebagai Tuhan yang disembah di muka bumi.Aku mengutus orang yang akan menyeksakannya dengan seksaan yang pedih dan akan membunuhnya pada suatu saat tertentu yang tidak diingkari oleh hambaku.Orang tersebut adalah seorang nabi yang diutus pada suatu masa dan akan menjadi wali,tanpa wahyu pada menjelang akhir zaman.”
Didalam buku ini ini juga ada dicerikan tentang Dajjal dijaga oleh seekor binatang yang sangat besar,berbulu lebat dan mempunyai dua mata menonjol seperti mata lembu dan binatang itu juga boleh berkata-kata.Antara kata-katanya kepada Dajjal.
“Engkau adalah seorang anak yang diselamatkan oleh Allah dari gempa yang dasyat ketika bumi terbalik,yang terjadi di negeri samirah.Engkau dibawa oleh malaikat agung iaitu Jibril.Ia membawamu kesini.Dan ia juga mengurus makan minummu.Oleh kerana itu janganlah engkau mengkhianati janjimu dengan Allah.Sebab pada setiap hati anak adam telah tertanam ketundukkan kepada Allah dan keimanan kepada-Nya selama mana ia masih berada dalam fitrah kesuciannya.Oleh itu.engkau sendiri mesti menjadi muslim dan mukmin yang yakin dan taat kepada Tuahn Pencipta Alam ini.Dialah tuhan yang maha esa.”
Selama Dajjal didalam penjagaan haiwan itu dia telah diajar supaya taatkan Allah dan diajar mengucap dua kalimah syahadah dan berbagai-bagai ilmu lagi.didalam buku ini juga ada menceritakan akan perihal dajjal sewaktu zaman nabi Musa dan dialah juga yang telah menyesatkan kaum nabi Musa semasa Nabi Musa pergi menerima wahyu dari Allah S.W.T.Anda boleh rujuk kisah ini didalam Al-Quraan surah(Toha ayat:83-98).
Sewaktu perjalanan Dajjal dia telah mendapat banyak ilmu pengetahuaan dan dia juga telah memutuskan untuk membuat penopang berbentuk piramid seperti bentuk piramid firaun di Puertorico dan Pulau bermuda.Kalau mengikut akal kita memang logiklah kerana berbagai-bagai kejadian misteri yang berlaku di tiga segi bermuda itu.Dan di dalam buku ini juga menceritakan tentang persahabatan Dajjal dengan Iblis dan juga menceritakan akan kehodohan rupa Iblis itu yang sangat menyeramkan sehingga hampir-hampir sahaja membekukan darah dalam saluran Dajjal.Diantara kata-kata iblis kepada Dajjal.
“Wahai manusia (tanda) kiamat,aku telah menantimu sejak jutaan tahun.Aku telah membuat persiapan untukmu sejak kemunculan Nabi dari Arab ini untuk kita hancurkan umatnya yang menghadang dan merintangi kita.Permusuhan antara kita dan mereka tidak hilang.Entah mereka yang menang atau kita yang menang.Kalau kita menang,kita telah mengalahkan Allah.Kalau kita mengalahkan Allah kita memjadi tuhan bersamanya,yang tidak ada sekutu bagi kita.Itulah saat kita mencipta sebagaimana dia mencipta.Jika tidak katakanlah kepadaku darimana Allah mendatangkan makhluk-makhluk ini dan menciptakannya dari kaf dan nun?Pasti dia belajar dari Tuhan sebelumnya dan dapat memahami rahsia-rahsianya.Kemudian mengkhianati dan menciptakan ini dengan apa yang diketahuinya dari rahsia-rahsia itu.Aku dan engkau dapat mencapai apa yang telah dicapainya hanya dengan memusnahkan umat ini.Allah telah mengampuni Nabi mereka atas dosa-dosanya yang terdahulu dan yang akan datang,memberi mereka malam al-qadar yang lebih baik dari seribu bulan,memberi mereka tempat wukuf di Arafah.Mereka kembali dari Arafah bagaikan dilahirkan kembali oleh ibunya,memberi mereka istigfar (permohonan ampun) dan lalu dia pun menerima ampunan mereka,dan memberi mereka taubat dan menerima taubat mereka selama belum sakarat.Dia telah memuliakan mereka,lantas,megapa kita tidak menguasai dan menghancurkan mereka dengan keinginan nafsu dan cubaan hidup berupa harta,anak,wanita,emas,hukum,kekuasaan,dan kedudukan?Kita kirim kepada mereka para pembantu kita dari kalangan syaitan,jin dan manusia untuk menghancurkan mereka semuanya serta merobek Al-Quraan dalam dada mereka sehingga mereka menjadi muslim dalam nama saja.Kita jadikan orang orang-orang Yahudi,bangsamu itu,sebagai pemenang kepimpinan serta penerima korban dan tebusan sehingga kita mereka menetapkan pajak dan memperoleh apa yang dijanjikan kepada mereka untuk menguasai palestina.Dengan begitu,mereka menjadi penguasa seluruh dunia.Aku menjadi sahabatmu yang tersembunyi dan sekutumu di atas arsy dan kekuasaan.”
Dalam buku ini ada bercerita tentang perihal tentang adanya piring terbang (ufo) berserta bukti-buktinya yang dikatakan sebagai kenderaan dajal.dan tidak mustahillah dajal boleh pergi dari satu tempat ke satu tempat hanya dengan sekelip mata kerana kecepatan piring terbang itu.Dan perlu diakui yang Dajal adalah seorang yang sangat geniues tetapi geniues yang jahat dan dia juga mengetahui akan kelebihan besi dan penulis buku ini mengambarkan yang piring terbang ini diperbuat daripada magnesium murni dan sangat jarang didapati dan penulis juga merasakan ia diperbuat daripada kepingan besi dengan daya magnet dalam tingkat tertentu,atau dari besi magnet sebagai mainan tetapi diberi sentuhan seni yang tinggi.Setelah itu dibuat pesawat yang tidak seorangpun mendahului Dajjal dalam pembuatannya.Walaupun kekufuran dan kesesatannya,ia mengetahui dengan baik “rahsia besar” dalam firman Allah;
“Dan kami ciptakan besi yang padanya terdapat kekuatan yang hebat dan pelbagai manafaat bagi manusia, (supaya mereka mempergunakan besi itu),dan supaya Allah mengetahui siapa yang menolong  agamanya dan rasul-rasulnya padahal Allah tidak dilihatnya.Sesunguhnya Allah Mahakuat lagi Mahaperkasa (surah al-Hadid:ayat25)
Didalam buku ini juga penulis menceritakan tentang simbol Dajjal yang ada terdapat diatas duit 1dollar Amerika.lihat gambar dibawah sebagai contoh.greatsealtetractysgu8
Penulis menyebut menurut pendapat Batt robertson,cahaya mata yang terdapat diatas piramid itu adalah cahaya atau mata tuhan orang mesir kuno (Osiris),dua kata yang tertera dibahagian bawah lambang dengan bahasa Latin itu,yakni ‘Annuit Coeptis’,bermakna “sesungguhnya kepentingan kita sarat dengan pelbagai keberhasilan.Dan kata-kata ‘Novus Ordu Seclorum’, menjelasakan sikap kepentingan mereka yang bermakna “Tata Masyarakat baru”.Sementara itu Pear happies menulis sebuah buku berjudul’Jalan Menuju Dunia Diktaktor Yahudi’.ia menyatakan bahawa dolar amerika adalah murni matawang Zionis Israel.Kerananya tidaklah aneh kalau raja Zionis meletakkan capnya pada matawang  amerika itu.Dengan begitu ia memerintah dunia di bawah slogan “Tata Dunia Baru”.Sebelum itu pada tahun 1884,menteri kehakiman perancis seorang keturunan asli Yahudi,anggota elit kelompok Masuniyyah tingkat ke-33 dan salah seorang tokoh Gerakkan Puak Yahudi sedunia menulis.
“Hari ini telah dekat masanya,ketika Orchalma menjadi rumah sembahyang (bait as-solah).Disini akan berkibar satu-satunya bendera israel,bendera Allah dan akan naik diatas pantai-pantai yang sangat jauh,Tidak mungkin orang Yahudi menjadi teman bagi orang masehi atau kristian atau muslim sebelum memancarkan sinar keimanan dan satu-satunya agama rasional,yang masa kedatangannya kedunia ini telah dekat.Inilah isyarat kehadirannya yang terdapat pada lembaran wang dollar amerika itu.ia memancarkan cahaya pada setiap orang yang membawa wang itu untuk mendapat kesenangan dengan lahirnya ‘Tata Dunia baru’.Yang menandai kembalinya Sang Juruselamat"(Dajal).
Demikianlah serba sedikit penerangan daripada aku tentang Dajjal ini.dan jika ada terdapat sebarang kesilapan didalam tulisan ini itu adalah disebabkab atas kecuian semasa aku menulis.Semoga anda mendapat manafaat dari tulisan aku ini.Dan untuk mengetahui lebih lanjut mengenai cerita ini anda bolehla mencari buku ini kerana aku yakin buku ini akan membuka minda anda apa yang sedang berlaku didalam dunia ini.Dan setelah membaca buku ini juga akan dapat memperkuatkan lagi keimanan kita kepada Allah.Semoga kita semua dijauhi daripada fitnah Dajjal ini.Sekian

Read More
8



465 IBADAT puasa wajib dilaksanakan umat Islam dan hukumnya fardu ain. Kefarduan ini ditetapkan dalam al-Quran, sunnah dan kesepakatan (ijmak) ulama atau ilmuan Islam.

“Telah difardukan ke atas kamu berpuasa seperti mana telah difardukan ke atas orang yang terdahulu daripada kamu.” (al-Baqarah:83)

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Didirikan Islam atas lima perkara - antaranya puasa Ramadan.” (Riwayat Bukhari)

Suka atau tidak, umat Islam yang cukup syaratnya dikehendaki berpuasa selama sebulan Ramadan. Apabila berpuasa hendaklah menjaga adab dan batasnya, supaya puasa yang dikerjakan diterima Allah.

Imam Ghazali dalam kitabnya Ihya Ulumiddin menyebut, puasa ada tiga kedudukan, iaitu puasa umum, puasa khusus dan puasa khusus al-khusus.

Puasa umum ialah menahan perut dan kemaluan daripada memenuhi kehendak syahwat, puasa khusus pula ialah menahan pendengaran, penglihatan, lidah, tangan, kaki dan seluruh anggota badan daripada melakukan dosa.

Sementara puasa khusus al-khusus ialah menahan hati daripada keinginan yang buruk dan daripada memikirkan sesuatu selain daripada Allah secara total.

Puasa akan terbatal pada tahap ini lantaran memikirkan perkara selain daripada Allah dan hari akhirat. Demikian juga akan terbatal puasa dengan memikirkan dunia kecuali urusan dunia yang kepentingannya untuk agama kerana itu termasuk bekalan akhirat dan bukan urusan dunia.

Arbab al-Qulub (orang yang prihatin dengan hati mereka) berkata, sesiapa yang pada siang Ramadan tergerak keinginannya mencari apa yang akan dimakan ketika berbuka puasa, ditulis satu kesalahan kerana ia lahir daripada sikap kurang percaya pada pemberian Allah dan kurang yakin terhadap rezeki yang dijanjikan.

Tahap puasa seperti ini ialah tahap nabi, as-siddiqin dan al-muqarrabin. Puasa seperti ini tidak mungkin dapat digambarkan dengan perkataan tetapi boleh direalisasikan dengan amalan.

Menurut Imam al-Ghazali, bagi mencapai tahap puasa al-khusus iaitu puasa orang soleh, perlu menyempurnakan enam perkara iaitu:

1. Menundukkan pandangan dan menahan daripada melihat perkara tercela dan dibenci oleh syariat serta daripada segala perkara yang boleh mengganggu dan melalaikan hati daripada mengingati Allah.

2. Memelihara lidah daripada menuturkan perkataan yang tidak berfaedah seperti gurau senda, mengumpat dan dusta. Hendaklah lebih banyak berdiam diri, banyak berzikir dan membaca al-Quran.

3. Menahan daripada mendengar perkataan yang dibenci oleh syarak. Ini kerana setiap perkataan yang diharamkan dituturkan, haram juga didengar. Justeru, Allah menyamakan pendengaran haram dengan memakan harta haram seperti firman-Nya bermaksud:

“Mereka itu adalah orang yang suka mendengar berita bohong, banyak memakan yang haram.” (al-Maidah:42)

4. Menahan anggota badan daripada melakukan dosa seperti menahan tangan dan kaki daripada perkara yang dilarang dan menahan perut daripada perkara syubhah ketika berbuka. Ini kerana tidak ada makna berpuasa sekiranya pada siang hari menahan daripada makanan halal tetapi berbuka dengan makanan haram.

5. Tidak berlebihan ketika berbuka dengan makanan halal sehingga perut penuh dengan makanan terbabit. Ini kerana tidak ada bekas yang lebih dibenci oleh Allah daripada perut yang penuh dengan makanan halal.

Bagaimana boleh seseorang itu mematahkan keinginan syahwatnya dan menewaskan musuhnya sedangkan apabila berbuka dia seolah-olah hendak mengembalikan semula makanan yang terlepas ketika berpuasa.

6. Hendaklah timbul di dalam hatinya perasaan takut dan pengharapan kepada Allah, kerana dia tidak tahu sama ada puasanya diterima Allah dan termasuk di kalangan orang yang berjaya atau puasanya tidak diterima lalu dia termasuk di kalangan orang celaka.

 

Sumber Dari:Koleksi Emel


Read More
0

kematian1

Tazkirah Jumaat: Mati, peringatan penting dipinggirkan Muslim

Ustaz Zain Hashim

Dalam satu wasiat Nabi Muhammad s.a.w. kepada Ibnu Umar (Abdullah) r.a. berbunyi: “Anggaplah dirimu di dunia ini sebagai seorang musafir atau pun sebagai pengembara.”

Huraiannya

Hadis ini menganjurkan kepada kita supaya sentiasa mengingatkan mati dan mengurangkan cinta keterlaluan terhadap dunia yang fana ini.

Ibnu Umar pernah berkata: Jika anda masih hidup pada waktu pagi, jangan tunggu hingga ke petang dan jika anda masih hidup pada waktu petang, jangan tunggu hinga ke pagi, sediakan dirimu pada masa hidup untuk bekalan waktu mati, dan pada masa sihat untuk bekalan waktu sakit.

Justeru, wasiat Nabi di atas sentiasa mengingatkan kita betapa kita bagaikan musafir yang sedang berlalu sementara di dunia ini, maka apakah persiapan bekalan yang telah kita buat bagi menghadapi Allah SWT pada hari yang penuh dengan persoalan di padang Mahsyar?

Kita tidak akan hidup kekal dan lama di dunia, oleh itu, jangan sekali-kali kita melakukan kejahatan. Jika kejahatan yang dilakukan boleh menyebabkan kita tidak mati, maka lakukanlah, tetapi kejahatan yang kita buat semasa hidup di dunia, kesemuanya akan ditayangkan semula di hadapan Allah oleh para jururakam di kalangan para Malaikat, walaupun kita telah melupakannya, tetapi Allah sekali-kali tidak demikian.

Mereka yang telah pun meninggal dunia dan mendapat seksa kubur, meraung-raung minta pertolongan daripada orang yang masih hidup, terutamanya ahli keluarga terdekat, apakan daya, kita tidak mendengarnya, maka yang dibawa oleh seseorang dalam alam kubur bersamanya ialah amalannya semasa hidup di dunia satu ketika dahulu, maka fikir-fikirlah…

Manusia hari ini enggan bercakap tentang mati

Ia terjadi kerana manusia pada hari ini tidak berapa mahu meletakkan urusan agama itu lebih penting daripada segala-galanya. Sebagai contoh, terkadang-kadang kita dapat lihat seorang Muslim itu dari agenda hariannya sebagai seorang yang beragama Islam, tetapi tidak berusaha untuk menampilkan diri dengan Islam itu sendiri.

Cuba bayangkan jika kita yang sedang mengalami saat kematian seperti didalam video ini.

Sejak mencelikkan mata bangun daripada tidur, paling tidak menunaikan solat Subuh, itupun bukan dalam keadaan berjemaah, sama ada di masjid, surau ataupun menjadi imam di rumah bersama isteri dan anak-anak.

Kalau pada hujung minggu, lepas solat tidur semula, tidak berapa terikat dengan kuliah subuh, pembacaan al-Quran, membaca zikir Mathurat, kaunseling diri, isteri dan anak-anak, atau apa sahaja yang boleh meningkatkan peristasi iman kepada Allah SWT.

Bangun selepas itu bersarapan pagi, kemudian ke pasar atau berjalan-jalan bersama keluarga ke tempat yang boleh menghilangkan rasa gundah seminggu di pejabat.

Tetapi persoalannya di sini, kenapa elemen-elemen agama tidak termuat dalam diari atau agenda harian hidup seseorang Muslim.

Apakah kita sudah rasa cukup dengan ilmu yang ada di dada mengenai ilmu-ilmu yang boleh mengingatkan kita kepada alam kematian?

Ilmu agama terakhir yang dipelajari mungkin semasa menduduki peperiksaan SPM beberapa tahun lalu di sekolah menengah, kemudian melanjutkan pelajaran di peringkat M.A. atau PhD. Selepas daripada itu, menjawat jawatan mantap dengan gaji yang lumayan, sibuk dengan tugas harian yang akhirnya menjadikan diri teramat sibuk. Kuliah di pejabat pun tidak boleh hadir dan begitulah kuliah-kuliah yang disediakan di surau atau masjid berdekatan di rumah.

Hati menjadi keras

Rasulullah s.a.w. pada penghujung hayatnya, pernah memanggil menantu merangkap sepupu baginda iaitu Sayidina Ali bin Abi Talib. Baginda mewasiatkan kepadanya: Wahai Ali! Jika berlalu di kalangan orang Islam 40 hari (sahaja), mereka tidak hadir dan duduk dalam majlis ilmu (fardu Ain), maka orang itu akan menghadapi dua akibat buruk. Pertama hatinya menjadi keras (sukar untuk menerima petunjuk llah atau segala kebaikan) dan kedua berani pula melakukan dosa-dosa besar.

Insan bernama Muslim hari ini tidak berapa mempedulikan persoalan agama mereka sendiri. Sudahlah tidak mahu jadi orang yang faham agama, melakukan dosa-dosa pula. Si suami membiarkan isteri keluar rumah tanpa berhijab (tudung kepala). Si ayah pula membiarkan anak gadis tidak berhijab dan menampakkan pusat-pusat mereka. Anak lelaki tidak mengnal huruf-huruf al-Quran dan ada yang tidak tahu mandi junub (hadas besar atau mandi wajib).

Kesemua itu adalah implikasi daripada tidak hadir dan duduk dalam majlis-majlis ilmu.

Ada antara para ibu bapa Muslim seronok melihat anak-anak mereka berjaya dalam bidang hiburan, daripada menyertai bidang nyanyian peringkat dewasa hinggalah ke peringkat bakat bintang kecil. Apa yang pasti penampilan anak-anak ini dengan pakaian yang tidak dibenarkan oleh hukum syarak, tetapi semua itu tidak dipedulikan oleh mereka yang bernama Islam.

Seolah-olah Islam tidak boleh dicakap-cakap jika hendak maju dalam pelbagai bidang dalam kehidupan dunia. Tetapi mereka lupa, bahawa Rasulullah s.a.w. ada bersabda maksudnya, Sesiapa yang mahukan kejayaan di dunia, mestilah dengan ilmu (agama), jika dia mahu kejayaan di akhirat juga mestilah dengan ilmu, dan jika mahu kedua-duanya sekali mestilah dengan ilmu.

Apabila ilmu agama tidak menjadi teras dan sandaran dalam kehidupan orang Islam pada zaman ini. Maka mereka sebenarnya telah mengundang pelbagai masalah seperti terlibat dengan rasuah, keruntuhan moral serta harga diri, tidak berakhlak, meninggalkan solat, penagihan dadah, mentadbir negara bukan dengan hukum Allah, dan semua masalah itu tidak akan dapat diselesaikan kecuali menerima penyelesaiannya daripada Allah juga, iaitu pelaksanaan hukum-hukum Islam dan Sunnah (hadis) Nabi Muhammad s.a.w.

Tanpa pelaksanaan hukum-hukum Islam itu menandakan bahawa manusia menolak Allah yang telah menawarkan yang terbaik buat diri, keluarga, masyarakat dan negara mereka.

Mereka tidak akan bercakap mengenai mati, bekalan untuk hari akhirat, persoalan alam kubur apatah lagi mengenai nasib di penghujung hayat, sama ada boleh mengucap dua kalimat syahadah atau pun tidak, semua ini tidak ada dalam kamus kehidupan manusia hari ini, kerana mereka sudah semakin jauh daripada Allah walaupun mereka dilahirkan sebagai seorang muslim.

Penyelesaian masalah

Justeru bagi menyelamatkan diri selagi terdaya untuk dilakukan, maka renungilah empat perkara di bawah ini seperti yang pernah diperingatkan oleh Imam Al-Ghazali:

Pertama: Berurusanlah dengan Allah sepertimana kamu suka orang bawahanmu berurusan denganmu dengan cara yang terbaik.

Kedua: Setiap kali kamu bekerja dengan orang lain, perbuatlah sepertimana kamu mahu diperbuat ke atas diri kamu. Kerana tidak sempurna iman seseorang selagi mana dia tidak suka orang lain memperolehi sesuatu yang dia sendiri menyukainya.

Ketiga: Jika kamu mahu mempelajari sesuatu, pilihlah untuk mempelajari ilmu yang dapat memperbaiki hati dan memperbaiki jiwa dan sanubarimu.

Sekiranya kalau kamu tahu umurmu hanya tinggal seminggu sahaja lagi, sudah pasti kamu tidak akan memilih untuk mempelajari ilmu fiqh, tahudid, sirah, akidah dan sebagainya.

Dan mungkin juga kamu akan mengawasi hatimu dan berusaha melepaskannya dari belenggu dunia.

Kamu akan memperbaiki akhlakmu dan sibuk untuk beribadat kepada Allah SWT (selaku Penciptanmu) setiap saat.

Justeru, kamu mestilah sentiasa berakhlak mulia, kerana sesungguhnya kematian itu akan datang pada bila-bila masa sahaja.

Begitulah cuba kamu bayangkan, jika seorang pemimpin negara akan datang menziarahimu, sudah tentu kamu akan lakukan persiapan yang mantap, menghias rumah, memperbaiki mana-mana yang tidak betul dan bermacam-macam lagi.

Keempat: Janganlah mengumpul harta dunia lebih daripada keperluanmu untuk satu tahun.

Rasulullah s.a.w. sendiri menyediakan bekalan yang sebanyak itu sahaja untuk isteri-isteri baginda yang lebih kukuh imannya hanya dengan disediakan bekalan untuk sehari setengah sahaja. Bagi orang yang suka mengumpul harta hingga tidak sempat untuk menjenguk rumah Allah tujuan untuk beribadat kepada-Nya, maka orang itu akan disibukkan Allah SWT.

Renung-renungkanlah wahai saudara-saudaraku sekalian!

dipetik dari:Koleksi emel


Read More
2

Arabic_girl_by_deva SUATU malam ketika aku sedang nyenyak tidur tiba-tiba aku melihat seolah-olah ayahanda menjelma di hadapanku. Perasaan kasih pada ayahanda tidak dapat ditahan-tahankan lagi, lalu aku berteriak: "Ayahanda... sudah lama tiada berita dari langit sejak ayahanda tiada!"

Waktu itu aku terlalu rindu setelah beberapa hari ayahanda wafat. Ketika aku sedang memanggil-manggil ayahanda, muncul pula para malaikat bersaf-saf lantas menarik tanganku, membawa aku naik ke langit.

Apabila aku mendongak temampaklah istana-istana indah yang dikelilingi taman-taman pawana serta anak-anak sungai mengalir saujana mata memandang. Keindahan istana demi istana dan taman demi taman berjajaran di hadapan mata begitu mengasyikkan. Dari celahan pintu-pintu istana tersebut menjelmalah para bidadari seolah-olah patung bernyawa yang sangat jelita, sentiasa tersenyum dan bergelak ketawa. Bidadari itu berkata kepadaku: "Selamat datang wahai makhluk yang diciptakan syurga untuknya, dan kerana ayahanda kamu, kami diciptakan..." Malaikat itu terus membawa aku naik ke langit seterusnya sehingga memasuki sebuah tempat yang dipenuhi istana-istana yang lebih indah daripada sebelumnya. Cahayanya bergemerlapan.

Dalam setiap istana itu terdapat rumah-rumah berisi pelbagai perhiasan indah yang belum pernah dilihat mata, tidak terdengar di telinga dan tidak pernah tersirat di hati. Penghuni istana-istana ini sentiasa bergembira, bergelak ketawa dan ceria. Di istana itu terdapat pelbagai kain sutera nipis dan tebal. Juga terdapat selimut-selimut daripada sutera dengan pelbagai warna dan corak. Di atas rak-rak kelihatan pelbagai jenis gelas diperbuat daripada emas dan perak yang sungguh menawan. Pelbagai jenis hidangan makanan, buah-buahan serta air minuman yang lazat dan enak tersedia untuk dimakan. Pemandangan di taman-taman pula sungguh memukau dengan aliran sungai yang warnanya lebih putih daripada susu, rasanya lebih manis daripada madu dan baunya lebih semerbak daripada kesturi. Aku yang kehairanan dan takjub lantas bertanya: "Untuk siapakah tempat-tempat indah sebegini dicipta? Apa nama sungai-sungai yang harum mewangi ini?" Malaikat-malaikat itu menjawab: "Tempat ini adalah Firdaus, tempat paling tinggi dan tiada lagi syurga di atasnya. Syurga Firdaus ini khas untuk singgahsana ayahandamu, semua rasul, nabi, para syuhada dan syiddiqun yang dicintai Allah. Sungai ini bernama al-Kautsar yang telah Allah janjikan kepada ayahandamu." Aku bertanya lagi: "Di mana ayahandaku?" Malaikat-malaikat menjawab: "Sebentar lagi ayahandamu akan datang menjemputmu!" Tidak lama kemudian aku ternampak istana-istana yang sangat putih dan permaidani yang tersangat indah. Tiba-tiba aku sudah berada di atas permaidani yang terbentang di atas singgahsana. Aku ternampak ayahandaku sedang berehat di atas singgahsana tersebut dikelilingi sekelompok orang yang tidak dikenali. Ayahanda menarik tanganku dan mencium dahiku berkali-kali.

Ayahanda berkata: "Selamat datang wahai puteriku!" Lalu ayahanda meletakkan aku di atas pangkuannya dan berkata lagi:

"Wahai puteriku, tidakkah engkau lihat apa yang telah dijanjikan Allah kepadamu dan yang akan engkau perolehi?" Ayahanda menunjukkan istana-istana yang disaluti bermacam-macam hiasan yang indah menawan serta berkilau-kilauan, saujana mata memandang. Ayahanda berkata: "Inilah tempat tinggalmu, kediaman suamimu, kedua-dua anakmu serta orang-orang yang mencintaimu dan mencintai mereka. Bergembiralah... engkau akan mengikut ayahanda datang ke sini beberapa hari lagi..."

Aku berkata: "Kalau begitu senanglah hatiku dan bertambah rindu pada ayahanda." Selepas berjumpa beberapa ketika dengan ayahanda, aku terjaga. Tubuhku menggigil dan terasa takut yang amat sangat. Aku masih teringat-ingat bisikan ayahanda. Aku akan mengikut langkah ayahanda beberapa hari lagi. Aku masih ingat ayahanda berkata perkara yang sama sebelum wafat. Ayahanda pernah membisikkan bahawa akulah orang pertama yang menyahut panggilan Ilahi selepasnya.

Sejak hari ayahanda wafat lagi aku selalu menangis dan bersedih. Perasaan sedih makin terasa selepas bermimpi bertemu ayahanda. Aku tahu tidak lama lagi aku akan meninggalkan dunia fana ini untuk bersama ayahanda tercinta di akhirat yang kekal, aman dan sentosa. Aku menceritakan mimpi tersebut pada suamiku dan juga pembantuku Asma binti Umays. Aku beritahu saat ajal hampir tiba. Asma menunjukkan pelepah kurma basah untuk membuat usungan seperti yang dilihat dibuat di Habshah. Aku tersenyum apabila melihat keranda itu. Aku berwasiat supaya jenazahku nanti dikebumikan pada malam hari agar tiada seorang pun yang marah apabila melihat jenazahku. Aku juga meminta suamiku supaya menikahi Umamah, saudara perempuanku. Umamah menyayangi anakku seperti aku menyayangi mereka.

Setelah merasa saat ajal hampir tiba aku membawa dua orang anakku menziarah makam ayahanda. Tubuhku terasa sangat lemah untuk memijak. Tapi aku gagahi juga untuk bersembahyang dua rakaat antara mimbar dan makam ayahanda. Tidak lama lagi jasadku akan berpisah dengan roh. Aku akan meninggalkan dua puteraku. Lalu aku peluk dan cium kedua-duanya bertubi-tubi. Sayang, ibumu terpaksa pergi dulu... Selamat tinggal sayangku, puteraku dan suami tercinta. Biarlah aku menghadap Ilahi tanpa tangisan sesiapa. Aku tidak sanggup melihat tangisan puteraku dan suamiku. Biarlah mereka berada di sisi makam ayahanda dan suamiku bersembahyang. Kalau boleh aku mahu tinggalkan dunia ini dalam bersujud pada Ilahi. Aku terus meninggalkan dua puteraku dan membiarkan suamiku bersembahyang di masjid. Aku mengambil ramuan hanuth, sejenis pengawet mayat yang ayahandaku biasa gunakan. Aku siramkan air ramuan itu ke seluruh tubuhku. Kemudian aku memakai kain sisa kapan ayahandaku. Selepas itu sekali lagi aku memanggil Asma binti Umays yang sentiasa mengurus dan merawatku.

Pada Asma aku berpesan, "Wahai Asma, perhatikanlah aku. Sekarang aku hendak masuk ke rumah membaringkan tubuhku sekejap. Jika aku tidak keluar, panggillah aku tiga kali dan aku akan menjawab panggilanmu. Tetapi jika aku tidak menjawab, ketahuilah aku telah mengikut jejak langkah ayahandaku!"

Setelah sejam berlalu, Asma memanggil-manggil nama wanita itu tetapi tiada sebarang jawapan. Ketika penjaga itu masuk, dia terkejut apabila melihat wanita kurus cengkung itu meninggal dunia dalam sujudnya. Inna lillahi wa inna ilaihi rajiun...

***********

Aku dalam cerita di atas ialah Fatimah az-Zahra, anak Rasulullah dengan isteri pertamanya Siti Khadijah. Fatimah meninggal dunia dalam usia 28 tahun setelah 40 hari Rasulullah s,a.w. wafat dan jenazahnya dimakamkan di perkuburan Baqi' di Madinah. Masih adakah wanita solehah seperti Fatimah di zaman moden ini?

sumber dari:koleksi emel


Read More
4
gambar-sujud1 Salam..semua aku hari ini tidak ingin bercerita tentang perlawanan bolasepak diantara pasukan Malaysia dan Mu yang mugkin akan berlangsung esok hari .Tetapi ada yang lebih penting ingin aku kongsikan kepada anda semua iaitu cerita mengenai Israq’ wal mikraj yang mungkin sekarang ini kisahnya sudah sedikit sebanyak dilupakan oleh kita semua jadi aku rasa eloklah aku berkongsi audio ceramah daripada Ust.harun Din mengenai Israq’ wal mikraj ini.Kepada yang hendak pergi menonton perlawanan bolasepak diantara Malaysia dengan Mu esok janganlah terlalu gembira sehingga melupakan sebab terjadinya peristiwa Israq’ wal mikraj ini..

Peritiwa Israq’ wal mikraj adalah satu peristiwa yang Allah berikan kepada nabi Muhammad SAW pada 27 Rejab tahun ke 12 baginda dibangkitkan menjadi seorang Rasul . Ia berlaku selepas kematian dua orang yang baginda kasihi Saidatina Khadijah Binti Kuwailid dan Abu Talib. Tahun itu disebut sebagai ‘Amul Huzni (tahun duka cita ).

“Mahasuci Allah yang memperjalankan hambaNya (Muhamamd SAW) pada malam hari daripada Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa yang telah kami berkati sekelilingnya agar kami perlihatkan kepadanya sebahagian tanda-tanda (kebesaran) kami. Sesungguhnya Dia Maha mendengar, Maha mengetahui” (Al-Isra’ 15:1)

Kedua insan yang banyak mempertahankan risalah yang baginda bawa selama ini. Mereka berdua adalah obor semangat sepanjang baginda berdakwah. Kejayaan dakwah yang baginda bawa pada peringkat awal adalah hasil sokongan moral dan material mereka berdua. Tetapi Allah lebih mengetahui hikmat yang tersurat dan tersirat. Kematian kedua mereka ini untuk menjawab bahawa kejayaan dakwah dan Islam bukan Khadijah dan Abu Talib yang menentukan. Tetapi Allah SWT yang menjaga agamanya daripada dimusnahkan oleh manusia. Seandainya kejayaan Nabi Muhammad SAW dalam dakwah kerana mereka berdua, apa pula umatnya seperti kita yang meneruskan perjuangan Islam yang tidak mempunyai Abu Talib dan Saidatuna Khadijah.

Tetapi Islam adalah jagaan Allah manusia tidak boleh untuk melumpuhkan Islam dengan apa cara sekalipun. Seperti firman Allah SWT “Mereka hendak memadam cahaya Allah (agama Allah) dengan mulut mereka dan Allah yang menyempurnakan cahayaNya meskipun orang-orang kafir membencinya” Al-Saf:61:8

Peristiwa yang berlaku memang menguji keimanan mereka yang sudah sedia beriman dan menambahkan kekafiran bagi mereka yang tidak beriman terhadap Allah SWT. Watak yang ditunjukkan oleh Saidina Abu Bakar yang tegas menerima walaupun yang menyampaikan berita itu adalah orang kafir musyrikin, maka Abu Bakar terus menerima tanpa apa-apa keraguan. Walaupun tujuan mereka untuk menguji keimanan Abu Bakar al-Siddiq, namun baginda dengan tegas menjawab kalau yang kamu beritahu itu ialah Nabi Muhammad SAW yang pergi sampai ke Sindatul muntaha lebih daripada itu pun aku percaya. Ini lah sifat yang ditunjukkan oleh Abu Bakar al-Siddiq yang sentiasa membenarkan apa yang dibawa oleh baginda walaupun orang lain engkar terhadap perkhabaran tersebut.Kita juga boleh melihat bagaimana ketegasan baginda untuk memberitahu kepada orang ramai berkenaan dengan peristiwa Isra’ dan Mikraj, walaupun ia dilarang oleh Ummu Hani’ daripada menceritakan kepada orang lain kerana bimbang orang akan kata nabi Muhamamd SAW pembohong. Kerana macama mana mereka hendak percaya, kerana perjalanan mereka daripada Makkah ke Palestin dengan berjalan kaki dan naik unta memakan masa selama 40 hari 40 malam. Tiba-tiba nabi Muhammad SAW hanya mengambil masa selepas Isya’ dan pulang sebelum Subuh. Seperti yang ramalkan oleh Ummu Hani’ menjadi kenyataan. Ramai di kalangan mereka yang sudah beriman kembali murtad dan menambahkan kekafiran bagi mereka yang sedia kafir.

petikan dari blog atokbaik.blogspot.com



Jom Layan ceramah dari Ust Harun Din.


Ceramah Israq’ dan Mikraj 1


Ceramah Israq’ dan Mikraj 2

Read More
0

44228965.crying_eye1Bangun dan sujud pada tengah malam adalah amalan Rasulullah serta para sahabat.Saidina Abu Bakar al-Siddiq adalah seorang sahabat Rasulullah SAW yang amat penyedih. Apabila beliau membaca ayat Allah, air matanya tidak dapat dibendung. Hatinya begitu lembut, sensitif dan cepat tersentuh. Saidina Umar pula suka mengingatkan dirinya terhadap hari perhitungan.Ketakutan sentiasa menguasai hatinya. Wajahnya diguris bekas aliran tangisan yang terus-menerus mengalir mengingat hari perjumpaan dengan Allah kelak.Ketika dalam keadaan sakit tenat yang membawa kepada kematiannya, beliauberkata, kepada anaknya Abdullah bin Umar: "Letakkan pipiku di atastanah." Abdullah melarang dengan lembut sambil berkata: "Wahai ayah, bukankah itu akan membuatmu semakin sakit?" Umar berkata lagi: "Aku tidak peduli, letakkan aku di atas tanah, celakalah aku jika Tuhanku tidak merahmati aku!"Tangisan adalah ubat bagi hati yang keras. Ia mendatangkan cahaya dan membersih daripada kekotoran dosa, manakala berlebihan tertawa dan bersenda gurau membawa kepada kelalaian, mengeraskan hati dan mengeruhkan kesuciannya.Rasulullah SAW suatu ketika bertemu sahabat yang tertawa sambil bergurau. Baginda SAW bersabda maksudnya: "Jika kamu semua mengetahui seperti apa yang aku ketahui, nescaya kamu akan banyak menangis dan sedikit tertawa."Ada beberapa alasan mengapa orang beriman perlu menangisi dirinya.

a) Dia tidak tahu qada dan qadar atas dirinya.

Rasulullah SAW bersabda maksudnya: "Sesungguhnya kamu dikumpulkan kejadiannya dalam perut ibu 40 hari air mani, kemudian menjadi segumpal darah selama 40 hari lagi, kemudian menjadi seketul daging selama 40 hari, kemudian diutuskan kepadanya malaikat lalu ditiupkan roh kepadanya dan dituliskan empat kalimah iaitu rezekinya, umurnya, amalnya, celakanya atau bahagianya. Maka, demi Allah yang tidak ada Tuhan selain-Nya, sesungguhnya seseorang mengerjakan amal ahli syurga sehingga tidak ada jarak antaranya dengan syurga itu melainkan sehasta, kemudian terdahulu atasnya ketentuan tulisan lalu ia pun mengerjakan amal ahli neraka maka masuklah ia ke dalamnya. Dan seseorang mengerjakan amal ahli neraka sehingga tidak ada jarak di antaranya dengan neraka kecuali sehasta. Kemudian terdahulu atasnya ketentuan tulisan lalu dia pun mengerjakan amalan ahli syurga maka masuklah dia ke dalamnya."

(Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Siapakah yang boleh menjamin nama kita termasuk dalam senarai ahli syurga? Tidakkah hal itu petanda bahawa kita tidak berkuasa menolong diri sendiri? Letakkanlah diri kita sentiasa dalam keadaan cemas, takut dan harap kepada Allah. Caranya dengan banyak menangis dan memohon pertolongan-Nya.

b) Menangislah kerana ingat terhadap malam pertama di alam kubur.

Siapakah yang menjadi teman untuk seorang pengantin yang memakai helaian kafan? Ditinggalkan sendirian menanggung nasib, meratapi kepergian orang yang menghantar ke kuburnya. Jangan pergi! Mana anakku, isteri dan saudara mara yang dulu mengasihiku? Semua hartaku, siapa yang menghabiskan segala jerih payahku selama ini? Lubang itu terlalu sempit, tempat cacing dan ulat menggigit-gigit. Malam pertama di sini sungguh berat ditanggung sendiri. Ada malaikat yang datang membawa urusan amat penting. Persoalan yang bukan senda gurau kekasih pada malam pengantin. Bahkan, gertakan yang mengecutkan hati dan kekerasan yang memadamkan kegembiraan. Siapakah yang mahu menolong aku, menemani dan membela diriku? Di mana sembahyang, puasa, haji dan sedekahku? Datanglah selimuti aku daripada kepedihan seksa ini. Di mana bacaan al-Quran, zikir dan kelembutan lidah yang pernah mengeluarkan kata-kata yang baik? Datanglah semua segala kebaikanku dari atas kepala, di sebelah tangan, di kaki, di seluruh tubuh badan yang kaku dan pucat ini. Siapakah yang sanggup membela jika bukan amal salih di dunia. Mayat itu menangis di perut bumi, menyesal mengapa dulu ia tidak menangis ketika bersimpuh di atas bumi?

c) Menangis kerana ingatkan hari perhitungan.

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: "Orang yang muflis di kalangan umatku ialah: Seseorang yang datang pada hari kiamat dengan pahala sembahyang, puasa dan zakat. Tetapi, dia pernah mencaci si polan, menuduh si polan, menumpah darah si polan dan memukul si polan. Maka akan diberikan kepada orang yang teraniaya itu daripada pahala kebaikan orang tadi sehingga apabila habis pahalanya, sedangkan belum semua terbayar, maka akan diambil ganti dari dosa orang itu dan dibebankan kepadanya dan dia dicampakkan ke dalam neraka kerananya."

(Riwayat Muslim dari Abu Hurairah)

Ingatlah keaiban diri yang terlalu banyak untuk dihitung, jangan sibuk menyebut aib orang lain. Semua orang di sekeliling kita tidak dapat menolong kecuali amal ibadat yang dilakukan dengan keikhlasan. Bilakah saat dan ketika paling tepat untuk kita menangis supaya lembut hati yang keras oleh hawa nafsu yang dituruti? Pada tengah malam yang dingin, bangun dan berdiri tanpa diketahui oleh manusia yang asyik bermimpi, sujud dan doa yang panjang, bacaan al-Quran dan zikrullah juga istighfar. Amalan ini menjadi kebiasaan Rasulullah SAW dan sahabatnya serta menjadi ikutan orang salih yang mahukan ketenangan jiwa pada akhir zaman ini. Ubati kegelisahan, tekanan dan kesakitan jiwa dengan menangis, solat dan zikrullah.


Read More
0

3010_2777NordicWalk_i5

Dari Abdullah bin Umar, r.a., katanya: Rasulullah s.a.w., memegang bahuku lalu bersabda: “Jadikanlah dirimu di dunia ini seolah-olah engkau orang dagang bahkan seolah-olah orang yang dalam perjalanan musafir. ” Dan semenjak itu Ibn Umar selalu berkata: “Apabila engkau berada pada waktu petang maka janganlah engkau tunggu datangnya waktu pagi dan apabila engkau berada pada waktu pagi maka janganlah engkau tunggu datangnya waktu petang dan ambillah peluang dari kesihatanmu itu membuat amal untuk masa sakitmu dan peluang masa hidupmu berbekal untuk matimu.(Bukhari)

Musafir di dunia

Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:“ Bagiku berada di dunia ini ibarat seorang yang berjalan di tengah panas lalu singgah sebentar berteduh di bawah sepohon kayu yang rendang, selepas beristirehat seketika untuk menghilangkan penat, maka beredarlah dia meninggalkan pohon rendang itu dan meneruskan perjalanan”.

Hadith Nabi saw itu adalah satu peringatan terhadap manusia, bahawa kesempatan yang diberikan kepada manusia hidup di dunia ini bukanlah untuk kekal buat selama-lamanya. Sebaliknya dunia hanyalah tempat persinggahan untuk membuat persiapan, mencari bekalan bagi menghadapi suatu penghidupan yang abadi di akhirat.

Inilah hakikat yang diajar oleh Rasulullah saw kepada umatnya, tentang kehidupan di dunia ibarat singgah berteduh di bawah sepohon kayu ketika panas. Bererti singgah sejenak sekadar berteduh untuk menghilangkan letih atau singgah mencari bekalan. Setelah badan kembali segar selepas rehat, seharusnya mereka tidak lalai untuk meneruskan perjalanan.

Contoh yang diberikan oleh Nabi tentang kehidupan di dunia ini amat mudah difahami. Meskipun Nabi menyebut ibarat singgah sejenak berteduh di bawah pohon yang rendang, tetapi kadangkala manusia menjadi asyik dan terlena, apatah lagi jika pohon tempat berteduh itu sedang berbuah lebat dan ranum. Berehat sambil makan buah-buah serta hembusan bayu yang nyaman sungguh mengasyikkan.

Jangan bertangguh

Oleh itu janganlah bertangguh-tangguh dalam berbuat kebaikan dan rebutlah 5 perkara sebelum datangnya 5 perkara.

Dari `Amr bin Maimun al-Audi r.a., katanya: Rasulullah s.a.w., bersabda kepada seorang, menasihatkannya: “Rebutlah peluang lima keadaan sebelum datangnya lima yang lain, - keadaan mudamu sebelum datangnya keadaan tuamu dan keadaan sihatmu sebelum datangnya keadaan sakitmu dan keadaanmu berada sebelum datangnya keadaanmu berhajat dan keadaan lapangmu sebelum datangnya keadaan sibukmu dan keadaanmu masih hidup sebelum datangnya matimu.” (Tirmizi)

Di akhirat tidak lagi dapat beramal. Dunia ini tempat beramal, akhirat tempat dikira segala amalan. Bila tiba di sana, kita tidak dapat kembali lagi ke sini.

Al-Munafiqun [10] Dan belanjakanlah (dermakanlah) sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada kamu sebelum seseorang dari kamu sampai ajal maut kepadanya, (kalau tidak) maka dia (pada saat itu) akan merayu dengan katanya: Wahai Tuhanku! Alangkah baiknya kalau Engkau lambatkan kedatangan ajal matiku ke suatu masa yang sedikit sahaja lagi, supaya aku dapat bersedekah dan dapat pula aku menjadi dari orang-orang yang soleh. [11] Dan (ingatlah), Allah tidak sekali-kali akan melambatkan kematian seseorang (atau sesuatu yang bernyawa) apabila sampai ajalnya dan Allah Amat Mendalam PengetahuanNya mengenai segala yang kamu kerjakan


Read More
8

glasses Sya'ir Munajat yang ditulis pada 09 Disember 2006, dua minggu sebelum berangkat ke Mekah

Memang terdapat ayat al-Qur'an[26] dan hadis Nabi s.a.w, supaya kita berwasiat sebelum meninggal dunia, namun tidak semua orang dapat melaksanakannya. Orang-orang sufi sangat memandang penting perkara wasiat ini. Atas alasan itu, Allahyarham TG yang termasuk salah seorang daripada Guru dan Khalifah bagi Tareqat Mujaddidiyah as-Sammaniyah an-Naqsyabandiyah (ﻃﺮﻳﻘﻪ اﻟﻤﺠﺪدﻳﻪ اﻟﺴﻤﺎﻧﻳﻪ اﻟﻨﻘﺸﺒﻨﺪﻳﻪ), ada meninggalkan beberapa wasiat/nasihat sebelum berangkat ke tanah suci Mekah (مكة المكرمة) untuk menunaikan fardhu haji. Walaupun kata-kata nasihat/wasiat tersebut lebih tertumpu kepada anak-anak, ahli keluarga serta anak murid untuk menjadi pedoman, tetapi ia dilihat sangat relevan dan berguna untuk dikongsikan bersama dengan seluruh umat Islam. Di antaranya:

Jangan tinggal solat. Kerana solat adalah tiang agama, ibarat rumah yang tiada tiang pasti rumah tidak dapat dibangunkan. Islam terbangun dalam diri, masyarakat dan negara adalah dengan terdirinya solat di setiap kalangan penganutnya. Selagi ia diabaikan pasti Islam sukar membangun atau dibangunkan. Solat juga jalan bagi segala orang yang mutaqin dan menyejukkan mata hati bagi Rasulullah s.a.w dalam mensyahadahkan tuhannya. Sembahyang berjamaah di masjid atau surau adalah yang paling afdhal untuk mendapatkan lebih darjat dan juga meningkat ukhuwah Islamiah sesama kita.

Sering-seringlah menziarah kubur ibu. Menziarah kubur mengingatkan kita kepada mati yang semakin hari semakin menghampiri. Perbanyakkanlah mengigati mati, kerana yang demikian itu akan mengurangkan seseorang itu melakukan dosa dan menjadikannya berzuhud dalam urusuan dunia. Sepintar-pintar manusia ialah orang yang mengingati mati dan sentiasa bersedia menghadapinya. Mereka itulah orang-orang yang bijaksana. Dengan selalu mengingati mati juga, kita akan lebih termotivasi untuk melakukan amal ibadat dan kebajikan buat bekalan akhirat. Beramal seolah-olah kita hendak mati hari esok, dan berkerjalah seolah-olah kita akan hidup hingga 1000 tahun lagi. Oleh itu beramal hendaklah kita segerakan berbanding mengejar kehidupan di dunia.

Jangan bertelagah sesama sendiri soal harta. Harta dunia tidak memberi apa-apa manafaat kehidupan akhirat melainkan yang dibelanjakan ke arah yang diredhai Allah Ta'ala, berjihad dengan harta dan wang ringgit ke jalan Allah Ta'ala adalah tukaran jual beli yang paling tinggi nilaiannya di sisi Allah Ta'ala.

Harta pusaka hendaklah dibahagikan mengikut hukum faraid. Ilmu tentang Hukum faraid adalah ilmu yang paling awal diangkat atau dicabut oleh Allah Ta'ala dari muka bumi, maka dengan itu berusahalah sedaya upaya mempertahankannya dalam diri dan keluarga dan keturunan generasi kita akan datang supaya ia kekal hingga hari akhirat.

Harta yang telah dihebahkan (hadiah), diwaqafkan tidak perlu dipersoalkan. Tiada apa yang hendak dikejar atas muka dunia ini. Bekalan hari akhirat adalah yang paling penting. Sebagai penyambung amalan agar berterusan walaupun kita sudah mati adalah melalui 3 perkara. Salah satu daripadanya adalah meninggalkan harta waqaf termasuk dalam harta yang disedekahkan.

Jangan abaikan pendidikan keluarga. Pendidikan adalah penting untuk mendapat ilmu, tuntutan ilmu adalah amal. Orang yang berilmu tidak beramal ibarat pohon yang tidak berbuah dan lebih dahulu di siksa oleh Allah Ta'la berbanding orang lain. Orang yang beramal tapi tidak berilmu itu pula akan menjadi sia-sia sahaja. Tidaklah sama darjat antara orang yang berilmu dan tidak berilmu dengan beberapa darjat yang tinggi. Orang berilmu akan diangkat tinggi, berhati lemah lembut dan akan ditunaikan segala hajatnya oleh Allah Ta'ala.

Tuntutlah ilmu selagi terdaya. Menuntut ilmu adalah wajib bagi setiap muslim. Pepatah ada menyebutkan dari buaian hingga ke liang lahat from cradle to grave. Berusahalah untuk menuntut ilmu agama, ia menuntut kepada pengorbanan masa, tenaga dan wang ringgit. "Siapa yang dikehendaki baik oleh Allah Ta'ala, maka Allah akan meluaskan pengetahuannya dalam hukum-hukum agama dan diilhamkan-Nya petunjuk di dalamnya..yufaqqihu-fid-din" (ﻳﻔﻘﻬﻪ ﻓﻲ اﻟﺩﻳﻦ).

Utamakan hubungan kekeluargaan dari yang lain. Jika hendak membantu, bantulah ahli keluarga sendiri dahulu, itu yang lebih afdal dari pada membantu orang lain. Hatta jika hendak memberi zakat lebih afdal kepada ahli keluarga yang layak dahulu. Ia pasti dapat menjalinkan hubungan silahturahim yang lebih akrab.

Wasiat yang dilafazkan pada malam 19hb Disember 2006 itu; ternyata telah memberi kesan yang amat mendalam kepada setiap yang hadir. Lenggok bahasa dan cara penyampaian memang agak lain dari pada biasa. Bagi yang mempunyai mata hati yang terang pasti dapat menangkap; itulah kata-kata wasiat terakhir seorang yang bakal pergi jauh menemui tuhan yang maha pencipta.


Read More
0

Di dalam sebuah riwayat dinyatakan, “jangan kamu bertengkar dengan saudaramu, janganlah bergurau senda dengannya dan janganlah kamu berjanji dengannya dan mungkir janji.
Jangan bertengkar

Pada mulanya Rasulullah s.a.w. telah mendapat tahu dari Malaikat Jibril tentang bilakah malam Lailatulqadar, namun belum sempat Baginda hendak memberitahu sahabat, Baginda terlupa kerana melihat dua orang sahabat sedang bertengkar.

“Aku keluar untuk mengkhabarkan kepada kamu berkenaan Lailatul Qadar, tetapi ada dua orang sedang berselisih sehingga pengetahuan berkenaannya tidak diberikan. Mudah-mudahan ini lebih baik bagi kamu, carilah di malam 29, 27, 25 (dan dalam riwayat lain, pada malam ke tujuh, sembilan dan lima).” (Hadis Riwayat al-Bukhari (4/232))

janganlah bergurau senda

Bergurau senda adakalanya boleh menyebabkan orang sakit hati dan menjadi punca timbul perasaan benci antara satu sama lain. Benci-membenci mencetuskan api permusuhan. Apabila saling membenci, lama-lama berpecah-belah dan akibatnya musnahlah penyatuan Islam. Dalam quran disebut:

… dan janganlah pula kamu panggil-memanggil antara satu dengan yang lain dengan gelaran yang buruk….(Al-Hujurat 11)

janganlah kamu berjanji dengannya dan mungkir janji.

Ada dua jenis janji iaitu janji bertulis dan janji secara mulut atau lisan. Kedua-duanya akan ditanya dihari kiamat. Dalam quran disebut:

……dan sempurnakanlah perjanjian (dengan Allah dan dengan manusia), sesungguhnya perjanjian itu akan ditanya.(Al-Isra, 34)

Read More
6

02

Prof Madya Dr Musa Fathullah Harun

Imam Muslim, Tirmizi, Nasai, Abu Dawud, Ahmad dan Al-Darimi telah meriwayatkan daripada Abi Hurairah r.a. bahawa Nabi s.a.w. bersabda:

“Apabila manusia mati, terputuslah daripadanya segala amalannya, kecuali tiga perkara: sedekah jariyah, ilmu yang dimanfaatkan, atau anak yang soleh yang berdo’a untuknya”.

Imam Ahmad, Muslim, Tirmizi, Nasai, Abu Daud dan Ibnu Majah meriwayatkan daripada Jarir r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:

“Barangsiapa memulakan jalan yang baik dalam Islam, maka baginya pahalanya dan juga pahala orang yang beramal dengannya selepasnya tanpa dikurangi daripada pahala mereka sedikitpun juga, dan barangsiapa memulakan jalan yang buruk dalam Islam, maka atasnya dosanya dan juga dosa orang yang beramal dengannya tanpa dikurangi daripada dosa mereka sedikitpun juga”.

Daripada kedua hadis tersebut kita mengambil kesimpulan bahawa meskipun, dengan datangnya kematian kepada kita, kesempatan untuk beramal telah terputus atau terhenti, tetapi peluang untuk memperoleh pahala amalan tertentu tetap terbuka bagi kita.

Di dalam kedua hadis tersebut, Rasulullah s.a.w. telah menjelaskan kepada kita bidang-bidang pelaburan yang pasti akan menguntungkan kerana pahalanya akan berterusan mengalir selepas kematian kita, iaitu:

Pertama: sadaqh jariyah, iaitu sedekah yang pahalanya terus mengalir selama faedah atau manfaat yang disedekahkan itu terus berjalan, seperti menderma atau mewakafkan tanah untuk masjid, surau, madrasah atau lain-lain yang berguna bagi agama dan umat Islam.

Kedua: menuntut dan mengembangkan ilmu-ilmu yang bermanfaat bagi agama dan umat, menghidupkan majlis-majlis ilmu atau pengajian-pengajian, dan lain-lain usaha yang membantu ke arah perkembangan ilmu pengetahuan yang dituntut oleh agama.

Ketiga: memperhatikan pendidikan anak-anak agar mereka menjadi anak yang soleh, yang sentiasa berdo’a untuk kedua ibu-bapanya.

Keempat: setiap amalan yang mendatangkan kebaikan, yang selari atau tidak bercanggah dengan syariat, yang kita mulakan melakukannya semasa hidup kita, kemudian diikuti oleh orang ramai sehingga menjadi adat kebiasaan bagi mereka, maka kita akan mendapat pahala melakukannya dan juga sebanyak pahala orang yang mengikutinya.

Amalan yang hidup untuk yang mati

Mengenai amalan orang yang hidup, seperti bacaan Al-Qur’an, do’a, sedekah dan lain-lain, untuk orang yang sudah mati, terdapat perbezaan pandangan: Imam Nawawi, di dalam kitabnya Al-Adzkaar, menyatakan bahawa para ulama telah bersepakat bahawa do’a untuk orang-orang yang sudah mati bermanfaat bagi mereka, dan pahalanya sampai kepada mereka bersandarkan kepada firman Allah SWT di dalam surah Al-Hasyr:

“Dan orang-orang (Islam) yang datang kemudian daripada mereka (berdo’a dengan) berkata: Wahai Tuhan kami, ampunilah dosa kami, dan dosa saudara-saudara kami yang mendahulu kami dalam iman,…”.

Dan juga bersandar kepada hadis-hadis yang masyhur, seperti: do’a Rasulullah s.a.w.:

“Ya Allah, ampunilah bagi ahli yang hidup dan juga yang mati daripada kami”, dan lain-lain.

Mengenai bacaan Al-Qur’an, terdapat perbezaan pandangan:

Yang masyhur daripada mazhab Syafi’ie bahawa pahala bacaan tersebut tidak sampai kepada si mati. Tetapi, sekumpulan sahabat Imam Syafi’e sendiri sependapat dengan Imam Ahmad dan sekumpulan ulama lainnya, yang mengatakan bahawa bacaan tersebut bermanfaat dan sampai pahalanya kepada si mati.

Imam Nawawi r.a. telah menukil riwayat Abi Dawud dan Baihaqi daripada Uthman Bin Affan r.a. bahawa beliau berkata:

“Nabi s.a.w., apabila selesai daripada mengebumikan mayat, berdiri di atasnya, kemudian bersabda: Mohonlah keampunan bagi saudaramu, dan mintakan baginya ketabahan, kerana sesungguhnya ia sekarang sedang disoal”.

Imam Syafi’ie r.a. dan sahabat-sahabatnya menyatakan bahawa disunatkan membaca sebahagian daripada Al-Qur’an, dan jika mereka mengkhatamkan seluruhnya adalah lebih baik lagi.

Imam Nawawi juga telah menukil riwayat Baihaqi bahawa menurut Ibnu Umar r.a. disunatkan membaca awal dan penghabisan daripada surah Al-Baqarah, selepas pengembumian di atas kubur.

Segolongan kaum muslimin berpendapat bahawa orang mati tidak akan mendapat sebarang faedah daripada amalan orang yang hidup. Mereka berhujjah dengan firman Allah SWT di dalam surah Al-Najm: 39:

“Dan bahawa sesungguhnya tidak ada (balasan) bagi seseorang melainkan (balasan) apa yang diusahakannya”.

Dan mereka juga berhujah dengan sabda Nabi s.a.w.:

“Apabila manusia mati, terputuslah segala amalannya kecuali tiga perkara: sedekah jariyah(untuk masjid, surau, madrasah dan lain-lain keperluan kaum muslimin), ilmu yang dimanfaatkan, atau anak yang soleh yang berdo’a untuknya”.

Hasan Al-Saqqaf telah menukil jawaban Imam Abdullah Ibnu al-Siddiq al-Ghamawi di dalam risalahnya, Tawdih al-Bayan Li Wusul Thawab al-Qur’an, yang di antara kandungannya:

“Ayat tersebut (Al-Najm:39)tidak menafikan bolehnya seseorang mengambil manfaat daripada usaha orang lain. Yang dinafikan olehnya adalah pemilikan manfaat tersebut bagi selain yang mengusahakannya. Di antara kedua perkara tersebut terdapat perbezaan yang nyata.

Allah SWT mengkhabarkan bahawa manusia tidak memiliki selain yang diusahakannya. Adapun yang diusahakan oleh orang lain, maka ia adalah milik yang mengusahakannya: jika ia ingin ia boleh memberikannya kepada orang lain, dan jika ia ingin ia boleh mengekalkannya bagi dirinya sendiri. Allah SWT tidak memfirmankan bahawa ia tidak akan mengambil manfaat melainkan dengan apa yang ia usahakan.

Imam Qurtubi berkata: Dikatakan sesungguhnya Allah berfirman; laam al-khafd dalam bahasa Arab bererti memiliki dan mewajibkan, maka makna ayat: Tidak wajib bagi manusia selain yang ia usahakan. Jika orang lain bersedekah kepadanya, maka tidak wajib baginya sesuatu, tetapi Allah Azza Wa Jalla bermurah hati ke atasnya dengan memberikan apa yang tidak wajib baginya, sebagaimana Allah bermurah hati dengan memasukkan kanak-kanak ke dalam Syurga tanpa amal.

Syaikh Abul Abbas, Ahmad Bin Taimiyah berkata: Barangsiapa yang mengiktiqadkan bahawa manusia tidak akan mengambil faedah selain daripada apa yang ia lakukan, maka ia telah menyalahi ijma’. Yang demikian adalah batil dari beberapa segi:

Pertama: Manusia mengambil faedah daripada do’a orang lain, yang bererti mengambil manfaat daripada amalan orang lain.

Kedua: Nabi s.a.w. memberi syafaat kepada ahl al-mawqif (semua manusia yang menunggu penghisaban di Mahsyar) untuk menyegerakan penghisaban, kemudian kepada ahli Syurga untuk memasukkan mereka ke dalam Syurga, kemudian bagi ahl al-kabair (orang-orang yang melakukan dosa besar) untuk mengeluarkan mereka dari neraka.

Ketiga: Para malaikat berdo’a dan memintakan ampunan bagi penduduk bumi.

Keempat: Allah SWT mengeluarkan orang yang belum pernah melakukan sebarang kebaikan dari neraka kerana semata kemurahan dan rahmatNya. Ini bermakna mereka mengambil manfaat daripada selain amalan mereka.

Kelima: Kanak-kanak orang mukmin memasuki Syurga dengan amalan bapa mereka.

Keenam: Dalam surah al-Kahfi, dua anak yatim mengambil manfaat daripada amalan bapa mereka yang soleh.

Ketujuh: Mayat mengambil manfaat dengan sedekah yang dibuat untuknya, dengan nas Al-Sunnah dan ijma’.

Kelapan: Haji wajib gugur tuntutan ke atas mayat dengan haji yang dilakukan oleh Walinya untuknya, dengan nas Al-Sunnah.

Kesembilan: Haji nazar atau puasa nazar gugur tuntutan ke atas mayat dengan dilakukan oleh orang lain.

Kesepuluh: Orang yang berhutang, yang Nabi s.a.w. menolak untuk solat ke atas jenazahnya sehingga dibayarkan hutangnya oleh Abu Qotadah r.a., dan dibayarkan hutang lainnya oleh Ali Bin Abi Talib r.a., mengambil manfaat daripada amalan mereka dan daripada solat Nabi s.a.w., yang juga merupakan amalan orang lain.

Dengan huraian ini jelaslah bahawa berhujah dengan ayat tersebut atas tidak sampainya pahala do’a atau bacaan kepada mayat adalah tidak benar, kerana ayat tersebut tidak menunjukkan yang demikian.

Imam Nawawi berkata:

“Sebaiknya, orang yang membaca (Al-Qur’an), selepas selesai membacanya, hendaklah berdo’a: Ya Allah sampaikanlah pahala bacaanku ini kepada si Fulan, dan juga disunatkan supaya memuji si mati dan menyebut kebaikan-kebaikannya”.


Read More