IMG_1252 “Dajjal akan muncul dari kerajaan jin di segi tiga bermuda “ beginilah tajuk buku yang akan aku cuba reviewkan kepada anda.Aku membuat review tentang buku ini kerana didalam buku ini terdapat berbagai-bagai pengetahuaan mengenai asal-usul kejadiaan dajjal yang sangat jarang diambil tahu oleh orang ramai pada masa kini walaupun nabi kita Nabi Muhammad S.A.W telahpun memperingatkan kepada kita tentang perihal dajal ini semasa zaman baginda lagi.
      Rasullullah S.A.W bersabda,"Wahai sekalian manusia,sesungguhnya tidak ada fitnah di muka bumi ini sejak Allah menciptakan Nabi Adam dan keturunannya yang lebih dasyat daripada dajjal.Aku adalah nabi terakhir,dan kamu sekalian adalah umat terakhir pula.Dajjal pasti keluar dari tenggah-tengah kamu.Jika ia keluar,sedang aku diantara kamu,maka aku akan mengalahkannya dengan hujjah dan kemampuanku.Jika ia keluar setelah aku tiada maka setiap orang akan menjadi penolong bagi dirinya sendiri untuk mengalahkan musuhnya.Allah adalah pengantiku bagi setiap muslim…”
Buku yang aku ingin review ini adalah karya daripada Muhammad Isa Dawud dan satu lagi karya beliau adalah dialog dengan jin islam.Buku setebal 433 mukasurat yang hanya berharga RM18.00 ini sangat berbaloi untuk anda membelinya kerana banyak maklumat mengenai asal usul dajjal yang tidak pernah terfikir oleh kita selama ini berserta bukti-buktinya sekali.
Didalam buku ini ada menceritakan asal usul dajjal yang dilahirkan sebelum masa kenabian nabi musa a.s lagi.Dajjal yang dikutuk oleh Allah mempunyai umur yang panjang yang ditangguhkan kematiannya (min al-munzharin) oleh Allah S.W.T.Dajjal dilahirkan dari lelaki dan perempuan dari keturunan Yadhuza setelah masa 31tahun perkahwinan maka lahirlah seorang anak yang sangat membahayakan kedua orang tuanya,sebagaimana yang digambarkan oleh Nabi kita Nabi Muhammad S.A.W
“kedua matanya tidur tetapi hatinya tetap terjaga.”
Di awal kelahiran Dajjal telah pun menunjukkan bahawa dia ini akan membawa bencana yang besar kepada manusia.Dia dilahirkan cacat kedua belah matanya dan suka tidur malam dan siang serta jarang untuk bangun untuk menghisap susu sehingga menyebabkan kematiaan ibunya kerana terkena penyakit tertahan air susu.Didalam buku ini juga ada menceritakan yang Dajjal sewaktu kecilnya dipelihara oleh Malaikat Jibril setelah mendapat perintah dari Allah S.W.T kerana Malaikat Jibril mendapat perintah dari Allah S.W.T untuk menghancurkan negeri tempat tinggal Dajjal itu kerana rakyatnya yang suka membuat maksiat dan berbagai-bagai keburukkan lagi dan dajjal ditinggalkan di suatu pulau yang terletak di suatu lautan luas yang disebut laut yaman.Malaikat Jibril selalu membawa makanan kepada Dajjal diatas perintah Allah S.W.T dan Allah S.W.T sangat menyanyangi anak itu,seraya berfirman kepada Malaikat Jibril.
“Hai Jibril,anak itu adalah hambaku,tetapi di akhir zaman ia mengaku sebagai Tuhan yang disembah di muka bumi.Aku mengutus orang yang akan menyeksakannya dengan seksaan yang pedih dan akan membunuhnya pada suatu saat tertentu yang tidak diingkari oleh hambaku.Orang tersebut adalah seorang nabi yang diutus pada suatu masa dan akan menjadi wali,tanpa wahyu pada menjelang akhir zaman.”
Didalam buku ini ini juga ada dicerikan tentang Dajjal dijaga oleh seekor binatang yang sangat besar,berbulu lebat dan mempunyai dua mata menonjol seperti mata lembu dan binatang itu juga boleh berkata-kata.Antara kata-katanya kepada Dajjal.
“Engkau adalah seorang anak yang diselamatkan oleh Allah dari gempa yang dasyat ketika bumi terbalik,yang terjadi di negeri samirah.Engkau dibawa oleh malaikat agung iaitu Jibril.Ia membawamu kesini.Dan ia juga mengurus makan minummu.Oleh kerana itu janganlah engkau mengkhianati janjimu dengan Allah.Sebab pada setiap hati anak adam telah tertanam ketundukkan kepada Allah dan keimanan kepada-Nya selama mana ia masih berada dalam fitrah kesuciannya.Oleh itu.engkau sendiri mesti menjadi muslim dan mukmin yang yakin dan taat kepada Tuahn Pencipta Alam ini.Dialah tuhan yang maha esa.”
Selama Dajjal didalam penjagaan haiwan itu dia telah diajar supaya taatkan Allah dan diajar mengucap dua kalimah syahadah dan berbagai-bagai ilmu lagi.didalam buku ini juga ada menceritakan akan perihal dajjal sewaktu zaman nabi Musa dan dialah juga yang telah menyesatkan kaum nabi Musa semasa Nabi Musa pergi menerima wahyu dari Allah S.W.T.Anda boleh rujuk kisah ini didalam Al-Quraan surah(Toha ayat:83-98).
Sewaktu perjalanan Dajjal dia telah mendapat banyak ilmu pengetahuaan dan dia juga telah memutuskan untuk membuat penopang berbentuk piramid seperti bentuk piramid firaun di Puertorico dan Pulau bermuda.Kalau mengikut akal kita memang logiklah kerana berbagai-bagai kejadian misteri yang berlaku di tiga segi bermuda itu.Dan di dalam buku ini juga menceritakan tentang persahabatan Dajjal dengan Iblis dan juga menceritakan akan kehodohan rupa Iblis itu yang sangat menyeramkan sehingga hampir-hampir sahaja membekukan darah dalam saluran Dajjal.Diantara kata-kata iblis kepada Dajjal.
“Wahai manusia (tanda) kiamat,aku telah menantimu sejak jutaan tahun.Aku telah membuat persiapan untukmu sejak kemunculan Nabi dari Arab ini untuk kita hancurkan umatnya yang menghadang dan merintangi kita.Permusuhan antara kita dan mereka tidak hilang.Entah mereka yang menang atau kita yang menang.Kalau kita menang,kita telah mengalahkan Allah.Kalau kita mengalahkan Allah kita memjadi tuhan bersamanya,yang tidak ada sekutu bagi kita.Itulah saat kita mencipta sebagaimana dia mencipta.Jika tidak katakanlah kepadaku darimana Allah mendatangkan makhluk-makhluk ini dan menciptakannya dari kaf dan nun?Pasti dia belajar dari Tuhan sebelumnya dan dapat memahami rahsia-rahsianya.Kemudian mengkhianati dan menciptakan ini dengan apa yang diketahuinya dari rahsia-rahsia itu.Aku dan engkau dapat mencapai apa yang telah dicapainya hanya dengan memusnahkan umat ini.Allah telah mengampuni Nabi mereka atas dosa-dosanya yang terdahulu dan yang akan datang,memberi mereka malam al-qadar yang lebih baik dari seribu bulan,memberi mereka tempat wukuf di Arafah.Mereka kembali dari Arafah bagaikan dilahirkan kembali oleh ibunya,memberi mereka istigfar (permohonan ampun) dan lalu dia pun menerima ampunan mereka,dan memberi mereka taubat dan menerima taubat mereka selama belum sakarat.Dia telah memuliakan mereka,lantas,megapa kita tidak menguasai dan menghancurkan mereka dengan keinginan nafsu dan cubaan hidup berupa harta,anak,wanita,emas,hukum,kekuasaan,dan kedudukan?Kita kirim kepada mereka para pembantu kita dari kalangan syaitan,jin dan manusia untuk menghancurkan mereka semuanya serta merobek Al-Quraan dalam dada mereka sehingga mereka menjadi muslim dalam nama saja.Kita jadikan orang orang-orang Yahudi,bangsamu itu,sebagai pemenang kepimpinan serta penerima korban dan tebusan sehingga kita mereka menetapkan pajak dan memperoleh apa yang dijanjikan kepada mereka untuk menguasai palestina.Dengan begitu,mereka menjadi penguasa seluruh dunia.Aku menjadi sahabatmu yang tersembunyi dan sekutumu di atas arsy dan kekuasaan.”
Dalam buku ini ada bercerita tentang perihal tentang adanya piring terbang (ufo) berserta bukti-buktinya yang dikatakan sebagai kenderaan dajal.dan tidak mustahillah dajal boleh pergi dari satu tempat ke satu tempat hanya dengan sekelip mata kerana kecepatan piring terbang itu.Dan perlu diakui yang Dajal adalah seorang yang sangat geniues tetapi geniues yang jahat dan dia juga mengetahui akan kelebihan besi dan penulis buku ini mengambarkan yang piring terbang ini diperbuat daripada magnesium murni dan sangat jarang didapati dan penulis juga merasakan ia diperbuat daripada kepingan besi dengan daya magnet dalam tingkat tertentu,atau dari besi magnet sebagai mainan tetapi diberi sentuhan seni yang tinggi.Setelah itu dibuat pesawat yang tidak seorangpun mendahului Dajjal dalam pembuatannya.Walaupun kekufuran dan kesesatannya,ia mengetahui dengan baik “rahsia besar” dalam firman Allah;
“Dan kami ciptakan besi yang padanya terdapat kekuatan yang hebat dan pelbagai manafaat bagi manusia, (supaya mereka mempergunakan besi itu),dan supaya Allah mengetahui siapa yang menolong  agamanya dan rasul-rasulnya padahal Allah tidak dilihatnya.Sesunguhnya Allah Mahakuat lagi Mahaperkasa (surah al-Hadid:ayat25)
Didalam buku ini juga penulis menceritakan tentang simbol Dajjal yang ada terdapat diatas duit 1dollar Amerika.lihat gambar dibawah sebagai contoh.greatsealtetractysgu8
Penulis menyebut menurut pendapat Batt robertson,cahaya mata yang terdapat diatas piramid itu adalah cahaya atau mata tuhan orang mesir kuno (Osiris),dua kata yang tertera dibahagian bawah lambang dengan bahasa Latin itu,yakni ‘Annuit Coeptis’,bermakna “sesungguhnya kepentingan kita sarat dengan pelbagai keberhasilan.Dan kata-kata ‘Novus Ordu Seclorum’, menjelasakan sikap kepentingan mereka yang bermakna “Tata Masyarakat baru”.Sementara itu Pear happies menulis sebuah buku berjudul’Jalan Menuju Dunia Diktaktor Yahudi’.ia menyatakan bahawa dolar amerika adalah murni matawang Zionis Israel.Kerananya tidaklah aneh kalau raja Zionis meletakkan capnya pada matawang  amerika itu.Dengan begitu ia memerintah dunia di bawah slogan “Tata Dunia Baru”.Sebelum itu pada tahun 1884,menteri kehakiman perancis seorang keturunan asli Yahudi,anggota elit kelompok Masuniyyah tingkat ke-33 dan salah seorang tokoh Gerakkan Puak Yahudi sedunia menulis.
“Hari ini telah dekat masanya,ketika Orchalma menjadi rumah sembahyang (bait as-solah).Disini akan berkibar satu-satunya bendera israel,bendera Allah dan akan naik diatas pantai-pantai yang sangat jauh,Tidak mungkin orang Yahudi menjadi teman bagi orang masehi atau kristian atau muslim sebelum memancarkan sinar keimanan dan satu-satunya agama rasional,yang masa kedatangannya kedunia ini telah dekat.Inilah isyarat kehadirannya yang terdapat pada lembaran wang dollar amerika itu.ia memancarkan cahaya pada setiap orang yang membawa wang itu untuk mendapat kesenangan dengan lahirnya ‘Tata Dunia baru’.Yang menandai kembalinya Sang Juruselamat"(Dajal).
Demikianlah serba sedikit penerangan daripada aku tentang Dajjal ini.dan jika ada terdapat sebarang kesilapan didalam tulisan ini itu adalah disebabkab atas kecuian semasa aku menulis.Semoga anda mendapat manafaat dari tulisan aku ini.Dan untuk mengetahui lebih lanjut mengenai cerita ini anda bolehla mencari buku ini kerana aku yakin buku ini akan membuka minda anda apa yang sedang berlaku didalam dunia ini.Dan setelah membaca buku ini juga akan dapat memperkuatkan lagi keimanan kita kepada Allah.Semoga kita semua dijauhi daripada fitnah Dajjal ini.Sekian

19 comments:

  1. alhamdulillah, selesai dah bace review ko ni ariey. hebat ko menulis. hebat ko intepret balik buku tu. good job.

    bertambah ilmu aku. tanx.

    ReplyDelete
  2. tambahan.. BudakHutan ade buat post pasal yakjuj makjuj.

    mcm ade persamaan antara dajjal dan yakjuj makjuj sebab makhluk2 ni telah lama wujud cuma "disimpan" dan "dijaga" di suatu tempat. sampai satu masa baru dibebaskan..

    ReplyDelete
  3. xdela hebat biasa je aku pun baru je nak belajar cara2 nak menulis ni tu pun byk berpandu pada buku..dajjal dgn yakjuj makjuj memang ada sedikit persamaan keduanya2 membawa kerosakkan kepada bumi serta umat nabi muhammad s.a.w

    ReplyDelete
  4. Ariey, aku jarang baca artikel panjang tp sbb ko citer pasal dajjal aku jd tertarik pulak sbb ustazah aku baru citer pasal dajjal...
    pandai ko review panjang2, aku sanggup habiskan review ni...
    hehe...

    ReplyDelete
  5. terima kasih daus sbb sudi baca..semoga ianya berguna utk ko ye :D

    ReplyDelete
  6. best ar care ko uat review buku 2. rase cam nk beli je buku 2.

    ReplyDelete
  7. Alan aku syorkan kepada ko untuk membeli buku tu tp kenala rajin sikit cari sbb buku tu payah jgk nak dapat..

    ReplyDelete
  8. Salam ariey.. satu review yang menarik dan padat dgn isi2. well done bro.. saya sudah lama mencari buku ini, tetapi masih belum kutemui. di mana ariey membeli buku ini? teringin benar untuk memilikinya.

    ReplyDelete
  9. aku beli buku ni dkt pasar ahad di shah alam blkg stadium..buku ni mmg payah sikit nak cari x tau knp?

    ReplyDelete
  10. aku penah baca buku ni dulu.. dah lama gile... mmg best sgt3..

    ReplyDelete
  11. Betul tu Kill-Vearn padat dengan isi kan.

    ReplyDelete
  12. ohh. kalu ada link ebook ok jgak.. aku da lama cari ebook buku ni tapi x jumpa2.. haha..

    ReplyDelete
  13. ebbok dia xde kot..sape yg nak scan sampai 400 mukasurat hehe..

    ReplyDelete
  14. best review ni..mudah difahami..huhu..
    takut je kn bile dgr cite psl Dajjal ni..hish..:|

    ReplyDelete
  15. aah,semoga kita semua dilindungi oleh Allah S.W.T dari fitnah dia

    ReplyDelete
  16. Dajjal Akan Muncul Dari Segitiga Bermuda

    mana nah beli buku ini online?/

    ReplyDelete
  17. http://mistisfiles.blogspot.com/

    ReplyDelete
  18. terbaik la bro...teruskan..aku terhibur

    ReplyDelete

Sila tinggalkan komen ada dibawah ini dan yang berkenaan dengan post sahaja dan semua komen akan ditapis dahulu sebelum ditampilkan.