glasses Sya'ir Munajat yang ditulis pada 09 Disember 2006, dua minggu sebelum berangkat ke Mekah

Memang terdapat ayat al-Qur'an[26] dan hadis Nabi s.a.w, supaya kita berwasiat sebelum meninggal dunia, namun tidak semua orang dapat melaksanakannya. Orang-orang sufi sangat memandang penting perkara wasiat ini. Atas alasan itu, Allahyarham TG yang termasuk salah seorang daripada Guru dan Khalifah bagi Tareqat Mujaddidiyah as-Sammaniyah an-Naqsyabandiyah (๏ปƒ๏บฎ๏ปณ๏ป˜๏ปช ุง๏ปŸ๏ปค๏บ ๏บชุฏ๏ปณ๏ปช ุง๏ปŸ๏บด๏ปค๏บŽ๏ปง๏ปณ๏ปช ุง๏ปŸ๏ปจ๏ป˜๏บธ๏บ’๏ปจ๏บช๏ปณ๏ปช), ada meninggalkan beberapa wasiat/nasihat sebelum berangkat ke tanah suci Mekah (ู…ูƒุฉ ุงู„ู…ูƒุฑู…ุฉ) untuk menunaikan fardhu haji. Walaupun kata-kata nasihat/wasiat tersebut lebih tertumpu kepada anak-anak, ahli keluarga serta anak murid untuk menjadi pedoman, tetapi ia dilihat sangat relevan dan berguna untuk dikongsikan bersama dengan seluruh umat Islam. Di antaranya:

Jangan tinggal solat. Kerana solat adalah tiang agama, ibarat rumah yang tiada tiang pasti rumah tidak dapat dibangunkan. Islam terbangun dalam diri, masyarakat dan negara adalah dengan terdirinya solat di setiap kalangan penganutnya. Selagi ia diabaikan pasti Islam sukar membangun atau dibangunkan. Solat juga jalan bagi segala orang yang mutaqin dan menyejukkan mata hati bagi Rasulullah s.a.w dalam mensyahadahkan tuhannya. Sembahyang berjamaah di masjid atau surau adalah yang paling afdhal untuk mendapatkan lebih darjat dan juga meningkat ukhuwah Islamiah sesama kita.

Sering-seringlah menziarah kubur ibu. Menziarah kubur mengingatkan kita kepada mati yang semakin hari semakin menghampiri. Perbanyakkanlah mengigati mati, kerana yang demikian itu akan mengurangkan seseorang itu melakukan dosa dan menjadikannya berzuhud dalam urusuan dunia. Sepintar-pintar manusia ialah orang yang mengingati mati dan sentiasa bersedia menghadapinya. Mereka itulah orang-orang yang bijaksana. Dengan selalu mengingati mati juga, kita akan lebih termotivasi untuk melakukan amal ibadat dan kebajikan buat bekalan akhirat. Beramal seolah-olah kita hendak mati hari esok, dan berkerjalah seolah-olah kita akan hidup hingga 1000 tahun lagi. Oleh itu beramal hendaklah kita segerakan berbanding mengejar kehidupan di dunia.

Jangan bertelagah sesama sendiri soal harta. Harta dunia tidak memberi apa-apa manafaat kehidupan akhirat melainkan yang dibelanjakan ke arah yang diredhai Allah Ta'ala, berjihad dengan harta dan wang ringgit ke jalan Allah Ta'ala adalah tukaran jual beli yang paling tinggi nilaiannya di sisi Allah Ta'ala.

Harta pusaka hendaklah dibahagikan mengikut hukum faraid. Ilmu tentang Hukum faraid adalah ilmu yang paling awal diangkat atau dicabut oleh Allah Ta'ala dari muka bumi, maka dengan itu berusahalah sedaya upaya mempertahankannya dalam diri dan keluarga dan keturunan generasi kita akan datang supaya ia kekal hingga hari akhirat.

Harta yang telah dihebahkan (hadiah), diwaqafkan tidak perlu dipersoalkan. Tiada apa yang hendak dikejar atas muka dunia ini. Bekalan hari akhirat adalah yang paling penting. Sebagai penyambung amalan agar berterusan walaupun kita sudah mati adalah melalui 3 perkara. Salah satu daripadanya adalah meninggalkan harta waqaf termasuk dalam harta yang disedekahkan.

Jangan abaikan pendidikan keluarga. Pendidikan adalah penting untuk mendapat ilmu, tuntutan ilmu adalah amal. Orang yang berilmu tidak beramal ibarat pohon yang tidak berbuah dan lebih dahulu di siksa oleh Allah Ta'la berbanding orang lain. Orang yang beramal tapi tidak berilmu itu pula akan menjadi sia-sia sahaja. Tidaklah sama darjat antara orang yang berilmu dan tidak berilmu dengan beberapa darjat yang tinggi. Orang berilmu akan diangkat tinggi, berhati lemah lembut dan akan ditunaikan segala hajatnya oleh Allah Ta'ala.

Tuntutlah ilmu selagi terdaya. Menuntut ilmu adalah wajib bagi setiap muslim. Pepatah ada menyebutkan dari buaian hingga ke liang lahat from cradle to grave. Berusahalah untuk menuntut ilmu agama, ia menuntut kepada pengorbanan masa, tenaga dan wang ringgit. "Siapa yang dikehendaki baik oleh Allah Ta'ala, maka Allah akan meluaskan pengetahuannya dalam hukum-hukum agama dan diilhamkan-Nya petunjuk di dalamnya..yufaqqihu-fid-din" (๏ปณ๏ป”๏ป˜๏ปฌ๏ปช ๏ป“๏ปฒ ุง๏ปŸ๏บฉ๏ปณ๏ปฆ).

Utamakan hubungan kekeluargaan dari yang lain. Jika hendak membantu, bantulah ahli keluarga sendiri dahulu, itu yang lebih afdal dari pada membantu orang lain. Hatta jika hendak memberi zakat lebih afdal kepada ahli keluarga yang layak dahulu. Ia pasti dapat menjalinkan hubungan silahturahim yang lebih akrab.

Wasiat yang dilafazkan pada malam 19hb Disember 2006 itu; ternyata telah memberi kesan yang amat mendalam kepada setiap yang hadir. Lenggok bahasa dan cara penyampaian memang agak lain dari pada biasa. Bagi yang mempunyai mata hati yang terang pasti dapat menangkap; itulah kata-kata wasiat terakhir seorang yang bakal pergi jauh menemui tuhan yang maha pencipta.


8 comments:

  1. aku pernah juga mendengar... orang yang mengingati kematian adalah orang yang bijak....

    ReplyDelete
  2. ...can I ask you something how did you do that when I click on some label instead of articles show up links to these posts...thank you in advance

    ReplyDelete
  3. hady,memang betul rasullulah pernah bersabda org yg paling bijak adalah org yg selalu mengigati kematian.

    ReplyDelete
  4. martin are u using revolution chrunch megazine template..ok i try to show u how do that..:)]

    ReplyDelete
  5. ...yeah same template here...thanks

    ReplyDelete
  6. please go to my shoutmix..i cant explain here

    ReplyDelete

Sila tinggalkan komen ada dibawah ini dan yang berkenaan dengan post sahaja dan semua komen akan ditapis dahulu sebelum ditampilkan.