Table Of Contents Hari ini aku ingin tunjukkan cara untuk membuat Show all post ataupun lebih dikenali sebagai Table Of contents.Aku membuat Tutorial cara untuk membuat show all post ini adalah kerana ingin memenuhi permintaan en.Martin yang bertanyakan kepada aku cara untuk melakukannya.Mungkin agak sukar untuk aku menerangkan kepada beliau kerana kurangnya penguasaan aku didalam bahasa Inggeris.Bukan kerana cikgu aku dulu tak pandai tapi adalah kerana kemalasan aku sendiri untuk mempelajarinya dulu Big Grin.Tapi tak apalah aku akan cuba untuk mempelajarinya sedikit demi sedikit kerana aku yakin amat penting untuk kita menguasai bahasa Inggeris untuk berinteraksi dialam alam siber ini.Dan aku sarankan kepada rakan-rakan blogger yang fasih berbahasa inggeris bolehlah buat blog belajar bahasa inggeris untuk orang yang sememangnya lemah seperti aku ini.Ok kita teruskan kepada tajuk kita yang asal.Tutorial
untuk membuat Show all post ini aku dapati di dua blog kegemaran aku walaupun kadang-kadang aku tak berapa faham bahasa mereka.Tetapi alhamdulilah berjaya juga membuat Tutorial.Banyak ilmu yang aku dapati dari blog mereka dan aku ucapkan terima kasih kepada mereka kerana tidak kedekut ilmu untuk berkongsi dengan semua walaupun aku hanya menjadi silent reader di blog mereka.Dan dalam masa yang singkat aku sudah berjaya mengedit template mengikut kemahuan aku walaupun belum berjaya membuat template aku sendiri tetapi mungkin sedikit masa lagi aku akan berjaya melakukannya.
Bloag itu adalah blog kepunyaan Saudara kang Rohman dan Saudara O-om.Anda boleh lawati blog mereka untuk mempelajari lebih banyak Tutorial untuk blogger di blog mereka.

Apa gunanya Show all post @ Table Of contents.

Show all post ini dibuat adalah untuk memaparkan keseluruhan Tajuk artikel kita bermula dari artikel yang pertama sehinggalah kepada yang terbaru,Jadi dengan adanya show all post ini tentu akan menyenangkan lagi visitor di blog kita untuk mencari apa yang mereka mahukan,Contoh Show All Post Jika anda berminat untuk mencuba membuatnya anda boleh ikuti tutorialnya seperti di bawah.Sebelum membuat show all post ini anda backup dahulu template anda untuk tujuan keselamatan.

Langkah pertama

1.Anda login ke blog anda.

2.Pergi ke layout---> Edit Html.

screenshotd

3.Berikan tanda centeng di dalam kotak expand Widget template.

screenshotfs

4.Pergi kepada template kode dan cari kode ini di bawah ini.Tekan CTR+F untuk cari.

<b:include data='post' name='post'/>

5.Delete kode diatas dan gantikan dengan kode dibawah.

<b:if cond='data:blog.homepageUrl !=
data:blog.url'>
<b:if cond='data:blog.pageType != "item"'>
<a expr:href='data:post.url'>
<div style="padding:6px 0 6px 5px;border-right:1px solid #ccc;border-bottom:1px solid #ccc;margin-bottom:2px;background:#EAE9E9;color:#406A0E;">
<data:post.title/></div></a>
<b:else/>
<b:include data='post' name='post'/>
</b:if>
<b:else/>
<b:include data='post' name='post'/>
</b:if>

6.Kemudian savekan template anda.

Langkah kedua.

1.Anda pergi ke layout--->page element.

screenshots

2.Klik kepada Add A Gadget-->Pilih Html/Javascript.

screenshotf

3.Kemudian anda copy kode dibawah ini dan pastekan didalam ruangan HTML/Javasript itu.

<a href="http://Namabloganda.blogspot.com/search?max-results=200">Show all post &raquo;&raquo;</a>

Yang ditandakan berwarna merah anda perlu tukarkan kepada nama blog anda dan no 200 adalah jumlah
yang anda mahu paparkan.Jika anda mempunyai artikel lebih dari 200 anda boleh letakkan 300 ataupun lebih.

4.Siap.dan sedia dihidangkan kepada Visitor anda.

To Mr.Martin sorry b'cos not give this tutorial with english version b'cos my english language very bad,but don't worry i can explain to you letter.


4 comments:

Sila tinggalkan komen ada dibawah ini dan yang berkenaan dengan post sahaja dan semua komen akan ditapis dahulu sebelum ditampilkan.