Showing posts with label Software Tutorial. Show all posts
Showing posts with label Software Tutorial. Show all posts
17
 
Salam semua..hari ni aku nak tunjukkan bagaimana cara senang nak tambah kawan beratus sehari di facebook.Jika selama ini kita menambah kawan di facebook hanya menggunakan secara manual tentu sedikit sebanyak meletihkan kita betul tak?..Tapi sekarang dah ada software untuk kita tambah kawan beratus sehari secara automatik di facebook.Software yang aku nak share ni namanya Facebook Blaster Pro.Dan aku rasa software ni sangat berguna kepada mereka yang ingin berniaga didalam facebook.

Facebook Blaster Pro merupakan aplikasi yang multifungsi.Dengan Facebook Blaster Pro kita boleh menambah kawan secara automatik,Mengirim messages di inbox dan juga menhantar di wall kawan-kawan.Korang boleh tengok video di bawah ini untuk belajar cara-cara nak gunakan Facebook Blaster Pro ini.Link download ada di bawah.



Download

Read More
1

Salam semua..dah agak lama aku tidak update blog ini.Sejak kebelakangan ini mood untuk blogging dah agak menurun disebabkan connection internet aku yang terlalu lembab dan juga ditambah lagi dengan bebanan kerja yang aku terpaksa buat hmmm..boringnyer tapi nak buat camne nama pun kerja..

Terima kasih aku ucapkan kepada semua pengunjung yang masih sudi berkunjung ke blog aku ini.Sebagai menghargai jasa korang aku akan cuba update blog ini dengan seberapa kerap yang mungkin dengan tutorial-tutorial yang pasti dapat membantu korang semua nanti.insyaallah [sambil dengar lagu maher zain]..:)

Kali ini aku nak kongsi dengan korang satu software yang aku rasa sangat berguna untuk mereka yang hendak buat video tutorial mengenai handfone..dulu aku ada share software untuk rakam desktop komputer korang boleh rujuk sini dan Software ini pula boleh digunakan untuk merakam aktiviti didalam handfone pula.Software ini namanya Remote S60 Profesional..Tetapi software ini hanya boleh digunakan untuk Nokia S60 dan UIQ3 phone je phone lain aku tak try lagi mungkin korang boleh cuba mana tau jadi.

Ok mula-mula korang download dulu software ni kat sini Download

selepas tu korang extract file tu.

lepas extract dalam folder tu ada 2 sofware satu korang install dekat dalam pc dan satu lagi dalam handset korang.

lepas dah install sambuangkan handfone korang ke pc melalui bluetooth atau pun guna usb.

klik ikon remote profesional di pc korang dia akan keluar macam ni.

pastu korang buka pula sofware ni didalam handfone korang dan pilih connect dengan usb atau bluetooth.



Lepas tu korang dah boleh mula rakam aktiviti dalam phone korang ..Semoga berjaya.


*sori kalau tak berapa faham tengah buat tutorial dalam keadaaan mengantuk hehe.

Read More
9

f6a0d89d55e1

Cyberghost VPN adalah satu software yang sangat berguna untuk anda gunakan .Dengan Vpn anda akan berasa lebih selamat apabila melakukan urusan didalam internet seperti melakukan pembayaran secara online dan sebagainya.Tentu ada diantara anda yang masih tidak tahu apakah dia VPN jadi Aku akan cuba cerita serba sedikit tentang VPN jom tengok dibawah.

Apakah dia VPN.?

VPN adalah “VIRTUAL PRIVATE NETWORK”  satu teknologi yang bertujuaan untuk melindungi pertukaran data dari satu komputer dari komputer yang berlainan menerusi jaringan internet.

Apakah kegunaan VPN?..

VPN digunakan untuk menukarkan Ip asal yang dibekalkan oleh penyedia internet anda dengan Ip yang berlainan mengikut Ip yang diberikan oleh penyedian VPN itu.Terdapat banyak penyedia VPN tetapi pada kali ini aku hanya mahu ceritakan tentang Cyberghost VPN.Cyberghost VPN berpangkalan di German jadi jika anda menggunakan CyberGhost VPN Ip anda akan ditukarkan kepada Ip yang berpangkalan Di German.Anda boleh cuba check IP address andadisini

chechk ip 2 

Screenshoot diatas adalah Ip asal yang diberikan oleh Streamyx dan tempat aku disekitar Chow Kit..!!Biar betul Chow Kit..Dan Screenshoot dibawah setelah aku menggunakan perkhidmatan Cyberghost VPN.

chechk ip

Ip aku sekarang bermula dengan 84 dan aku sekarang berada di Erfurt German.Satu tempat yang tidak aku kenali dan mungkin tidak akan pergi kesana.

Cara untuk menggunakan Cyberghost VPN adalah terlalu mudah anda hanya perlu install softwarenya kedalam komputer anda tetapi anda perlulah register sebagai ahli terlebih dahulu setelah itu anda akan diberikan sebanyak 10 GB perbulan untuk menggunakan Cyberghost VPN.Sudah cukup besar untuk anda gunakan.Lihat Screenshoot bagaimanakah CyberGhost VPN berfungsi.

vpn

Apabila pertama kali anda membuka software ini anda hanya perlu klik kepada Close basic kemudian Ip anda akan ditukarkan secara automatik oleh Cyberghost.

Tetapi mengunakan CyberGhost VPN juga mempunyai keburukkan.Apakah keburukkannya?.

Apabila anda menggunakan Cyberghost VPN connection Internet anda akan menjadi sedikit lembab dan tentu akan menyukarkan anda melayari internet.Kalau nak laju boleh ambil pakej premium tentu laju.

Apa lagi yang boleh dibuat dengan menggunakan VPN.

Anda boleh melayari sesuatu site yang diblock oleh sesiapa saja,contohnya jika anda di pejabat site yang selalu di block adalah laman sosial frindster,Facebook dan lain-lain.Apabila menggunakan VPN tentu anda berjaya membuka halaman yang telah diblock itu tanpa pengetahuaan sesiapa kerana Ip anda telah berubah.AMARAN keras dari aku jangan gunakan untuk membuat kejahatan ya..gunakan hanya untuk kebaikan.

Lain kali aku akan share VPN dari penyedian VPN yang lain pulak.Kalau ada masa la.

Download CyberGhost VPN


Read More
9
AdobeAudition3
Anda minat berkaraoke?..Aku tahu diluar sana terdapat ramai orang yang amat meminati bidang nyanyian ini termasukla aku .Tapi hanya sekadar suka-suka untuk menghilangkan tension.Dulu selalu jugak pegi Alam Sentral berkaraoke dalam Jamban satu lagu Rm1.00 kalau 10 lagu Rm10.00.Banyak jugak kan kalau Rm10.00 tu beli makanan tentu dah kenyang.
Jadi pada kali ini aku nak tunjukkan kepada anda semua tutorial cara untuk membuat lagu karaoke dengan meenggunakan Adobe Audition 3.0.Software Adobe Audition 3.0 ini digunakan untuk menghilangkan suara asal dari dalam lagu mp3 dan boleh  dijadikan lagu untuk karaoke.jadi bolehlah anda berkaraoke secara percuma dihadapan Pc anda selepas ini.Anda boleh ikuti Video tutorial dibawah ini jika berminat untuk cuba membuatnya dan untuk dapatkan software ini anda boleh downloadnya dibawah.
Download Adobe Audition 3.0
 

Read More
10

bgKepada Anda yang suka mengedit template ataupun baru ingin bermula berjinak-jinak dalam mempelajari coding mungkin Notepad ++ ini sangat berguna untuk memudahkan kerja-kerja mengedit template anda itu.Notepad ++ berjalan pada MS Windows dan menyokong banyak bahasa pemrogrmam web contohnya seperti C, C++, C#, Java, JavaScript, XML, Visual Basic, Python, Perl, Tcl, HTML, Ada, ASP, PHP, CSS dan banyak lagi.Notepad ++ juga menyokong Syntax Highlighting dan Syntax Folding dan sudah tentu tidak terdapat pada Notepad yang asal yang disediakan oleh MS Window.

Screenshoot Notepad ++

Untitled

Selain dari Notepad ++ mungkin terdapat text editor yang lain seperti Bluefish Editor,Selida HTML Editor dan lain-lain tetapi bagi aku Notepad ++ ini adalah yang terbaik yang aku gunakan setakat ini.Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Notepad ++ anda boleh membaca kelebihannya di Homepage Notepad ++.Anda boleh dapatkan Notepad++  ver5.6.3  itu dibawah.

Download Notepad++ ver5.6.3


Read More
9

17 Jika selama ini anda tercari-cari software untuk membuang objek yang tidak dikehendaki yang berada didalam imej anda maka aku syorkan kepada anda untuk cuba menggunakan software Inpaint.Inpaint adalah satu software yang sangat berguna untuk membuang mana-mana objek yang tidak dikehendaki yang berada didalam imej anda.Software inpaint ini juga sangat mudah untuk digunakan,anda hanya perlu select area objek yang ingin dibuang kemudian klik butang run inpaint. Selepas itu area  objek yang anda ingin buang itu akan di inpaint secara automatik dan objek itu akan beransur-ansur hilang.Untuk melihat dengan lebih jelas bagaimana software inpaint ini berfungsi anda boleh tontoni video tutorialnya dibawah dan jika berminat untuk mencubanya anda boleh downloadnya secara percuma .Download Inpaint


Read More
21
killer Sudah agak lama blog ini tidak diupdate maklumlah sibuk berhari raya..hehe..Bagaimana dengan sambutan hari raya anda aku harapkan semuanya berjalan dalam suasana yang gembira hendaknya.
Pada kali ini aku ingin menunjukkan kepada anda semua cara-cara bagaimana hendak customize desktop anda sehingga menjadi the killer desktop.Tujuan kita customize desktop adalah supaya desktop kita menjadi bertambah cantik.Dibawah ini adalah contoh-contoh desktop yang telah aku customize.
1 screenshot.1
2Untuk membuat desktop anda kelihatan seperti ini anda perlukan Rain Meter.Untuk meletakkan ikon di bawah itu anda boleh gunakan Rocket dock,Nexus,Rk Launcer dan Stardock .Untuk mengetahui dengan lebih lanjut bagaimana cara-cara untuk membuatnya anda boleh lihat video dibawah.Semoga berjaya.


Read More
0

webcam-bluetooth-s60-3rd-all

Kepada anda yang menggunakan pc yang tidak dilengkapi dengan webcam tetapi anda memiliki handfone yang mempunyai camera dan sambungan kabel,bluetooth @ wifi anda boleh menjadikan handfone anda itu sebagai webcam kepada Pc anda.Dengan Software Mobiola webcame anda tidak perlu lagi membeli webcam untuk disambungkan kepada pc anda cukup dengan hanya menggunakan camera daripada handfone dan Jika anda memakai handfone yang memiliki camera sehingga 5 megapiksel tentu kualiti video yang akan dihasilkan akan lebih cantik dan jelas.Tetapi mobiola ini hanya support untuk nokia s60v3 sahaja.

>>>

Cara untuk menggunakan Mobiola Webcam.

1.Instal Software Mobiola Webcam kedalam Pc atau laptop.

2.Install Software Mobiloa webcam kedalam handfone.

3.sambungkan handfone anda dengam Pc atau laptop.

4.anda boleh memilih untuk menyambungkan handfone anda kepada pc dengan mengunakan Usb Kabel,Bluetooth ataupun wifi.

5.Setting Program aplikasi chatting yang anda gunakan khususnya Ym.

6Siap.

download


Read More
6

screenshot.91

Hari ini aku nak berkongsi satu software yang sangat berguna untuk anda yang suka mengedit template.Software ini digunakan untuk membaca warna.Software ini sangat mudah untuk digunakan anda hanya perlu meletakkan mouse cursor di warna yang anda mahukan kemudian software ini akan memberikan kepada anda kode untuk warna tersebut.Software ini juga amat berguna untuk anda menyamakan warna iklan google adsense dengan warna latar di dalam blog anda.Anda tidak perlu untuk install software ini kerana ianya adalah portable jadi anda boleh meletakkannya didalam pendrive.Sila lihat video di bawah untuk mengetahui dengan lebih lanjut bagaimana software ini berfungsi.

q54tt79osmfjxpnolx


Read More
14

screenshot.77 Hari ini aku nak berkongsi dengan anda semua satu perisian yang boleh mengajar anda bagaimana cara-cara untuk format komputer anda.Perisian ini dipanggil WinXp Simulation.Cara untuk menggunakannya sangat mudah anda hanya perlu klik ikon WinXp Simulation ini dan terus untuk belajar format komputer anda.Cara untuk format komputer telah banyak di tunjukkan didalam kebanyakkan blog dan salah satunya di sembangkomputer.com jadi aku tak perlu lagi untuk tunjukkan bagaimana cara untuk format komputer anda boleh pergi ke sana untuk membuat rujukkan dan gunakan WinXp Simulation ini sebagai percubaan untuk anda belajar format komputer.Anda tidak perlu takut untuk menggunakan WinXp Simulation ini kerana ia tidak akan memberikan apa-apa efek kepada komputer anda kerana ianya hanyalah simulasi sahaja.Sila lihat video dibawah untuk mengetahui lebih detail bagaimana WinXp Simulation ini berfungsi..




Read More
0

24mudxd

Adakah anda tahu akan kegunaan software Your Uninstaller kepada pc anda?

Your uninstaller digunakan untuk untuk membuang software yang anda tidak mahu gunakan lagi dari pc anda dengan selamat dan bersih tentu kebanyakkan dari anda yang masih lagi menggunakan cara yang lama untuk membuang software dari pc dengan menggunakan add or remove program yang terdapat didalam window.Adakah anda tahu salah satu punca peyumbang kelembabpan komputer anda ialah kerana anda menggunakan add or remove program yang disediakan oleh window ini.Mungkin anda fikir apabila sudah remove sesuatu software maka ia sudah hilang dari komputer anda.Jika anda memikirkan begitu ternyata tanggapan anda salahkerana anda hanya membuang ikon dan file yang terdapat di local c anda yang selalunya berada di program files tetapi bukan sistem registrynya.

Tahukah dimana sistem registry anda?

Jika anda ingin mengetahuinya anda boleh pergi ke start menu-pergi ke run-di dalam kotak itu anda taip regedit.disitulah sistem registery anda berada.Tapi jangan anda pergi kacau sistem itu sudahla nanti kalau rosak aku tak tahu.:).Hari ini aku nak ceritakan kelebihan menggunakan software Your Uninstaller..walaupun terdapat software yang seakan sama seperti revo uninistaller tapi aku sarankan anda pakai Your Uninstaller kerana aku pernah menggunakan kedua-dua software ini dan ternyata aku lebih suka menggunakan Your Uninstaller kerana ia lebih senang digunakan(ini pendapat akulah) kalau anda rasa software lain lagi bagus silakanlah pakai sebab komputer masing-masing yang punyakan.

Apakah kelebihan Your Uninstaller dari sistem asal yang disediakan window.

kelebihan dia tidaklah terlalu banyak tetapi yang paling utama apabila anda uninstaller software anda dengan menggunakan software ini dia akan membuang semua sistem registery yang berkaitan dengan software yang anda mahu buang itu dari komputer anda.Membuang program yang tidak boleh dibuang dengan menggunakan Add/remove Program.Boleh membuang screensaver yang anda tidak mahu.Serta banyak lagi kelebihan yang tidak terdapat pada Add/Remove program yang terdapat didalam window.Selepas anda menggunakannya barulah anda akan mengetahui kelebihan software ini..ok jika anda berminat untuk menggunakan software ini ikuti langkah-langkah serta cara menggunakannya dibawah.

1.Download software ini di sini.

2.Jika anda mahu membuang software yang anda tidak mahukan anda cuma pergi ke ikon software itu kemudian klik kanan disitu sudah terdapat ayat yang berbunyi uninstall with your uninstaller kemudian anda klik ayat itu.lihat gambarajah dibawah

3

3.kemudian dia akan keluar seperti gambar ini anda cuma klik ok.

4

4.Apabila keluar gambar seperti dibawah anda pilih next

5 5.kemudian dia akan meminta kepastiaan anda samaada anda benar-benar mahu membuang software itu anda hanya pilih yes.

6 6.Gambar ini menunujukkan Software anda sedang dibuang.

7

7.Kemudian anda boleh pilih sama ada untuk restart atau tidak.Aku syorkan kepada anda supaya restart semula untuk prestasi yang lebih baik.
Komputer hanya akan restart selepas semua Registery anda dibuang.

8

8.Semua Registery dan junk file yang berkaitan dengan software yang perlu dibuang.Klik next

9

9. Registery dan junk file anda sedang dibuang.Jika anda pilih restart,komputer anda akan restart sendiri apabila proses pembuangan ini selesai.

10

10.Selesai..Selamat mencuba,Semoga prestasi komputer anda akan lebih bagus selepas ini.


Read More
4


Pernahkah anda menggunakan Camtasia Studio 6.Jika belum aku syorkan kepada anda untuk memakai Camtasia Studio 6 ini kerana ianya amat bagus untuk merekod semua aktiviti didalam Screen komputer anda.Ianya amat berguna sekali jika anda ingin memberi penerangan yang melibatkan video seperti tutorial dan sebagainya.Dengan Camtasia Studio 6 anda boleh edit kembali video anda dan boleh savekan video anda itu sebagai format RealMedia, Windows Media, Flash, Quicktime atau format yang lain.Disamping iu juga kualiti gambarnya juga agak menarik jika dibandingkan dengan screen rekod yang lain.Ok jika anda rasa ingin mengetahui cara memakai Camtasia Studio 6 ini anda boleh lihat Video Tutorialnya dibawah ini.Dan jika anda mahukan software Camtasia Studio 6 ini secara percuma anda boleh download disini disertakan sekali dengan keygen tak perlu pakai yang trial lagi.Software ini hanya sebesar 35.8mb..Semoga Enjoy buat tutorial.




















Read More
0







Youtube...sebut saja nama Youtube tentu sahaja ramai orang yang sudah mengetahuinya.Youtube adalah tempat perkongsiaan video berbentuk flash yang paling famous buat masa sekarang.Jadi tidak mustahil kalau dalam sehari mungkin beratus ribu ataupun berjuta orang yang memasuki laman Youtube untuk menonton video kesukaan mereka. Di Youtube kita bukan saja boleh menonton video tetapi dalam masa yang sama kita juga boleh membuat bisnes..bisnes apa?kalau nak tahu bisnes apa boleh ketahui dari kak lisa


. Tetapi aku bukan nak cerita pasal buat bisnes hari ini tetapi nak cerita macammana kita nak download video daripada Youtube.. Sebab apa nak download? Antara sebabnya ialah untuk dijadikan koleksi video kegemaran kita.Antara sebab yang lain adalah mungkin merasa boring untuk tengok video di youtube sebab selalu sangkut-sangkut,macam yang selalu aku kena..ialah pakai streamyx broadband pakej Rm60 memanglah macam tu..slow giler.Jadi kalau dah download kita boleh tengok dalam komputer ataupun masukkan kedalam handfone.Jadi tidaklah sangkut-sangkut lagi.Ok.. untuk download video dari youtube kita boleh pakai software video downloader.Mungkin masih banyak lagi software2 lain yang boleh download video dari Youtube tetapi buat masa sekarang aku suka pakai software ini sebab cara nak pakai dia semudah ABC (mcm ayat yang pakar MLM selalu pakai je ni hehehe).Ok..kalau rasa berminat boleh tgk caranya dibawah.



1-mula2 anda kena download dulu software ini dari laman web pembangunnya di sini software ini free tak perlu bayar.saiz failnya hanya kira-kira2.72MB dan serasi digunakan untuk pelbagai versi windows termasuk Xp.




2-pilih salah satu untuk didownload

3-Copy dan paste url dia




4-Pilih format apa yang anda hendak aku selalu pakai Avi je.


5-Lihat video sedang di download




6-Sekarang sudah siap..




semoga tutorial ini dapat membantu dan memudahkan anda untuk download video dari Youtube..


Read More