Showing posts with label Handfone Tutorial. Show all posts
Showing posts with label Handfone Tutorial. Show all posts
1

Salam semua..dah agak lama aku tidak update blog ini.Sejak kebelakangan ini mood untuk blogging dah agak menurun disebabkan connection internet aku yang terlalu lembab dan juga ditambah lagi dengan bebanan kerja yang aku terpaksa buat hmmm..boringnyer tapi nak buat camne nama pun kerja..

Terima kasih aku ucapkan kepada semua pengunjung yang masih sudi berkunjung ke blog aku ini.Sebagai menghargai jasa korang aku akan cuba update blog ini dengan seberapa kerap yang mungkin dengan tutorial-tutorial yang pasti dapat membantu korang semua nanti.insyaallah [sambil dengar lagu maher zain]..:)

Kali ini aku nak kongsi dengan korang satu software yang aku rasa sangat berguna untuk mereka yang hendak buat video tutorial mengenai handfone..dulu aku ada share software untuk rakam desktop komputer korang boleh rujuk sini dan Software ini pula boleh digunakan untuk merakam aktiviti didalam handfone pula.Software ini namanya Remote S60 Profesional..Tetapi software ini hanya boleh digunakan untuk Nokia S60 dan UIQ3 phone je phone lain aku tak try lagi mungkin korang boleh cuba mana tau jadi.

Ok mula-mula korang download dulu software ni kat sini Download

selepas tu korang extract file tu.

lepas extract dalam folder tu ada 2 sofware satu korang install dekat dalam pc dan satu lagi dalam handset korang.

lepas dah install sambuangkan handfone korang ke pc melalui bluetooth atau pun guna usb.

klik ikon remote profesional di pc korang dia akan keluar macam ni.

pastu korang buka pula sofware ni didalam handfone korang dan pilih connect dengan usb atau bluetooth.



Lepas tu korang dah boleh mula rakam aktiviti dalam phone korang ..Semoga berjaya.


*sori kalau tak berapa faham tengah buat tutorial dalam keadaaan mengantuk hehe.

Read More
0







Pernahkah benda ini terjadi kepada anda apabila anda cuba untuk install Theme telefon atau fail .sis yang lain kedalam telefon anda khususnya Nokia.Aku membuat post bertajuk ini kerana aku pernah mengalami benda ini apabila aku cuba untuk install theme yang sgt aku suka kedalam handset aku..Tetapi apabila aku cuba install perkataan ini akan keluar "CERTIFICATE ERROR"
ataupun kadang-kadang dia akan keluar perkataan ini "EXPIRED CERTIFICATE".
Walaupun sudah 2-3 kali aku cuba install perkara yang sama akan berlaku.Sudah tentu aku berasa bangang eh bengang,kalau benda yang kita sukai dan ingin dimasukkan kedalam telefon tetapi tidak boleh.Untuk menyelesaikan masalah ini aku telah bertanya kepada pakcik jiran aku yang bernama pakcik Googel dan atas petunjuk yang diberikan oleh pakcik google aku telah jumpa
satu forum mat salleh(rasanyalah)..sbb aku pun dh tak ingat lagi add dia..Ok dibawah ini aku akan tunjukkan cara-cara untuk menyelesaikan masalah ini..

-Certificated Error
pergi ke "App Mgr" tekan option
pilih setting pastikan software Installation setkan kepada "All" dan Online Certificate check setkan kepada Off.

-Expired Certificated
anda perlu setkan semula tarikh telefon anda kembali kepada 1 tahun kebelakang macam back to the future la plak...

jika set semula tarikh kembali kepada i tahun tidak membantu anda check semula tarikh bila thema atau sis file itu diupload,dan cuba setkan tarikh di telefon sama dengan masa itu.Jika tidak berjaya juga and perlu hack telefon anda..Jika telefon sudah di hack bermakna telefon anda tidak akan mengalami masalah certificate error lagi..Ataupun anda boleh ikut jalan yang terakhir iatu format handset seperti yang telah aku tujukkan dalam post yang
lepas.



Read More
2
Sangat penting untuk anda membaca ini sebelum anda meneruskan dengan format,anda perlu caskan telefon anda sehingga penuh atau sekurang-kurangnya separuh penuh bagi membolehkan satu format berjaya.Pertama anda mungkin kena membuat satu simpanan untuk semua penanda buku penting anda, kalendar, nota-nota dan no telefon, untuk membuat simpanan anda pergi ke pengurus fail pergi ke c:/ sistem / penemuan data bookmarks.db untuk penanda buku, kalendar untuk kalendar, notepad.dat untuk nota, dan Contacts.cdb untuk menghubungi.cara lain anda boleh menggunakan nokia pc suiteuntuk menyalin data anda ke dalam pc dan untuk keselamatan remove Memori kad anda daripada telefon..
Sebab apa kita perlu format handfone kita,
1.Sebab handfone kita telah dijangkiti Virus yang menyakitkan hati seperti Virus jenis Caribe.
2.Telefon sudah lembab
3.Selalu keluar Erroe massage.
4.Yang paling penting jimat duit anda kerana jika anda hantar ke kedai sudah tentu anda
di cas sebanyak RM30-Rm50 untuk buat benda yang senang ni..Selalu kena Tipu Loo..


ok untuk Normal reset #7780#
akan Mengembalikan semula fail ini daripada rom dan hanya akan menghilangkan data pengguna seperti (gambar-gambar,
3rd party apps etc)

Untuk Deep Reset #7370#
reformats drive C: akan menghilangkan semua data anda di dalam drive c seperti kalendar, nota-nota dan no telefon,dan akan mengembalikan
telefon anda pada keadaan yang asal seperti baru belilah..
cara lain untuk format handset anda adalah dengan pergi ke Menu -> Tools -> Settings -> Phone -> General ->dan pergi ke orig. phone settings dan bila
anda pilih ini dia akan bertanyakan anda lock kod..kod tetap untuk nokia ialah 12345.

#7370# adalah sangat bagus untuk menghilangkan virus jenis Caribe yang menyakitkan hati daripada telefon anda.

jika anda menggunakan #7780# dan #7370# anda tidak perlu mematikan telefon,anda hanya perlu taipkan sahaja kod itu dan handfone
anda akan meminta untuk restart anda pilih "Yes" telefon akan restart semula dalam ,masa 2-3 minit apabila Format telah siap.

Salah satu lagi cara untuk format s60 anda adalah dengan menekan ->butang hijau(dail)+Star(*)+Butang No 3

Lihat gambar dibawah



P/S:Kaedah ini 100% bejaya aku lakukan keatas telefon milik aku.Jangan format handset anda jika anda tidak berasa yakin dengan cara yang aku berikan sila dapatkan nasihat pakar,
Pemilik Arieysblog.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab jika berlaku kerosakkan kepada telefon anda setelah mengikut
cara yang diberikan ini.DO AT YOUR OWN RISK..:)

Read More