Pernahkah benda ini terjadi kepada anda apabila anda cuba untuk install Theme telefon atau fail .sis yang lain kedalam telefon anda khususnya Nokia.Aku membuat post bertajuk ini kerana aku pernah mengalami benda ini apabila aku cuba untuk install theme yang sgt aku suka kedalam handset aku..Tetapi apabila aku cuba install perkataan ini akan keluar "CERTIFICATE ERROR"
ataupun kadang-kadang dia akan keluar perkataan ini "EXPIRED CERTIFICATE". Walaupun sudah 2-3 kali aku cuba install perkara yang sama akan berlaku.Sudah tentu aku berasa bangang eh bengang,kalau benda yang kita sukai dan ingin dimasukkan kedalam telefon tetapi tidak boleh.Untuk menyelesaikan masalah ini aku telah bertanya kepada pakcik jiran aku yang bernama pakcik Googel dan atas petunjuk yang diberikan oleh pakcik google aku telah jumpa
satu forum mat salleh(rasanyalah)..sbb aku pun dh tak ingat lagi add dia..Ok dibawah ini aku akan tunjukkan cara-cara untuk menyelesaikan masalah ini..
-Certificated Error
pergi ke "App Mgr" tekan option
pilih setting pastikan software Installation setkan kepada "All" dan Online Certificate check setkan kepada Off.
-Expired Certificated
anda perlu setkan semula tarikh telefon anda kembali kepada 1 tahun kebelakang macam back to the future la plak...
jika set semula tarikh kembali kepada i tahun tidak membantu anda check semula tarikh bila thema atau sis file itu diupload,dan cuba setkan tarikh di telefon sama dengan masa itu.Jika tidak berjaya juga and perlu hack telefon anda..Jika telefon sudah di hack bermakna telefon anda tidak akan mengalami masalah certificate error lagi..Ataupun anda boleh ikut jalan yang terakhir iatu format handset seperti yang telah aku tujukkan dalam post yang lepas.
Post a Comment
Sila tinggalkan komen ada dibawah ini dan yang berkenaan dengan post sahaja dan semua komen akan ditapis dahulu sebelum ditampilkan.