f6a0d89d55e1

Cyberghost VPN adalah satu software yang sangat berguna untuk anda gunakan .Dengan Vpn anda akan berasa lebih selamat apabila melakukan urusan didalam internet seperti melakukan pembayaran secara online dan sebagainya.Tentu ada diantara anda yang masih tidak tahu apakah dia VPN jadi Aku akan cuba cerita serba sedikit tentang VPN jom tengok dibawah.

Apakah dia VPN.?

VPN adalah “VIRTUAL PRIVATE NETWORK”  satu teknologi yang bertujuaan untuk melindungi pertukaran data dari satu komputer dari komputer yang berlainan menerusi jaringan internet.

Apakah kegunaan VPN?..

VPN digunakan untuk menukarkan Ip asal yang dibekalkan oleh penyedia internet anda dengan Ip yang berlainan mengikut Ip yang diberikan oleh penyedian VPN itu.Terdapat banyak penyedia VPN tetapi pada kali ini aku hanya mahu ceritakan tentang Cyberghost VPN.Cyberghost VPN berpangkalan di German jadi jika anda menggunakan CyberGhost VPN Ip anda akan ditukarkan kepada Ip yang berpangkalan Di German.Anda boleh cuba check IP address andadisini

chechk ip 2 

Screenshoot diatas adalah Ip asal yang diberikan oleh Streamyx dan tempat aku disekitar Chow Kit..!!Biar betul Chow Kit..Dan Screenshoot dibawah setelah aku menggunakan perkhidmatan Cyberghost VPN.

chechk ip

Ip aku sekarang bermula dengan 84 dan aku sekarang berada di Erfurt German.Satu tempat yang tidak aku kenali dan mungkin tidak akan pergi kesana.

Cara untuk menggunakan Cyberghost VPN adalah terlalu mudah anda hanya perlu install softwarenya kedalam komputer anda tetapi anda perlulah register sebagai ahli terlebih dahulu setelah itu anda akan diberikan sebanyak 10 GB perbulan untuk menggunakan Cyberghost VPN.Sudah cukup besar untuk anda gunakan.Lihat Screenshoot bagaimanakah CyberGhost VPN berfungsi.

vpn

Apabila pertama kali anda membuka software ini anda hanya perlu klik kepada Close basic kemudian Ip anda akan ditukarkan secara automatik oleh Cyberghost.

Tetapi mengunakan CyberGhost VPN juga mempunyai keburukkan.Apakah keburukkannya?.

Apabila anda menggunakan Cyberghost VPN connection Internet anda akan menjadi sedikit lembab dan tentu akan menyukarkan anda melayari internet.Kalau nak laju boleh ambil pakej premium tentu laju.

Apa lagi yang boleh dibuat dengan menggunakan VPN.

Anda boleh melayari sesuatu site yang diblock oleh sesiapa saja,contohnya jika anda di pejabat site yang selalu di block adalah laman sosial frindster,Facebook dan lain-lain.Apabila menggunakan VPN tentu anda berjaya membuka halaman yang telah diblock itu tanpa pengetahuaan sesiapa kerana Ip anda telah berubah.AMARAN keras dari aku jangan gunakan untuk membuat kejahatan ya..gunakan hanya untuk kebaikan.

Lain kali aku akan share VPN dari penyedian VPN yang lain pulak.Kalau ada masa la.

Download CyberGhost VPN


9 comments:

  1. waaa... hebat r bro.. pasnie download...

    ReplyDelete
  2. laa..igtkan boleh tmbh kelajuan..huhu

    ReplyDelete
  3. nak tmbh kelajuaan kena la beli internet pakej yg mhl sikit hehe

    ReplyDelete
  4. hoho so kalau sape2 yg kaki wat fitnah tu, blh la guna bnda ni..barulah pihak polis ssh nk detect..hehe

    ReplyDelete
  5. hehe x baik x po pakai utk kebaikkan jer...

    ReplyDelete
  6. software yang menarik,tq for sharing bro :)

    ReplyDelete
  7. kalo tukar proxy. company dpt detect x?

    ReplyDelete

Sila tinggalkan komen ada dibawah ini dan yang berkenaan dengan post sahaja dan semua komen akan ditapis dahulu sebelum ditampilkan.