Capture Mungkin ini adalah satu berita gembira kepada penguna-pengguna blogspot,kerana diatas permintaan ramai kini pengguna-penguna sejati blog di blogspot sudah boleh membuat Page didalam blog mereka seperti yang telah terdapat di wordpress.Tetapi fungsi Page ini masih didalam peringkat ujian dan hanya boleh dibuat melalui blogger in Draft.

Apakah dia Page?

Mungkin ada lagi dikalangan anda khasnya newbiee yang tidak mengetahui apakah kegunaan Page.Tujuan Page dibuat adalah  untuk berkongsi apa-apa  sahaja maklumat yang ingin anda kongsikan dengan orang ramai hanya dalam ruangan page itu sahaja dan tidak bercampur dengan post-post lain didalam blog anda.Contohnya aku nak berkongsi dengan anda semua koleksi wallpaper yang aku ada jadi aku akan membuat satu page yang bertajuk wallpaper.Didalam page wallpaper itu aku akan kongsikan semua koleksi wallpaper yang aku miliki.Atau kita juga boleh membuat contact me seperti yang terdapat didalam blog aku sekarang yang aku buat seakan-akan satu page yang khas untuk contact form CONTACT ME tetapi untuk membuat page untuk contact form ini aku terpaksa membuat satu post yang bertajuk contact me kemudian aku perlu tukarkan tarikhnya supaya tidak kelihatan di halaman depan blog.Tetapi dengan adanya fungsi page yang disediakan oleh blogger ini anda tidak perlu lagi membuat seperti yang telah aku buat itu anda boleh membuatnya dengan senang kerana fungsi untuk membuat page itu telah disediakan didalam blog anda.Jika anda ingin cuba membuatnya anda boleh ikuti langkah-langkahnya dibawah.

1.Langkah pertama yang perlu anda buat ialah login ke blogger in Draft.

Capture2.Kemudian dari blogger in draft anda pergi ke edit post .dan pilih edit pages.Klik new Page.

editpagestab

3.  kemudian anda boleh masukkan apa sahaja maklumat yang ingin kongsikan dengan semua didalam kotak post itu dan jangan lupa tuliskan tajuk page itu.Kemudian klik  publish page.

4.Kemudian anda diberi pilihan dibahagian mana tajuk page anda itu mahu diletakkan,anda boleh memilih untuk meletakkannya di blog sidebar,blog tabs atau membuat link untuk page anda secara manual.Aku ambil blog sidebar sebagai contoh.Kemudian klik save and publish.

3

5.Kemudian anda pergi ke halaman depan blog anda dan lihat di bahagian sidebar tentu terdapat pages yang telah anda buat tadi.

 3

Bagaimana fungsi page ini,bagus tak?.Selamat mencuba dan semoga berjaya aku ucapkan.

Sumber Blogger in Draft


11 comments:

  1. tenkiu atas info yang berguna ni...mmg dah lama tunggu.

    ReplyDelete
  2. kurang faham lak.. page tu boleh edit cam nak buat entri ker.. url akan jadi camne ek..

    ReplyDelete
  3. waaaa aku takpernah tau lak..nnt nak tgk2..tanx for the info

    ReplyDelete
  4. hoho ko ada wat x page ni bro?

    ReplyDelete
  5. aku ada try buat tp dh buang balik sbb masih dlm tempoh percubaan

    ReplyDelete
  6. eh.. boleh ajar camne nak buat cam header ko yg dulu tu.. kat dlm header tu ade letak catcheye.. aku tak reti la.. hehe.. tp aku nak letak lain la.. kalau ko free la.. kalau bz xpe jer..

    ReplyDelete
  7. aah la..ada rupanya..aku x pasan lak sebelum ni..huhu..thnx..nt nak try usya la pasni..

    ReplyDelete

Sila tinggalkan komen ada dibawah ini dan yang berkenaan dengan post sahaja dan semua komen akan ditapis dahulu sebelum ditampilkan.