stickersAdakah anda mempunyai keinginan untuk memiliki sebuah blog yang mempunyai hosting dan domain anda sendiri  tetapi disebabkan oleh faktor kewangan yang tidak mengizinkan membuatkan niat anda itu tidak tercapai.Mungkin sudah ramai dikalangan anda yang sudah mengetahui bagaimana cara untuk membuat blog dengan hosting dan domain percuma di wordpress tetapi mungkin masih lagi terdapat segelintir daripada anda yang tidak tahu bagaimana cara untuk membuatnya.Sebenarnya untuk membuat blog di wordpress dengan domain dan hosting percuma adalah agak mudah dan tidaklah terlalu sukar walaupun ini adalah baru kali pertama aku cuba membuatnya.

Arieyblog.co.cc/blog ini  adalah contoh blog yang telah berjaya aku buat dengan domain dan hosting yang percuma di wordpress setelah mendapat tunjuk ajar daripada Mr.Piratz tuan punya blog mrpiratz.blogspot.com yang sudi memberi bimbingan kepada aku sehingga jam 3 pagi tanpa berasa jemu hanya semata-mata ingin mengajar aku cara untuk membuatnya.Terima kasih kepada Mr.Piratz atau nama sebenarnya Arif kerana sudi mengajar aku bagaimana nak membuat blog di wordpress dengan hosting dan domain percuma.Jasamu tetap ku kenang sampai bila-bila hehe..

Kini Mr Piratz sudah mengeluarkan ebook  bertajuk memasang wordpress pada hosting dan anda boleh dapatkan ebook itu di blog beliau di mrpiratz.blogspot.com  secara percuma.Dan aku harap  kepada anda yang masih belum tahu cara-cara untuk membuat blog di wordpress dengan hosting dan domain percuma eloklah mendapatkan ebook itu kerana didalam ebook itu ada menunjukkan secara detail beserta screenshot untuk memudahkan lagi untuk anda memahaminya.Dan kepada anda yang mempunyai masalah untuk membuatnya bolehlah bertanya kepada aku dan jika aku mempunyai masa aku akan cuba membantu anda.

Mungkin pada pertama kali anda akan berasa agak sukar untuk menggunakan blog di wordpress kerana ianya agak berbeza dengan cara yang biasa anda gunakan di blogspot tetapi jika anda memberikan sedikit masa anda tentu akan berasa sangat berbaloi jika anda membuat blog di wordpress kerana di wordpress terdapat banyak plugin yang sangat berguna dan kepada anda yang ingin membuat blog untuk perniagaan aku syorkan anda menggunakan wordpress kerana terdapat plugin bernama e-commerce yang digunakan untuk perniagaan dan memudahkan anda untuk membuat penjualan.Anda boleh mencuba membuat blog dengan hosting dan domain percuma dahulu apabila sudah mahir dan mempunyai sumber kewangan yang kukuh bolehla anda membeli hosting dan domain pula.Aku harapkan semoga anda semua berjaya membuat blog di wordpress tetapi blogspot janganlah dilupakan pula ye hehe.


16 comments:

  1. cara paling senang nak belajar gne wordpress, gne je wordpress.com.. intreface sama jek, tapi still tak setepat wordpress asal, n banyak restriction.. perhaps, this is the best to way to try wordpress self-hosted other than install in own computer..

    ~~dwi bahasa lak

    ReplyDelete
  2. bukan kesempitan $$ tapi card credit/ bank account utk buat pembayaran .. nanti gua cuba mengusahakannya .. Gua baru form6 tahun ni .. panjang lagi journey blogging ^@^

    ReplyDelete
  3. betul tu belia muda kalau setakat nak pakai je bolehla pakai wordpress.com tp klau betul2 nk blajar self hosted la elok byk yg kita bole blajar.

    ReplyDelete
  4. Hehe Eldy xpe slow2 aku yg dh keje pun xde lg hosting dan domain yg berbayar..bilala agaknya nk dpt.

    ReplyDelete
  5. Thanks la Ariey pasal promote Ebook aku..
    Next Time aku upload cara nak install kat windows plak...

    ReplyDelete
  6. sama-sama piratz..ok nanti buat ebook dia ya

    ReplyDelete
  7. lmbtnyer blog wordpress ko tu loading.. sbb hosting ker ek..?

    ni nak pindah wordpress lak ker..

    ReplyDelete
  8. mgkn sbb free host agaknya ramai sgt yg pakai..xdelah aku buat blog tu saja je utk percubaan..

    ReplyDelete
  9. Wah sori, aku gak terlalu ngerti bahasanya malaysia g pa2, Ni aku dr Indonesia, kl mau mampir gak mau y gak papa. dada...

    ReplyDelete
  10. kalau gune freehostia.com lagi best kot..sebab aku gune free hosting tu...ade auto installer..lgipon x selembab 000webhost xD

    ReplyDelete
  11. wah saya malah sudah benar2 pindah dari blogger ke wordpress :D

    ReplyDelete
  12. tahniah ya Ebenk..Tapi aku tetapmasih sayangkan blogspot :)

    ReplyDelete
  13. salam..saya menghadapi untuk membuat page di blog wordpress saya..maklum la saya ni baru mencuba dalam bidang ni..sudikah kira saudara membantu saya?

    ReplyDelete
  14. merkuri pg dkt bahagian dashbord,cari pages kemudian buat add new..tulis tajuk page contohnya aboutme kemudian klik butang publish..

    ReplyDelete

Sila tinggalkan komen ada dibawah ini dan yang berkenaan dengan post sahaja dan semua komen akan ditapis dahulu sebelum ditampilkan.