Adakah anda mempunyai keinginan untuk memiliki sebuah blog yang mempunyai hosting dan domain anda sendiri tetapi disebabkan oleh faktor kewangan yang tidak mengizinkan membuatkan niat anda itu tidak tercapai.Mungkin sudah ramai dikalangan anda yang sudah mengetahui bagaimana cara untuk membuat blog dengan hosting dan domain percuma di wordpress tetapi mungkin masih lagi terdapat segelintir daripada anda yang tidak tahu bagaimana cara untuk membuatnya.Sebenarnya untuk membuat blog di wordpress dengan domain dan hosting percuma adalah agak mudah dan tidaklah terlalu sukar walaupun ini adalah baru kali pertama aku cuba membuatnya.
Arieyblog.co.cc/blog ini adalah contoh blog yang telah berjaya aku buat dengan domain dan hosting yang percuma di wordpress setelah mendapat tunjuk ajar daripada Mr.Piratz tuan punya blog mrpiratz.blogspot.com yang sudi memberi bimbingan kepada aku sehingga jam 3 pagi tanpa berasa jemu hanya semata-mata ingin mengajar aku cara untuk membuatnya.Terima kasih kepada Mr.Piratz atau nama sebenarnya Arif kerana sudi mengajar aku bagaimana nak membuat blog di wordpress dengan hosting dan domain percuma.Jasamu tetap ku kenang sampai bila-bila hehe..
Kini Mr Piratz sudah mengeluarkan ebook bertajuk memasang wordpress pada hosting dan anda boleh dapatkan ebook itu di blog beliau di mrpiratz.blogspot.com secara percuma.Dan aku harap kepada anda yang masih belum tahu cara-cara untuk membuat blog di wordpress dengan hosting dan domain percuma eloklah mendapatkan ebook itu kerana didalam ebook itu ada menunjukkan secara detail beserta screenshot untuk memudahkan lagi untuk anda memahaminya.Dan kepada anda yang mempunyai masalah untuk membuatnya bolehlah bertanya kepada aku dan jika aku mempunyai masa aku akan cuba membantu anda.
Mungkin pada pertama kali anda akan berasa agak sukar untuk menggunakan blog di wordpress kerana ianya agak berbeza dengan cara yang biasa anda gunakan di blogspot tetapi jika anda memberikan sedikit masa anda tentu akan berasa sangat berbaloi jika anda membuat blog di wordpress kerana di wordpress terdapat banyak plugin yang sangat berguna dan kepada anda yang ingin membuat blog untuk perniagaan aku syorkan anda menggunakan wordpress kerana terdapat plugin bernama e-commerce yang digunakan untuk perniagaan dan memudahkan anda untuk membuat penjualan.Anda boleh mencuba membuat blog dengan hosting dan domain percuma dahulu apabila sudah mahir dan mempunyai sumber kewangan yang kukuh bolehla anda membeli hosting dan domain pula.Aku harapkan semoga anda semua berjaya membuat blog di wordpress tetapi blogspot janganlah dilupakan pula ye hehe.
Read More