Home»
Blog Tutorial
/
Jom Buat blog di blogger
Blog?untuk apa kita perlu ada blog?apa yang kita boleh buat dengan blog?Blog sebenarnya adalah sebuah halaman yang boleh kita gunakan untuk berinteraksi,memberi pendapat kita tentang isu-isu semasa,berkongsi gambar peribadi,hobi,dan banyak lagi tapi yang paling best kita juga boleh buat duit dengan blog.Kenapa tak pecaya ?kalau kena cara boleh jadi jutawan wooo..Tapi kenala usaha sikit dan banyakkan bersabar..malah ada ramai blogger yang menjadikan blog sebagai medan kerjaya kepada mereka dengan membuat keuntungan secara mudah.
Pentingkah blog kepada kita?
mungkin ada diantara anda yang menganggap blog ini tidaklah sepenting mana jika dibandingkan dengan wang..Ya..betul,Tetapi didalam dunia yang serba moden pada masa kini,jika anda tidak memiliki blog anda bolehlah dikatakan seperti agak ketinggalan zaman.Kenapa aku cakap macam tu?Ya kerana dengan memiliki blog anda boleh membuat apa saja yang anda sukai.Anda bebas buat apa saja kerana itu blog anda tetapi janganlah sampai buat benda yang berdosa pulak ya..pesanan dari aku janganlah anda buat blog untuk menyebarkan isu-isu sensitif terutamanya isu agama,kaum dan sebagainya,berblogginglah secara berhemah..ok..selain dari itu lantak hangla nak buat apa pun macam orang penang cakap.Eh betul ke orang penang ckp macam ni aku pun main agak je..hehehe.Ok,aku tak nak tulis panjang-panjang lagi cukuplah sekadar anda tahu apa yang anda boleh buat dengan blog nanti anda boring pulak nak baca panjang-panjang.Untuk anda menjadi seorang blogger yang mesti anda ada tentulah sebuah blog..Blog ini ada yang kita boleh dapat secara percuma dan ada juga yang berbayar dibawah ini adalah diantara nama blog dan juga photoblog yang agak popular pada masa sekarang,Jumlah pengguna hanya dalam anggaran sahaja mungkin tidak berapa tepat mengikut peredaraan semasa.
1-Blogger.com (8,911,336 pengguna)
2-Wordpress.com (1,115,004)
3-Xanga.com (40,000,000)
4-Live Journal (14,105,307)
5-Window Live Spaces (27,000,000)
6-Typad
7-my Opera (1,223,558)
9-Diaryland
10-Clearblog (21,982)
11-TBlog (39,863)
12-Blogsome (12,022)
dan masih terdapat banyak lagi blog-blog yang lain dan anda juga boleh pergi ke mana-mana web blog anda suka yang memberikan perkhidmatan secara percuma ataupun berbayar dalam keadaan yang rendah tetapi tidak semua tapak web blog menyediakan perkhidmatan yang sama kerana ada yang memberikan saiz yang agak terhad dan juga jenis template yang tidak pelbagai namun terpulanglah kepada anda untuk memilihnya sendiri ok,bagi aku buat masa sekarang aku suka pakai blogger.com kerana pada aku cara nak pakai dia agak senang aku ada buka satu blog dengan wordpress tapi masih belum pandai untuk menggunakannya sesiapa yang pakai wordpress atau ada ebook macammana nak buat blog dengan wordpress bolehla tolong ajar aku ya..Aku pun suka wordpress sebab template dia banyak yang cun..hehe..Jadi hari ini aku nak ajar anda macammana nak buat blog dengan blogger.com.Tetapi anda kena tahu serba sedikit tentang blogger.com dulu ok..
Mengenali Blogger.com
Blogger.com ini adalah hos percuma yang bertindak menerusi FTP,Ia pada asalnya dibina oleh PYRA LABS dan telah dibeli oleh GOOGLE pada tahun 2003.Di Blogger.com
anda hanya memerlukan tiga langkah mudah untuk anda mencipta blog sendiri.Anda boleh memuat teks,foto,post menerusi e-mel dan banyak lagi ke Blogger.com
Di Blogger.com juga terdapat berbagai-bagai template untuk anda pilih dan gunakan.Dan Cara untuk menggunakannya memang senang bagus untuk anda yang baru mahu
belajar blogging.
Ok..Untuk bermula membuat blog di blogger mula-mula sekali anda perlu pergi ke laman web blogger.com di https://www.blogger.com/start.Dan untuk lebih memahami anda boleh melihat contoh gambar seperi dibawah ini.
1.ini adalah muka depan blogger.com tempat untuk anda mula-mula Buat blog di Blogger.Anda pergi ke Create A blog untuk mula buat blog anda.
2.Bila anda nampak skrin seperti ini anda diminta untuk mengisi semua tempat yang kosong seperti alamat e-mel,Password dan nama anda.Bila Anda sudah
mengisi semua tempat kosong itu anda klik kepada continue.
3.Kemudian anda dapat melihat skrin seperti ini.Anda diminta untuk mengisi tajuk blog anda dan juga alamat blog anda(blog Address) ini adalah alamat URL yang akan digunakan untuk paparan pengguna lain contohnya seperti arieys.blogspot.com.Apabila sudah siap isi anda klik continue.
4.Apabila anda melihat skrin seperti ini anda diminta untuk memilih template yang akan anda gunakan di blog anda nanti.Aku ambil template warna hijau ini sebagai contoh..Untuk pilih template anda klik ke dalam ruang yang bulat itu sehingga keluar warna biru kemudian klik continue.
5.Jika skrin seperti ini keluar,itu bermakna blog anda sudah siap dan sudah boleh untuk digunakan.Klik Start Blogging untuk memulakan blog anda.Klik Start Blogging
6.Untuk membuat post anda pergi ke posting pilih create dan anda akan lihat seperti skrin dibawah ini.
7.Jika anda mahu mengubah setting di blog anda,anda pergi ke setting basic.Kemudian anda boleh merubah setting anda mengikut kesukaan anda.
8.Ok,sekarang kita cuba buat satu post..post aku ini bertajuk Cunya Fara Fauzana Bila Pakai Tudung.Untuk upload gambar anda lihat di anak panah berwarna merah didalam gambar itu.
9.Bila Anda cuba untuk upload gambar skrin seperti ini akan muncul,browse gambar yang anda mahu upload samaada didalam komputer ataupun di dalam URL.
10.Di bawah ini adalah Contoh gambar yang sudah diupload kemudian di bawah gambar itu bolehla anda taipkan apa sahaja yang anda hendak taipkkan.
11.Apabila anda sudah siap menaip anda klik pada save now dan klik pada publish post.Skrin seperti dibawah ini akan muncul apabila anda pilih publish post kemudian anda pilih pula View Blog.
12.Ini adalah rupa blog anda apabila sudah siap..
semoga tutorial ini dapat membantu anda khasnya untuk newbie,semoga anda berjaya membuat blog sendiri dengan blogger.com dan selamat berblogging.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Nice info,with this tutorial skrg saya dah tahu cara nak buat blog di blogger,selama ni saya tak tahu langsung,Thank's bro for the sharing.
ReplyDeleteThanks for this info
ReplyDeletecantik btol template kau ni dkt mana boleh dapat?
ReplyDeleteCunnya Farah..
ReplyDeleteBerminat ke dgn Template ni?aku pun dah lupa dkt mana aku download..kalu nk nanti aku upload blk ok.
ReplyDeleteJoin yuk di KENARI POKER.
ReplyDeleteTunggu Apalagi Segera Daftar dan Depositkan Segera Di KENARIPOKER .COM
- Minimal Deposit 15.000
- Bonus New Member 20.000
- Bonus Next Deposit 20%
Contact Person :
WA : +855 7863 3569