manchester_united_7_1600x1200 Hari ini akan bermulalah perlawanan bolasepak diantara Red Devils dengan Harimau Malaya. Dengan kedatangan pemain-pemain utama pasukan The Red devils ini ke malaysia sedikit sebanyak dapat memberikan sedikit kepuasan kepada peminat-peminat mereka disini kerana dapat menyaksikan pemain-pemain kesayangan mereka bermain secara live.Dianggarkan kira-kira 40,000~50,000!! penonton akan memenuhi stadium Bukit jalil pada hari ini tidak kira tua,muda,kanak-kanak,pakcik-pakcik dan juga tidak ketinggalan makcik-makcik mereka.Jadi kepada anda yang ingin menyaksikan perlawanan ini dinasihatkan agar keluar awal dari rumah atau mendengar ulasan perlawanan dari corong radio kereta anda sahaja.Tetapi yang paling istemewa pada hari ini adalah kerana munculnya pemain yang akan mengantikan Christiano Ronaldo atau lebih popular di panggil CR7 ini ke Stadium bukit Jalil pada hari ini.Pemain yang akan mengantikan CR7 ini yang tidak pernah diberitahu identitinya oleh pihak The Red Devils kepada sesiapapun termasuk isteri-isteri mereka sendiri sebelum ini akan membuat kejutan dengan penampilan penganti kepada CR7 ini.Dibawah ini adalah gambar penganti kepada Christiano Ronaldo yang sempat kami ambil sewaktu beliau sedang berlatih.

4845_1117258569747_1175482203_30368169_1019205_n

Gambar dipetik dari blog http://fianmuse.blogspot.com/

Dengan kemunculan penganti kepada CR7 ini akan menamatkan spekulasi siapakah penganti kepada CR7.Pemain ini dikatakan sejak dari kecil lagi telah mula berlatih menggunakan buah kelapa sehinggakan habis semua kaki dan kepalanya mengalami bengkak-bengkak dan benjolan kerana membuat latihan tandukkan,kerana sewaktu itu beliau tidak mampu lagi untuk membeli bola sepak.Semoga kita semua akan dapat menyaksikan kehebatan pemain ini beraksi di malaysia dan dapat juga kita menilai adakah beliau ini sehebat CR7 atau indah khabar dari rupa sahaja.hehehe. BERITATIADANAMA.

Senarai pemain United
1 Edwin van der Saar, 2 Tomasz Kuszczak, 3 Ben Foster, 4 Jonathan Evans, 5 Patrice Evra, 6 Rio Ferdinand, 7 Wak Porjo Wak Jorno, 8 Gary Neville, 9 Wes Brown, 10 John O Shea, 11 Wayne Rooney, 12 Ryan Giggs, 13 Fabio da Silva, 14 Zoran Tosic, 15 Darren Fletcher, 16 Anderson, 17 Darron Gibson, 18 Paul Scholes, 19 Michael Owen, 20 Dimitar Berbatov, 21 Fererico Macheda, 22 Michael Carrick;Nani-simpanan.

*kepada Manchaster united fan jangan marah ye ini hanya sekadar gurauan je hehe.


Post a Comment

Sila tinggalkan komen ada dibawah ini dan yang berkenaan dengan post sahaja dan semua komen akan ditapis dahulu sebelum ditampilkan.