Adakah anda tahu apakah kegunaan window live writer?
Window live writer ini adalah satu perisian yang dibuat oleh microsoft untuk digunakan oleh blogger.Jika anda menggunakan blogger.com selama ini anda perlu logging ke blogger terlebih dahulu untuk menulis artikel anda tetapi dengan menggunakan window live writter ini akan lebih memudahkan lagi penulisan di blog anda kerana anda boleh menulis artikel walapun sewaktu anda sedang offline.Anda cuma perlu menulis di dalam window live writter dan hanya perlu klik butang publish apabila sudah siap menulis artikel dan artikel anda akan sedia terpapar di dalam blog kepunyaan anda.Window live writter ini sangat senang digunakan dan mempunyai latar belakang yang cantik.Aku Syorkan kepada anda supaya menggunakan perisian ini kerana aku pasti anda akan berpuas hati dengan Window live writter ini apabila menggunakannya.
Sebab apa anda harus menggunakan window live writter?
1.kerana akan lebih memudahkan kerja anda kerana anda tidak perlu lagi login kedalam blogger untuk menulis artikel dan secara tak langsung dapat menjimatkan masa anda.
2.Kerana mempunyai latar belakang yang sangat cantik tidak seperti di blogger dan jika anda menulis di window live writter anda seolah-olah sudah berada di dalam blog anda kerana window live writter dapat memaparkan tema yang sedang dipakai oleh anda.
3.Fungsi yang terdapat di window live writter adalah lebih bagus berbanding di blogger kerana apa yang ada di window live writter tidak terdapat di blogger,contohnya anda boleh buat strikethrough dan anda juga boleh mengedit gambar yang anda upload seperti reflection,drop shadow,photo paper,rounded corner,water mark,black anda white,sephia tone,Gaussian blur dan banyak lagi.Semua ini tidak terdapat di blogger.contohnya seperti ini
Reflection
7025_Volkswagen_Iroc_Sports_Car_2
Rounded Corner
8498_Volkswagen_Iroc_Sports_Car_inside1024_768 Gaussian blur
7025_Volkswagen_Iroc_Sports_Car_2
4.kerana anda boleh memilih cara untuk anda menulis didalam versi html ataupun versi WYSIWYG (What You See Is What You Get).Apa yang anda tulis dan lihat di window live writter seperti itulah juga yang akan ada dapati di dalam blog anda apabila anda publish ke blog anda.
5.Boleh publish video yang diupload dari komputer anda ke youtube atau Soapbox secara automatik apabila anda publish blog anda.
image_thumb6
6.Mempunyai banyak Plugin yang boleh kita pakai seperti di firefox yang mempunyai add-on.Contohnya Cool Emotion

7.Dan yang paling aku suka adalah dengan window live writter kita boleh ping blog kita secara automatik.
ping blog Dan banyak lagi terdapat benda-benda yang berguna kepada anda terdapat di Window live writter.
Jika anda berasa berminat untuk mencuba Window Live Writter ini anda boleh download di http://windowslivewriter.spaces.live.com. ataupun http://get.live.com/writer/overview dan untuk plugin anda boleh download di http://gallery.live.com

8.selamat mencuba.

2 comments:

  1. aku merupakan seorang pengguna Windows Live Writer tegar.tanpa WLW, aku tak tulis artikel baru.

    ReplyDelete
  2. aku pun mcm tu jgk yang paling best sbb di blh ping blog kita setiap kali kita buat post.

    ReplyDelete

Sila tinggalkan komen ada dibawah ini dan yang berkenaan dengan post sahaja dan semua komen akan ditapis dahulu sebelum ditampilkan.