Pelayar web Mozila Firefox 3.0 pernah menarik perhatian dunia apabila dinobatkan sebagai perisian yang paling banyak dimuat turun dalam tempoh 24 jam.Popularitinya yang semakin melonjak,turut mendorong kemunculan pelbagai aplikasi tambahan [add on] untuk melengkapi versi terbaru ini.Sesungguhnya jumlah aplikasinya belum setanding dengan versi terdahulu,namun aplikasi yang baru tetap muncul dari masa ke semasa.Ini meliputi aplikasi Abduction! 2.026 yang boleh menukar paparan laman web menjadi fail imej.

Aplikasi tambahan ini mampu merakam seluruh atau sebahagian paparan laman web untuk disimpan [save] menjadi imej.Anda boleh merakam paparan laman web yang diminati,hanya dengan mengklik pada menu yang disediakan.Imej rakaman [screenshot] yang terhasil kemudiannya boleh dikaji,dirujuk,atau dikongsi melalui internet.Pembina blog misalnya, boleh merakam perubahan yang berlaku pada laman blog mereka untuk kajian.Jika anda memasang aplikasi ini pada versi mudah alih Firefox 3.0 fungsinya tetap berkesan.

Jika anda berminat untuk memasang perakam web Abduction! 2.026 anda boleh dapatkan disini.

sumber dari majalah pc

Post a Comment

Sila tinggalkan komen ada dibawah ini dan yang berkenaan dengan post sahaja dan semua komen akan ditapis dahulu sebelum ditampilkan.