bX-si9ejx...pernahkah benda ini terjadi kepada anda apabila cuba untuk menukar template?Aku rasa tentu pernah kerana kerana benda ini terjadi kepada ramai pengguna blogger dan terdapat banyak sekali complain di Blogger Help Group.Sampai sekarang pihak Blogger tidak mengetahui punca terjadinya perkara ini.Dan mungkin mereka masih mengkaji dan tidak diketahui lagi bila akan selesai.Dan mugkin juga takkan selesai..Tetapi yang aku ketahui Bx-Error ini tidak terjadi keatas semua Templates hanya sesetengah Templates sahaja yang terjadi seperti ini..Selalunya terjadi kepada Xml file.Sudah banyak blog ke blog aku merantau untuk mencari jalan untuk menyelesaikan masalah ini ada yang kata kena clear private data,cache,cookies dll..tetapi ternyata cara itu tidak berkesan kepada aku kerana aku masih lagi mendapat Bx-error sewaktu menukar template..
Tetapi baru-baru ni aku telah dapat cara untuk menyelesaikan masalah ini dan yang bestnya cara ini menjadi kepada aku..dan dalam sehari sampai 4-5 kali aku tukar-tukar template(memang Berbaloi).Ok kalau anda pun mempunyai masalah seperti aku ini dibawah ini ada aku bagi beberapa langkah untuk upload Templates tanpa Bx-Error lagi.
Kebanyakkan Error yang selalu terjadi kepada blogger sewaktu nak upload Template adalah seperti ini:
-bx-bliced
-bX-ev85ll
-bX-39cc9q
-bX-y6cz0v
-bX-982020
-bX-si9ejx
ini hanya sebahagian sahaja Jenis-jenis Bx- Error yang selalu terjadi dan masih banyak lagi jenis-jenis yang lain.
Ok langkah pertama yang perlu anda buat ialah:
1-backup template asal anda(penting) dan Cuba upload template baru anda,pergi ke Layout-Edit Html-browse-upload-save template jika anda mendapat Bx-Error anda harus pergi ke langkah yang ke dua.
2-Jika Templates baru anda adalah fail Xml (Dengan.xml entension) cuba anda memilih untuk menukar fail itu dengan txt ataupun Notepad.Caranya pergi kepada Fail itu klik kanan-properties-change-cari txt ataupun notepad klik ok.copy file itu dan pastekan kedalam ruang template dan save.Jika tidak berjaya ikuti langkah ketiga
3-Anda cari setiap perkataan yang mempunyai b:widget id= di dalam template anda contohnya seperti
-b:widget id='Header1'
-b:widget id='Blog1'
-b:widget id='Label1'
-b:widget id='HTML1'
tukarkan semua no id widget ini ke nombor yang seterusnya contohya seperti
'Header1' anda tukarkan kepada 'Header2'
'Blog1' kepada 'Blog2'
'Label1' kepada 'Label2'
'HTML1' kepada 'HTML2'
dan seterusnya.selepas anda menukar semua no id widget ini savekan template anda.Jika anda betul-betul mengikut langkah-langkah ini anda sepatutnya tidak akan mendapat error lagi.(Cara ini menjadi kepada aku)..
Jika anda telah mengikuti kesemua langkah-langkah diatas tetapi masih tidak berjaya anda cuba tutup browser internet anda delete semua temporary internet file dan Cookies.Restart balik browser anda dan cuba upload balik. Dengan menyucikan kesemua temporary internet anda daripada Browser akan memberikan anda page yang baru bila hendak upload Templates nanti.Kadang-kadang cara ini berjaya juga tetapi jarang-jarang...Aku harap dengan langkah-langkah yang aku bagi diatas dapat menyelesaikan
masalah Bx-Error apabila anda hendak tukar template nanti dan diharap juga anda faham,jika ada soalan boleh bertanya di sudut pertanyaan ..ok.
aq jg sering bgitu bozz :( n gtw apa ituh.. maklum masih newbie
ReplyDeletethanks yah informasinya lgsung q praktekin
Ya soek_roy semoga kamu berjaya,kalau tak boleh kamu beritahu aku,nanti aku cuba tolong kamu.
ReplyDeleteAku pun selalu kena benda ni,aku dah cuba mcm yang kau ajar tapi payahla nak cari widget tu boleh tlg ajar x?Thanks.
ReplyDeleteaku dah try dan menjadi sekarang aku xde masalah nak tukar template lagi..Tq bro for this info
ReplyDeleteInfo yang bagus.
ReplyDeleteDiharap dgn info ni dpt bantu anda..
ReplyDelete