Sudah agak lama blog ini tidak di update dengan post-post yang baru bukan kerana tiada yang hendak dikongsikan dengan semua tetapi aku agak sibuk sikit sekarang ini kerana baru mula bekerja dan mungkin tak macam dulu lagi.Kalau dulu aku boleh update setiap hari mungkin sekarang agak sukar kerana aku agak kesuntukkan masa dan aku sendiri pun tak pasti berapa lama aku boleh bekerja disitu.Biar Masa yang Menentukan.
Ok.Kepada pengunjung-pengunjung dan Reader di blog ini Terima Kasih aku ucapkan kerana anda masih setia memasuki dan membaca post-post yang telah aku buat semoga ianya sedikit sebanyak dapat membantu anda semua.Kepada yang belum Subcscribe blog ini jangan lupa untuk Subscribe ye aku bukan minta duit aku hanya ingin memberi ilmu kepada anda semua yang mungkin memerlukannya.
Pada Post aku yang lepas aku ada kongsikan dengan anda semua sebanyak 41 Visual Style untuk window 7 secara free sila rujuk sini tetapi mungkin masih ada diantara anda semua yang tidak tahu bagaimana cara untuk tukar Start Orb Button di Window 7 anda.Maka pada kali ini aku akan cuba tunjukkan cara untuk menukarkan Start Orb Button di window 7.Mungkin agak sukar untuk aku tunjukkan cara untuk menukar Start Orb Button ini dengan hanya menggunkan gambar jadi aku telah cuba untuk mencarinya di Youtube dan bernasib baik kerana menjumpainya.Kepada anda yang masih tidak tahu apa itu Start Orb Button sila lihat gambar dibawah ini.
Diatas ini adalah gambar Start Orb Button yang asal dan dibawah ini pula Start Orb Button yang telah ditukar.
Kenapa Perlu Tukar Start Orb Button.?
Sebabnya hanyalah untuk mencantikkan lagi Taskbar di Window 7 anda kerana sesetengah Visual Style anda didatangkan sekali dengan Start Orb Button ini dan kita perlu menukarkanya sendiri.Dan jika anda berminat untuk mencuba Start Orb Button yang berlainan anda boleh download dibawah ini tetapi tidak banyak hanya anda sebanyak 9 jenis sahaja.
Download Win7 Start Orb Button
Untuk menukar Start Orb Button di window 7 anda,sila lihat video dibawah dan sila fahamkan betul-betul sebelum membuatnya dan jika terdapat sebarabg masalah boleh tinggalkan pertanyaan anda di ruang komen.Semoga berjaya.
tukar nanti jadi apple.....
ReplyDeleteNanged your post! Hopefully you will nang to read about Iyouwe.info is back with the name IyouweBlog.com !!!!!!
aku pun suka Apple..Thanks nang my post
ReplyDeleteariey patut la ko bzz... ko da kerjaa ko kerja apa wehh
ReplyDeletetu gne reshacker ke restorator?
ReplyDeletesnang gle..haha..
tu guna reshacker..sng kan
ReplyDelete