1298638-1705758 Perlukah membuat meta tag di dalam blog?.Jika itu adalah soalan yang anda tanyakan kepada aku maka jawapannya ialah ya.Jika anda seorang yang ingin mencari pendapatan didalam internet melalui pengiklanan seperti google Adsense membuat meta tag adalah sangat penting untuk menarik pengunjung2 yang unik ke blog anda.Tetapi jika anda hanya membuat blog hanya sekadar untuk suka-suka mungkin tidak perlulah untuk membuat meta tag ini.Jika anda menggunakan wordpress anda tidak perlu untuk membuat meta tag kerana di wordpress ada terdapat plugin untuk membuat keyword tetapi jika anda menggunakan blogger perlulah untuk anda membuatnya.

Salah satu keyword yang aku buat di dalam blog aku ini telah mendapat tempat teratas sekali didalam enjin carian di Google dan juga Bing.Keyword yang aku gunakan ialah “handfone tutorial”.Anda boleh cuba search di Google.Tetapi keyword itu tidak berapa bagus kerana jarang dicari oleh orang.Jadi sebab itulah blog aku sampai sekarang pun masih belum banyak mendapat pengunjung tetapi sedikit masa lagi aku akan membuat keyword yang agak bersesuain dengan blog dan selalu dicari oleh orang ramai dan diharap keyword yang akan aku gunakan itu akan membuatkan blog ini mendapat pengunjung yang ramai :).Sila ikuti cara untuk membuat Meta Tag dibawah ini.

Ini adalah kode untuk Meta Keyword.

<meta content=’ masukkan keyword anda disini’ name=’keywords’/>

contoh Meta keyword:

<meta content=’tudung,tudung ekin,tudung bawal,ikan bawal ’ name=’keywords’/>

Ini adalah Kode untuk Meta Description

<meta content='Masukkan blog Description anda disini' name='description'/>

Contoh Meta description:

<meta content='Dapatkan berbagai-bagai jenis tudung terbaru seperti tudung ekin dan tudung bawal' name='description'/>

p/s:Sila pastikan keyword dan Description yang anda buat bersesuain dengan isi blog anda.

Cara untuk meletakkan Meta Tag didalam blog.

1.Pergi ke layout—>Edit HTML

2.Cari kode dibawah ini

<title><data:blog.pageTitle/></title>

3.Kemudian letakkan Kode Meta Tag ini dibawah kode yang anda cari tadi.Sila isikan terlebih dahulu keyword dan juga Description anda.

<meta content=’ masukkan keyword anda disini’ name=’keywords’/>

<meta content='Masukkan blog Description anda disini' name='description'/>

4.Kemudian Klik save.Semoga Berjaya.


11 comments:

  1. ade gak org guna meta tag ni letak keyword lucah2 utk naikkan traffic kat blog..

    meta content tu boleh letak sukati bape byk keyword jer ker ek..?

    ReplyDelete
  2. Halo apa kabar, nice article... :)

    ReplyDelete
  3. Mungkin jgkla ezany tetapi buat apa kalau blog ramai pengunjung tp xde isi..Keyword tu x boleh ltk banyak sgt sbb takut Google detect sbg blog spam masalah plk nanti..

    Eh Ezany ko x bg bintang ke dkt aku..sedih tul la haha.

    ReplyDelete
  4. Doblogger thanks,ilmu yg berguna baik kita kongsi dgn semua kan..Thanks sbb sudi dtg kesini ya

    ReplyDelete
  5. aku tak pasan la ade bintang.. dah kasi tu.. :p

    ReplyDelete
  6. Sepertinya penggunaan metatag sudah tidak di gunakan lagi saat crowling google..Jadi tingkat keberkesananya sudah minim,walaupun bing dan yahoo masih memakainya.Cmiiw
    Salam kenal

    ReplyDelete
  7. ya skrg google tidak lg menggunakan meta tag bg mengelakkan penggunaan keyword yg sama

    ReplyDelete
  8. Assalam
    Saya ada laman web berasaskan Joomla. Menjual produk aksesori tapi masalahnya bila saya cari produk tu tak keluar kat carian google. Sebelum tu ada gak keluar tapi kemudian takde dah. Camana nak atasi tu. Mintak ada sapa-sapa leh bantu

    ReplyDelete
  9. itu diletakkan dimana kk?? maklum newbie :D

    ReplyDelete

Sila tinggalkan komen ada dibawah ini dan yang berkenaan dengan post sahaja dan semua komen akan ditapis dahulu sebelum ditampilkan.