Adakah blogger akan bertukar wajah?..Itulah yang sedang menjadi tanda tanya dan menimbulkan seribu satu persoalan kepada aku sekarang..Aku mengatakan begini kerana Semalam sewaktu aku sedang mengedit blog aku dalam kira-kira pukul empat pagi (aku rasalah aku pun dah x berapa ingat) pihak Google telah memberi peringatan yang mengatakan mereka sedang membuat service.Jadi aku tidak boleh mengedit blog aku dalam masa lebih kurang 5 minit. Kemudian aku cuba lagi masuk ke blog aku dan berjaya,Sewaktu aku mahu edit profile aku,aku terlihat ada sedikit perubahan yang telah berlaku iaitu bahagian atas barnya telah berubah warna menjadi lebih kebiruan dan mempunyai kotak-kotak kecil yang lebih cantik daripada yang lama.Lihat perbandingan gambar lama dan baru dibawah.

Gambar Sebelum


Gambar Selepas
Apakah benda ini sering berlaku,kerana aku tidak pernah melihatnya sebelum ini. Gambar diatas bukanlah teknik Photoshop kerana aku memang tak pandai pakai Photoshop.Dan takde gunanya aku nak tipu anda bukannya aku dapat apapun.Tujuan aku hanya ingin berkongsi info dengan anda dan aku dapat tangkap screenshotnya secara kebetulan.Kemudian aku pergi ke bahagian post dan gambar seperti dibawah

Gambar sebelum

GambarSelepas
Seperi yang anda lihat di bahagian ikonnya pun telah berubah,kelihatan blogger yang baru ini lebih cantik dan mereka juga ada membuat penambahan kepada fungsi untuk menulis dan aku sempat mencubanya semalam.Fungsi yang mereka tambah itu adalah untuk memotong ayat(Strikethrough) yang selalu kita boleh lihat dipakai di wordpress.Tetapi aku sempat mencubanya hanya sekejap sahaja cuma dalam jangka masa 6 minit.Kemudian semuanya menjadi seperti asal kembali.Aku rasa mungkin ini masih berada dalam peringkat percubaan.Tetapi jika benar pihak blogger akan membuat pembaharuan aku ingin mengucapkan terima kasih kerana aku pun dah mula rasa nak berpaling tadah dengan berpindah ke Wordpress.Jadi jika betul mereka akan membuat perubahan mungkin aku stay di blogger kerana Walaupun diakui di wordpress mempunyai banyak kelebihan tetapi ada sesetengah fungsi yang aku sukai ada di blogger tetapi tidak terdapat di Wordpress.

Jika anda sudah pun mengetahui tentang perubahan yang mungkin berlaku kepada blogger ini aku harap anda dapat berkongsi dengan aku.Mungkinkah aku adalah orang yang terakhir mengetahuinya.Anda boleh beri pandangan anda dibawah..Proud to be Blogger.

4 comments:

  1. Aku pun nasib jer dapat ambik screenshoot dia.Kita tunggu jelah kalau betul bagus jgk.

    ReplyDelete
  2. salam ariey, tu bukan pembaharuan...
    tu blogger in draf...
    kalo ko login kat http://draft.blogger.com , dia akan jd cmtu la...

    ReplyDelete
  3. aku dh tau daus itu artikel bln lima lg hehe..tula lmbt sgt ko komen :P

    ReplyDelete

Sila tinggalkan komen ada dibawah ini dan yang berkenaan dengan post sahaja dan semua komen akan ditapis dahulu sebelum ditampilkan.