Showing posts with label Social Networks. Show all posts
Showing posts with label Social Networks. Show all posts
10

like Memang tidak dapat dinafikan lagi yang facebook memang sangat top  pada waktu ini walaupun mungkin sudah ada dikalangan kita yang mengetahui facebook adalah produk yang dibuat oleh bangsa yahudi tetapi itu sedikit pun tidak menyekat kita daripada menggunakannya.Kenapa?apa yang hebat sangat di facebook ini.Tentu sahaja aplikasi yang pelbagai yang ada di facebook yang membuatnya nampak hebat dan juga namanya yang agak sedap disebut kalau sebut mukabuku tentu tak berapa sedap kan.Korang tahu tak Facebook berada dikedudukan kedua di alexa selepas Google dalam ranking top 500 Global Sites [sumber..] dan kedudukan pertama di dalam ranking Alexa bagi top 100 sites in malaysia [sumber..] jadi agak rugi kalau kita tidak merebut peluang mendapatkan seberapa ramai visitor dari sana.Jadi dengan memasukkan Facebook like button ini mungkin sedikit membantu mendapatkan visitor dari sana nanti.Cara lain untuk dapatkan visitor dari sana ialah dengan menghantar feed dari blog kesana boleh rujuk post aku yang terdahulu [disini].

Untuk pengetahuaan semua aku telah pun membuka kembali akaun aku difacebook setelah terbaca post dari blog akmal yang yang diambil dari blog www.zaharuddin.net yang mengatakan bahawa membuka akaun facebook tidak haram malah hukum HARUS atau DIBENARKAN kalau bertujuaan untuk kemaslahatan Islam.Jadi aku pun membuka semula dengan tujuaan untuk berkongsi post aku yang mungkin berguna kepada orang lain disamping berkongsi cerita-cerita agama yang aku perolehi daripada emel.Korang boleh rujuk[ sini ] untuk membaca tentang hukum menggunakan facebook ini.kalau berminat nak letakkan facebook like button boleh tengok cara nak meletakknya dibawah ini.

1.Pergi ke Facebook Developers

2.Disitu korang boleh pilih untuk menggunakan jenis buton samaada jenis standart ataupun button count.

likk 

jenis standart.

cats222 

Jenis button count.

untuk pilih korang boleh klik layout style.Pilih standart atau button count.

3.kalau dah siap semua setting korang dapatkan kode dia klik Get Code.Kode dia seperti dibawah ini

<iframe style="border-bottom-style: none; border-right-style: none; width: 450px; border-top-style: none; height: 21px; border-left-style: none; overflow: hidden" src="http://www.facebook.com/plugins/like.php?href=http%253A%252F%252Fexample.com%252Fpage%252Fto%252Flike&amp;layout=button_count&amp;show_faces=true&amp;width=450&amp;action=like&amp;font&amp;colorscheme=light&amp;height=21" frameborder="0" allowtransparency="allowtransparency" scrolling="no"></iframe>

4.Kemudian korang copy kode itu dan pergi ke layout-Edit Html dan berikan tanda centeng didalam kotak expand widget template.

5.Cari kode ini.<data:post.body/> dan pastekan kode itu diatas atau dibawahnya.Hasilnya seperti ini [Klik].

6.Semoga berjaya jika ada masalah jangan lupa tinggalkan pertanyaan di ruang komen.


Read More
0

22Selain daripada laman Ning,Social Go juga adalah salah satu Halaman yang boleh anda bina Social Networks anda sendiri.Pada abad yang ke 21 ini halaman social bolehlah dikatakan agak penting kerana dengan membina halaman social anda akan dapat membina kumpulan anda sendiri dan berkongsi minat yang sama seperti hobi,agama,politik dan lain-lain.Contohnya jika anda seorang yang sukakan aktiviti lasak anda boleh membina Halaman mengenai aktiviti-aktiviti tersebut dan boleh bertukar buah fikiran dengan ahli-ahli anda sendiri.

Di Social Go anda boleh membina laman Social anda secara percuma tetapi penggunaanya agak terhad dan jika mahu menggunakan secara menyeluruh anda perlu membeli plan yang telah disediakan.Untuk Mengetahui dengan lebih lanjut apa dia SocialGo anda boleh lawati ke laman webnya di sini.


Read More