Microsoft Security Essentials adalah Antivirus yang telah dibuat oleh Microsoft untuk digunakan oleh para pengguna Microsoft Window diseluruh dunia dan Microsoft Security Essentials ini diberikan secara free sahaja.Tentu ini satu berita yang mengembirakan kita semua sebagai pengguna Microsoft Window .Tetapi dengan pemberian Antivirus ini tentu sahaja tidak akan mengembirakan sesetengah pihak seperti pembuat Antivirus yang lain kerana mungkin produk mereka selepas ini tidak akan laku dipasaran lagi.
Aku telah mencuba Microsoft Security Essentials ini didalam window 7 aku dan hasilnya amat menakjubkan sekali.Antivirus ini sangat ringan daripada Antivirus yang aku gunakan dahulu iaitu Avira dan Virus yang gagal dikesan oleh Avira telah dapat dikesan oleh Microsoft Security Essentials ini.Tetapi Apa yang hendak dihairankan tentu orang yang mencipta sesuatu barang itu lebih mengetahui kelemahan yang terdapat pada barang ciptaannya berbanding orang lain.Betul tak.
Tetapi untuk menggunakan Microsoft Security Essentials Antivirus ini anda perlulah menggunakan Windows yang genuine kerana sebelum anda boleh menginstall Antivirus ini kedalam komputer,anda perlu validate terlebih dahulu bertujuaan untuk mengetahui samaada window anda itu genuine atau non-genuine hehe..ingat senang-senang je microsoft nak bagi secara free.
Jika anda berjaya melepasi Validate ini maka bolehlah anda menggunakan Antivirus dari Microsoft ini jika tidak sila beli Microsoft yang genuine ya.Jika anda sudah berasa tidak sabar lagi untuk mencuba Microsoft Security Essentials Antivirus ini anda bolehlah mendownloadnya di link yang aku berikan dibawah ini.Dan antivirus ini boleh digunakan didalam Windows XP, Windows Vista, and Windows 7.
Download Microsoft Security Essentials
mane ko ni?
ReplyDeleteaku sibuk sikit neon..nak update blog pun rasa malas.balik keje letih
ReplyDelete