Aku dapat award dari pakcikdot
Aku dapat award dari pakcikdot
Ini adalah kali keempat aku dapat Award..Murah betul rezeki aku tahun ni buat kerja sikit tp dapat anugerah banyak.Tapi award ni ada rules dia..Alamak ada rules ker..Aku ni memang jenis yang tak berapa suka sangat nak jawab rules ni.Tapi tak apalah untuk tidak mengecilkan limpa orang yang memberi aku award ni aku akan jawab dengan jujur dan Ikhlas.Rules yang telah ditetapkan untuk mengambil award ini adalah:-
1.Copy badge "2009 Cute's 3logger Award" di atas untuk diletakkan di blog anda.
-Siappp.
2.Link/ceritakan kembali siapa yang memberikan award ini kepada anda.
-Award ini diberikan oleh Cik Adra Adlina..Sbb aku baru jer mengenali beliau jadi aku tak boleh memberikan secara terperinci tentang perangai dia tetapi aku tahu dia mesti budak baik..betul tak Adra Adlina?Jom kita selongkar blog dia disini
3.Setiap blogger mesti menyatakan 10 fakta/hobi diri sendiri sebelum memilih penerima award seterusnya.
-Aku tido selalunya 3-4 jam jer sehari
-Dulu aku suka main bola sekarang tidak lagi
-aku sayang sangat screen computer benQ 19 widescreen aku sbb aku beli dia murah.
-aku boleh mengadap screen computer aku berjam-jam sehari tanpa jemu.
-Sekarang aku suka mengedit template-template untuk blogger.Ada sebahagiannya telah hancur aku kerjakan.
-Selepas aku ada blog sendiri aku dah jarang tengok Tv.
-Aku tak suka pergi jalan-jalan dan tengok wayang.Selalu beli cd cetak rompak jer.:P
-Aku suka minum air carrot susu sebab boleh bagi mata jadi terang.Tak percaye ke?
-Aku suka no 9
-Aku juga suka no 10(untuk cukupkan 10 fakta)
4.Anda perlu memilih 6 penerima award seterusnya dan menyatakan nama mereka di blog anda.
-Rata-rata kawan-kawan aku semuanya dah banyak yang dapat Award jadi dengan baik hatinya aku bagi award ni kepada semua yang sudah menjadi follower aku.Yang belum ada award diharap boleh ambil.
5.Jangan lupa untuk melawat blog mereka dan memberitahu mengenai award ini.
-Aku akan datang blog korang naik vespa yang aku dapat ni..VROOOMM……VROOOMMM.

Hari ni aku nak menceritakan tentang award yang aku dapat dari kawan-kawan blogger.semalam aku telah diberikan award bukan sahaja satu tetapi 3 sekaligus kalau macam ni nabil pun dengki dengan aku nanti.Kepada Bulan,adysham dan kembara terima kasih kerana telah memberikan aku award korang memang bestlah .Sorrylah sebab aku lambat buat entry pasal award ni yer.Di bawah ni adalah award yang aku telah dapat dari mereka aku telah packagekan ketiga-tiganya sekali dalam satu entry ni supaya tangan aku tak letih sangat nak menaip hehe.
Award pertama aku dapat adalah dari cik bulan yang telah memberikan cahayanya menyinari blog aku yang agak malap ini.Untuk pengetahuaan cik bulan aku ni memang pengemas orangnya dan lepas ni kalau nak tahu cara nak edit blog tak payah susah-susah cari biar aku jer yang sediakan semuanya untuk kamu cik bulan yer.Dan untuk pengetahuaan cik bulan juga aku suka sangat gambar anak saudara kamu yang cute tu.Anak saudara ker anak cakap betul-betul jangan tipu ar.Anda boleh lawati blog cik bulan kita ni disini.
Ni adalah Award aku yang kedua dari Adysham walaupun aku tak dapat menjadi pengunjung ke blog beliau yang ke 10000 dan sekaligus meranapkan impian aku untuk memenagi hadiah yang akan diberikan oleh beliau tetapi tak megapalah kerana aku telah diberikan Award ini oleh beliau award ni diberikan nama award pengunjung setia walaupun aku baru jer 2-3 kali masuk blog dia.Memang baik hati betul adysham ini takpe lepas ni aku akan kerap masuk blog kau ok.Award ni bukan untuk ambik hati aku jer kan Adysham?..Anda boleh lawati blog Adisyam disini
Dan ini adalah Award yang terakhir aku dapat semalam.Award ini dari saudara kembara.Terima kasih aku ucapkan kepada saudara kembara wlaupun aku baru jer follow blog beliau.Untuk pengetahuaan saudara kembara aku suka sangat blog saudara kerana banyak menceritakan tentang Islam dan mungkin sedikit sebanyak dapat menambahkan lagi ilmu pengetahuaan dan memantapkan lagi diri aku ini tentang islam yang aku sayangi ini.Anda boleh lawati blog saudara kembara disini
P/s:Terima Kasih kepada semua dan aku harapkan semoga kalian dapat memberikan aku lagi Award di masa akan Datang.Budak ni gile Award

Salam semua..hari ini ariey nak menceritakan tentang award yang ariey dapat dari pemilik blog http://daus.via.my/ yang bernama daus.Ini adalah award pertama yang ariey dapat sepanjang 2 bulan ariey belajar blogging ini.Terima kasih kepada daus kerana sudi memberikan ariey award ini,walaupun sebenarnya ariey pun tidak mengetahui kenapa beliau mahu memberikan award ini kepada ariey.Tapi maaflah kerana ariey tak tahu nak kongsi award ni dengan saper sebab ariey baru start blogging jadi ariey tak mempunyai lagi kawan dari alam maya ni ikshh.ikshh sedihla plak
.Walaupun award ni tidak mempunyai nilai jika di bandingkan dengan wang ringgit tetapi jika dinilai dari segi persahabatan ia amat bermakna sekali.Sekurang-kurangnya ada jugak orang yang nak pandang blog aku ni..tetapi daus kenapa kau tak follow blog aku pun kecewa jugakla aku rasa aku nasihatkan kau supaya cepat follow blog aku ni sebab aku pun nak bagi award kepada 20 orang follower aku yang terawal.Award aku sangat mahal sebab banyak ditaja oleh syarikat-syarikat besar rugi kalau tak dapat..kalau nak cepat-cepatla follow.cuma tinggal lagi 3 tempat kosong hehe.


