Showing posts with label announcement. Show all posts
Showing posts with label announcement. Show all posts
0
Sebenarnya blog bloggerfeedurl ini sudah lama aku buat untuk dijadikan sebagai tempat alternatif blogger-blogger menghantar url artikel selepas siap membuat post di blog mereka bertujuaan untuk mendapatkan pengunjung dari url artikel yang ditinggalkan di bloggerfeedurl.Disebabkan ada diantara blogger yang tidak pandai menghormati blogger-blogger lain kerana menghantar artikel yang sama banyak kali dan juga menghantar artikel lama mereka jadi aku telah mengambil keputusan untuk menghentikan service ini.

Tetapi sebagai alternatif lain aku telah menjadikan bloggerfeedurl sebagai blog direktori iaitu dengan mengumpulkan kesemua blogger di suatu tempat iaitu di bloggerfeedurl dengan cara submit blog mereka di bloggerfeedurl.Yang paling menariknya di bloggerfeedurl setiap kali korang update blog korang ia akan diupdate secara automatik di bloggerfeedurl jadi korang tak perlu susah-susah untuk menghantar artikel korang lagi.Dan korang akan dapat pengunjung setelah url post baru korang itu diklik oleh pengunjung.Cuba Lihat Screenshoot Dibawah.


Macam mana menarik kan?..tetapi walau menarik macammana sekalipun jika kurang promosi tidak guna juga.jadi sebagai syarat untuk blog korang berada di bloggerfeedurl korang perlu promosi bloggerfeedurl dengan membuat post di blog korang menceritakan tentang bloggerfeedul kalau ada yang ingin memberikan cadangan membina pun bagus juga.Dan korang juga perlu copy salah satu banner bloggerfeedurl dan letakkan di sidebar blog korang.Tujuan korang copy banner itu hanyalah sebagai satu sokongan kepada bloggerfeedurl.Korang semua boleh start submit blog korang sekarang disini dan sila turuti syarat-syarat yang telah diberikan.Blog korang akan diapprovekan setelah korang patuhi kesemua syarat-syarat yang telah diberikan itu.Terima kasih dan selamat berbelogging.

Read More
17
wewe Apa khabar semua.Aku hanya ingin membuat sedikit pengumuman tentang penukar domain blog aku dari arieyblog.blogspot.com kepada arieyblog.com.Aku membeli domain arieyblog.com ini setelah terbaca post daus pemilik http://dauspozi.com (tolong promote) tentang domain dengan harga Rm20.00 (murah tuuu) yang dibeli dari http://ohdomain.com (promote lagi nanti boleh bagi domain free satu)sebab tengah ada offer tetapi katanya tarikh tamat pada 30hb mac 2010 maknanya hari inilah jadi kepada sesiapa yang berhajat nak bertukar baik cepat-cepat.


Sebenarnya dah lama aku nak tukar domain ni tapi sayang pulak kepada page rank aku sekarang page rank 3 (ingat senang nak dapat).Sekarang semuanya kembali kepada asal seperti mula-mula start buat blog dulu pada 16/1/2009 bermula dengan kosong.Tetapi page rank tak penting asalkan apa yang aku nak sampaikan kepada anda semua dalam blog buruk aku ni tercapai sudahla.Pada masa dulu terfikir jugak nak masuk blogstarz tapi setelah terbaca artikel dari blog BolehBlog,Afzaiafandi,Hafreze,Titan,AbdFatah,Taukey aku memutuskan untuk membuat blog sendiri je dengan blog blogspot dan mungkin  apa yang dikatakan oleh mereka itu ada betulnya kerana sekarang blogstar dah jadi mcm ni @#%*& (sila klik untuk lebih lanjut).Oklah stop disini je pasal blogstarz malas nak cerita banyak tentang blogstarz.


Ada yang tanya aku kenapa tak pakai wordpress..Aku jawab buat apa aku hanya nak sampaikan ilmu bukan untuk tujuan lain(bangga) dan aku beli domain ni pun sebab dapat duit dari kerja-kerja edit template kalau tak mungkin Tidakkk..bagi aku itu pilihan masing-masing,lagipun aku banyak buat tutorial untuk pengguna blogspot kalau aku pakai wordpress tak bestla pulak kan.Kalau aku buka blog di wordpress pun mungkin jika untuk buat bisnes kerana memang aku akui di wordpress banyak terdapat plugin yang berguna.


Ok.Untuk yang terakhir aku ingin mengucapkan terima kasih banyak-banyak kepada orang-orang yang sudi subscribe blog aku,yang setia menjadi follower blog aku,yang sentiasa memberikan komen membina di blog aku (sekarang dah kurang nape ya nak post yang panass ke hehe…) dan yang sudi berkunjung ke blog aku selalu yang kebanyakkannya datang dari indonesia!!!..(Aik mana pergi orang malaysia ni takkan suka bersosial je?..ilmu tak nak?).So kepada sesiapa yang ada meletakkan link asal blog ini aku harap dapatla tukar ke arieyblog.com ya.jadi aku sudahi pengumuman ini dengan kalimah Assalamualaikum warahmatullahiwabarokatuh.

Read More