Apa khabar semua,Di harapkan semuanya sihat sentiasa hendaknya.Sudah agak lama aku tidak mengupdate blog ini bukan kerana malas tetapi kerana ada masalah yang tidak dapat dielakkan sejak dua tiga hari ini.Dan aku juga ingin meminta maaf jika ada blog kawan-kawan yang tidak sempat aku tinggalkan komen dan selepas ini aku akan cuba memberikan komen di blog kawan-kawan sekalian ye..[apa yang penting kerja sama] haha.
Untuk tidak membuang masa lagi aku ingin menunjukkan bagaimana cara untuk membuat Technorati Tag di setiap post kepada anda khasnya kepada mereka yang masih blur!! lagi bagaimana cara untuk membuatnya.Pada post aku yang terdahulu aku telah pun menunjukkan bagaimana cara untuk membuat Technorati Reaction Link sila rujuk sini.Dan pada kali ini aku akan tunjukkan sesuatu yang lebih berguna untuk anda iaitu bagaimana cara membuat Technorati tag di setiap post anda pula.Maaf kerana terlalu banyak menggunakan perkataan bagaimana cara dalam setiap ayat aku ini kerana bagaimana cara itu adalah salah satu kata kunci yang aku gunakan di blog ini.Dan semoga kata kunci bagaimana cara yang aku gunakan akan mendapat page yang pertama di google.Bagaimana cara untuk membuat Technorati tag di setiap post.Kita Teruskan sahaja bagaimana cara untuk membuatnya.
Terlebih dahulu aku akan ringkaskan apa fungsi Technorati Tag.
Technorati tag adalah satu label yang di gunakan untuk memudahkan pelawat menjumpai blog kita di technorati senang cerita ianya seperti kata kunci yang kita gunakan.Contohnya anda membuat cerita mengenai cerita seram maka kata kunci yang boleh anda gunakan adalah seperti video seram,hantu,puaka, dan yang berkaitan dengan artikel anda itu.Kemudian semua kata kunci itu akan dihantar ke Technorati dengan cara memasukkannya di Technorati.
Tujuan membuat Technorati tag.
Sudah tentu sebabnya untuk mendapat ramai pelawat dari sana.Apabila ada pelawat yang mencari sesuatu contonhnya cerita seram dan terjumpa tag yang dibuat oleh anda sudah tentu blog anda akan menerima kunjungan oleh pelawat tersebut.Sekarang aku akan tunjukkan bagaimana cara membuat Technorati tag di setiap post anda.
1.Sila Klik Technorati Tag Generator.
2.Kemudian anda hanya perlu memasukkan tag atau kata kunci anda itu.Anda boleh memasukkan seberapa banyak Tag yang anda inginkan dan jangan memberikan tanda koma cukup hanya dengan menjarakkan kata kunci anda itu.
3.Setelah anda siap memasukkan kata kunci anda itu klik ok kemudian copy semua kode yang telah diberikan.
4.kemudian anda hanya perlu pastekan kode yang telah diberikan itu diakhir post anda contoh seperti dibawah ini.Sewaktu hendak memasukkan kesemua kode itu sila pastikan yang anda memilih bahagian Edit Html dan bukan di bahagian Compose di ruang post anda.
5.Selesai.Selamat mencuba.
Tags: bagaimana, cara, Technorati, tag, panduan, membuat,


