Showing posts with label Blogger Info. Show all posts
Showing posts with label Blogger Info. Show all posts
5
baru aku perasan yang blog aku dah x ada keluar iklan dari adsense rupanya bila check email dah kena disable.nasib baikla last payment aku dah ambik kalau tak mesti haru jugak.Tapi tak apalah nanti boleh cuba buka akaun baru dan lepas ni kena lebih berhati-hati sikit dengan syarat yang telah ditetapkan oleh pihak google adsense.

post ini saja je aku buat untuk memberitahu korang semua yang blog aku akan ditambah dengan kedai online.Aku sebenarnya tak suka buat banyak blog sebab aku tak ada masa nak jaga jadi aku buat template yang baru ini mempunyai dua fungsi satu fungsi untuk blog dan satu lagi lebih kepada kedai online berbentuk gallery lengkap dengan order form secara pop up sekali.Jadi tak adala nampak berserabut sangat.Disamping bertutorial aku juga akan menjual hehehe..Buat masa ni tak ada lagi terfikir nak jual barang apa..mungkin korang boleh bagi sedikit idea kot dekat aku barang apa yang senang dijual.Okla semua nantikan kemunculan template terbaru arieyblog.com.. blog tutorial + shop.

Read More
0
Berita baik kepada pengguna blogspot.Blogger telah melancarkan 5 pandangan dinamik untuk kesemua blognya.


Apakah dia pandangan dinamik di blogger itu?

pandangan dinamik diblogger itu adalah korang boleh memilih untuk memaparkan kesemua post didalam blog korang dalam beberapa cara yang berbeza tanpa perlu mengubah tempalte korang dengan menggunakan Ajax,css3 dan html 5

contoh screenshoot dibawah.
1.Pandangan sidebar













2.Flipcard view













3.Mosaic view













 4.Snapshot view.













5.Timeslide view.















Bagaimana cara untuk menggunakannya di blog korang.

untuk cuba menggunakannya diblog hanya menambah / paparan di akhir URL blog korang.
Sebagai contoh:
http://myblog.blogspot.com/view

sila ikuti langkah-langkah dibawah untuk membuatkan pandangan dinamik ini menjadi di blog korang.

1.Sila pastikan blog korang boleh diview oleh orang ramai dan tidak perlu sign in untuk masuk.Cara setting pergi ke Dashboard-Setting-Permissions dan pilih anybody.

2.Blog korang harus membenarkan feeds fully enabled.Cara setting pergi ke Dashboard-Setting-Site feed-Allow Blog Feeds dan pilih full.

3.Jangan disabled dynamic views.Cara setting pergi ke dashboard-setting-formatting-Enable Dynamic Views dan pilih yes.

dengan penampilan baru dari blogger ini akan dapat menjimatkan masa pengunjung memilih apa yang mereka mahukan didalam blog kita tanpa perlu klik butang next atau kembali lagi.Sungguh teruja bukan.Blogger melangkah kedepan setapak lagi.

Read More
7

imagek

Preview yang lebih baik..Berita baik kepada semua pengguna blogspot kerana pihak blogger telah memperbaiki dan menaik taraf lagi sistem preview yang telah sedia ada didalam blog.Kini pengguna blogspot dapat melihat rupa sebenar post yang telah di buat melalui preview tidak seperti dulu lagi yang memaparkan preview yang kurang kemas.Tetapi fungsi ini hanya akan berhasil jika korang menggunakan blogger in draft siapa yang belum menggunakannya boleh klik [sini] dan boleh juga rujuk [disini ].

Untuk melihat fungsi ini korang boleh pergi ke ruangan post dan klik di butang preview.

preview2

 

 

 




Sumber dari [blogger in draft]


Read More
11

Capture Mungkin ini adalah satu berita gembira kepada penguna-pengguna blogspot,kerana diatas permintaan ramai kini pengguna-penguna sejati blog di blogspot sudah boleh membuat Page didalam blog mereka seperti yang telah terdapat di wordpress.Tetapi fungsi Page ini masih didalam peringkat ujian dan hanya boleh dibuat melalui blogger in Draft.

Apakah dia Page?

Mungkin ada lagi dikalangan anda khasnya newbiee yang tidak mengetahui apakah kegunaan Page.Tujuan Page dibuat adalah  untuk berkongsi apa-apa  sahaja maklumat yang ingin anda kongsikan dengan orang ramai hanya dalam ruangan page itu sahaja dan tidak bercampur dengan post-post lain didalam blog anda.Contohnya aku nak berkongsi dengan anda semua koleksi wallpaper yang aku ada jadi aku akan membuat satu page yang bertajuk wallpaper.Didalam page wallpaper itu aku akan kongsikan semua koleksi wallpaper yang aku miliki.Atau kita juga boleh membuat contact me seperti yang terdapat didalam blog aku sekarang yang aku buat seakan-akan satu page yang khas untuk contact form CONTACT ME tetapi untuk membuat page untuk contact form ini aku terpaksa membuat satu post yang bertajuk contact me kemudian aku perlu tukarkan tarikhnya supaya tidak kelihatan di halaman depan blog.Tetapi dengan adanya fungsi page yang disediakan oleh blogger ini anda tidak perlu lagi membuat seperti yang telah aku buat itu anda boleh membuatnya dengan senang kerana fungsi untuk membuat page itu telah disediakan didalam blog anda.Jika anda ingin cuba membuatnya anda boleh ikuti langkah-langkahnya dibawah.

1.Langkah pertama yang perlu anda buat ialah login ke blogger in Draft.

Capture2.Kemudian dari blogger in draft anda pergi ke edit post .dan pilih edit pages.Klik new Page.

editpagestab

3.  kemudian anda boleh masukkan apa sahaja maklumat yang ingin kongsikan dengan semua didalam kotak post itu dan jangan lupa tuliskan tajuk page itu.Kemudian klik  publish page.

4.Kemudian anda diberi pilihan dibahagian mana tajuk page anda itu mahu diletakkan,anda boleh memilih untuk meletakkannya di blog sidebar,blog tabs atau membuat link untuk page anda secara manual.Aku ambil blog sidebar sebagai contoh.Kemudian klik save and publish.

3

5.Kemudian anda pergi ke halaman depan blog anda dan lihat di bahagian sidebar tentu terdapat pages yang telah anda buat tadi.

 3

Bagaimana fungsi page ini,bagus tak?.Selamat mencuba dan semoga berjaya aku ucapkan.

Sumber Blogger in Draft


Read More
0

screenshot.1 Adakah anda pandai menulis dalam bahasa Jawi.?Kalau tak pandai itu tidak menjadi masalah kerana ada satu laman web yang menyediakan perkhidmatan menukar bahasa rumi kepada jawi yang boleh dibuat secara online.Jadi kepada anda yang mahu berjinak-jinak merpati bolehlah mencuba menukarkan tulisan anda daripada rumi ke jawi di sini.

contoh ayat yang di tukarkan kepada jawi.

ڤرچوبأن دالم منوليس بهاس رومي کڤد جاوي"

“percubaan dalam menulis bahasa rumi kepada jawi.

Bestkan..selamat mencuba.

Reblog this post [with Zemanta]

Read More
4

Coming Soon..Tidak lama lagi aku akan lancarkan blog terbaru aku free-wordpress-blogger-templates.via.my.Blog ini dibuat adalah untuk pengemar-pengemar template yang masih lagi tercari-cari template yang mereka inginkan.Aku akan cuba uploadkan sebanyak mungkin template yang aku rasakan menarik dan anda boleh download di blog baru aku itu nanti.Aku juga mungkin akan berkongsi template yang aku telah aku editkan khasnya untuk mereka yang mengunakan blogspot.Anda juga boleh berkongsi template yang telah anda edit dari template lain atau template yang dibuat oleh anda sendiri dan Anda boleh letakkan link ke blog anda di bahagian footer template itu.Semoga dengan cara ini blog anda akan dapat menerima lebih ramai pengunjung melalui template yang telah anda edit itu.Untuk letakkan template yang telah anda edit itu ke blog aku anda hanya perlu isikan form di ruangan submit template.Kemudian aku akan pamerkan template yang anda edit itu didalam blog aku..

Read More
0

screenshot.14 Segala persoalan aku selama ini telah terjawab mengenai blogger yang akan bertukar wajah.Jawapan ini
telah aku dapati di blog o-om.com.Thank,s to o-om untuk info ini.Kamu memang boleh dipanggil bapak blogger .Aku pernah post mengenai perkara ini disini.Rupa-rupanya blogger memang sudah mempunyai New post editor dan boleh anda gunakan pada bila-bila masa tetapi anda tidak boleh login dari halaman yang biasa kerana new post editor ini hanya boleh digunakan di draft blogger.Jika anda rasa ingin
mencubanya anda boleh login di http://draft.blogger.com/.

Di blogger post editor yang baru ini terdapat beberapa penambahan seperti penambahan add location pada ruangan post editor. Blogger maps Di post options juga ada sedikit penambahan di sini kita boleh menyusun sendiri Edit setelah HTML dan Compose Settings.

Post Options Biasa

Blogger old post options Post Options di draft blogger

Blogger ne post options

Penampilan untuk preview juga sudah berubah dan nampak lebih kemas kerana ia ditampilkan pada halaman yang baru dan bukan pada halaman yang sama seperti cara yang biasa.

Blogger new Preview Jika anda ingin menjadikan blogger draft sebagai default di dashboard anda,Anda boleh pergi dashboard dan klik pada pada kotak itu.

screenshot.15 Jadi anda tidak perlu lagi login di draft.blogger untuk pakai new post editor ini.Anda hanya perlu login seperti biasa sahaja.Mungkin terdapat lagi cara-cara yang lain jadi dan anda boleh cuba mencarinya sendiri.


Read More
4
Adakah blogger akan bertukar wajah?..Itulah yang sedang menjadi tanda tanya dan menimbulkan seribu satu persoalan kepada aku sekarang..Aku mengatakan begini kerana Semalam sewaktu aku sedang mengedit blog aku dalam kira-kira pukul empat pagi (aku rasalah aku pun dah x berapa ingat) pihak Google telah memberi peringatan yang mengatakan mereka sedang membuat service.Jadi aku tidak boleh mengedit blog aku dalam masa lebih kurang 5 minit. Kemudian aku cuba lagi masuk ke blog aku dan berjaya,Sewaktu aku mahu edit profile aku,aku terlihat ada sedikit perubahan yang telah berlaku iaitu bahagian atas barnya telah berubah warna menjadi lebih kebiruan dan mempunyai kotak-kotak kecil yang lebih cantik daripada yang lama.Lihat perbandingan gambar lama dan baru dibawah.

Gambar Sebelum


Gambar Selepas
Apakah benda ini sering berlaku,kerana aku tidak pernah melihatnya sebelum ini. Gambar diatas bukanlah teknik Photoshop kerana aku memang tak pandai pakai Photoshop.Dan takde gunanya aku nak tipu anda bukannya aku dapat apapun.Tujuan aku hanya ingin berkongsi info dengan anda dan aku dapat tangkap screenshotnya secara kebetulan.Kemudian aku pergi ke bahagian post dan gambar seperti dibawah

Gambar sebelum

GambarSelepas
Seperi yang anda lihat di bahagian ikonnya pun telah berubah,kelihatan blogger yang baru ini lebih cantik dan mereka juga ada membuat penambahan kepada fungsi untuk menulis dan aku sempat mencubanya semalam.Fungsi yang mereka tambah itu adalah untuk memotong ayat(Strikethrough) yang selalu kita boleh lihat dipakai di wordpress.Tetapi aku sempat mencubanya hanya sekejap sahaja cuma dalam jangka masa 6 minit.Kemudian semuanya menjadi seperti asal kembali.Aku rasa mungkin ini masih berada dalam peringkat percubaan.Tetapi jika benar pihak blogger akan membuat pembaharuan aku ingin mengucapkan terima kasih kerana aku pun dah mula rasa nak berpaling tadah dengan berpindah ke Wordpress.Jadi jika betul mereka akan membuat perubahan mungkin aku stay di blogger kerana Walaupun diakui di wordpress mempunyai banyak kelebihan tetapi ada sesetengah fungsi yang aku sukai ada di blogger tetapi tidak terdapat di Wordpress.

Jika anda sudah pun mengetahui tentang perubahan yang mungkin berlaku kepada blogger ini aku harap anda dapat berkongsi dengan aku.Mungkinkah aku adalah orang yang terakhir mengetahuinya.Anda boleh beri pandangan anda dibawah..Proud to be Blogger.

Read More
6






bX-si9ejx...pernahkah benda ini terjadi kepada anda apabila cuba untuk menukar template?Aku rasa tentu pernah kerana kerana benda ini terjadi kepada ramai pengguna blogger dan terdapat banyak sekali complain di Blogger Help Group.Sampai sekarang pihak Blogger tidak mengetahui punca terjadinya perkara ini.Dan mungkin mereka masih mengkaji dan tidak diketahui lagi bila akan selesai.Dan mugkin juga takkan selesai..Tetapi yang aku ketahui Bx-Error ini tidak terjadi keatas semua Templates hanya sesetengah Templates sahaja yang terjadi seperti ini..Selalunya terjadi kepada Xml file.Sudah banyak blog ke blog aku merantau untuk mencari jalan untuk menyelesaikan masalah ini ada yang kata kena clear private data,cache,cookies dll..tetapi ternyata cara itu tidak berkesan kepada aku kerana aku masih lagi mendapat Bx-error sewaktu menukar template..

Tetapi baru-baru ni aku telah dapat cara untuk menyelesaikan masalah ini dan yang bestnya cara ini menjadi kepada aku..dan dalam sehari sampai 4-5 kali aku tukar-tukar template(memang Berbaloi).Ok kalau anda pun mempunyai masalah seperti aku ini dibawah ini ada aku bagi beberapa langkah untuk upload Templates tanpa Bx-Error lagi.

Kebanyakkan Error yang selalu terjadi kepada blogger sewaktu nak upload Template adalah seperti ini:
-bx-bliced
-bX-ev85ll
-bX-39cc9q
-bX-y6cz0v
-bX-982020
-bX-si9ejx



ini hanya sebahagian sahaja Jenis-jenis Bx- Error yang selalu terjadi dan masih banyak lagi jenis-jenis yang lain.

Ok langkah pertama yang perlu anda buat ialah:


1-backup template asal anda(penting) dan Cuba upload template baru anda,pergi ke Layout-Edit Html-browse-upload-save template jika anda mendapat Bx-Error anda harus pergi ke langkah yang ke dua.



2-Jika Templates baru anda adalah fail Xml (Dengan.xml entension) cuba anda memilih untuk menukar fail itu dengan txt ataupun Notepad.Caranya pergi kepada Fail itu klik kanan-properties-change-cari txt ataupun notepad klik ok.copy file itu dan pastekan kedalam ruang template dan save.Jika tidak berjaya ikuti langkah ketiga

3-Anda cari setiap perkataan yang mempunyai b:widget id= di dalam template anda contohnya seperti

-b:widget id='Header1'
-b:widget id='Blog1'
-b:widget id='Label1'
-b:widget id='HTML1'





tukarkan semua no id widget ini ke nombor yang seterusnya contohya seperti
'Header1' anda tukarkan kepada 'Header2'
'Blog1' kepada 'Blog2'
'Label1' kepada 'Label2'
'HTML1' kepada 'HTML2'
dan seterusnya.selepas anda menukar semua no id widget ini savekan template anda.Jika anda betul-betul mengikut langkah-langkah ini anda sepatutnya tidak akan mendapat error lagi.(Cara ini menjadi kepada aku)..

Jika anda telah mengikuti kesemua langkah-langkah diatas tetapi masih tidak berjaya anda cuba tutup browser internet anda delete semua temporary internet file dan Cookies.Restart balik browser anda dan cuba upload balik. Dengan menyucikan kesemua temporary internet anda daripada Browser akan memberikan anda page yang baru bila hendak upload Templates nanti.Kadang-kadang cara ini berjaya juga tetapi jarang-jarang...Aku harap dengan langkah-langkah yang aku bagi diatas dapat menyelesaikan
masalah Bx-Error apabila anda hendak tukar template nanti dan diharap juga anda faham,jika ada soalan boleh bertanya di sudut pertanyaan ..ok.

Read More