url Artikel: http://mrpiratz.com/panduan-infomasi-mengenai-twitter/
Isi Artikel: Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Pada hari ini aku ingin menulis sedikit panduan dan tunjuk ajar mengenai Twitter. Apakah itu Twitter? Menurut Wikipedia, Twitter adalah perkhidmatan rangkaian sosial dan microblogging yang memungkinkan penggunanya untuk menghantar dan membaca mesej yang dikenali sebagai 'tweets'. Tweets berasaskan teks yang boleh ditulis sehingga 140 karakter/huruf pada halaman profil pengguna dan disampaikan kepada pelanggan penulis yang dikenali sebagai pengikut/follower. Kesemua pengguna boleh menghantar dan menerima tweets melalui website Twitter, Short Message Service (SMS), atau aplikasi luaran yang dipasang pada komputer/telefon bimbit. Seperti yang dilaporkan pada laman blog Amanz.MY, Kini, Lebih 1 Juta Pengguna Twitter datangnya dari Malaysia dan yang lebih membanggakan adalah Bahasa Melayu Merupakan Bahasa Ke-4 Terbesar Di Twitter. Malaysia Boleh!
Aku rasa, cukuplah dengan pengenalan yang berbunga-bunga itu. Ramai rakan aku kini cuba menggunakan Twitter, tetapi mereka tidak tahu bagaimanakah ingin menggunakannya. Mungkin korang salah seorang selain dari rakan aku itu. Pelbagai cara yang lakukan di Twiiter. Ada yang menggunakan Twitter ini untuk mencari rakan sekolah/unversiti/kolej, ada yang ingin mengembangkan perniagaan mereka dengan mempromosikannya di Twitter, dan ada yang menggunakan Twitter untuk mengetahui cerita terbaru didalam atau luar negara. Oh ya. Tidak terlupa rakan-rakan blogger yang ingin berkongsi mengenai entri terbaru di blog mereka. Tidak kiralah apa tujuan mereka, yang paling penting mereka tahu bagaimana untuk menggunakan Twitter.
Oklah. Di bawah ada sedikit panduan dan maklumat mengenai Twitter. Sama ada korang tahu atau tidak kenalah teruskan membaca.
Paparan Halaman Utama Pada Laman Twitter
Berikut adalah halaman utama yang korang dapat lihat sebaik sahaja korang log masuk ke akaun Twitter korang.
1. Tweet Box - Tempat dimana korang perlu masukkan sesuatu yang ingin disampaikan. Mempunyai had sehingga 140 patah perkataan sahaja. (Sila abaikan "What's Happening".)
2. Avatar, Username & jumlah Tweet yang telah dihantar - Avatar adalah gambar yang memaparkan identiti korang. Digalakkan meletakkan gambar korang sebenar. (Jangan jadi macam penulis) Username – Nama korang. Tidak kisah mahu meletakkan nama samaran atau nama sebenar. (Jangan panjang sangat sudahla) Jumlah Tweet – Jumlah tweet yang telah korang hantar/post setakat ini.
3. Following, Follower, & Listed - Following adalah senarai rakan yang korang follow/ikut. Follower adalah senarai rakan yang follow/ikut korang. Listed – Senarai group dimana korang dikategorikan oleh rakan/follower.
4. Tempat dimana korang boleh membaca/dapatkan Tweet terbaru rakan yang korang follow/ikut.
5. Following - Senarai random rakan yang korang ikut/follow.
6. Direct Message - Dimana letakkannya tweet yang dihantar kepada korang & tidak boleh dilihat oleh orang lain.
7. Latest - Tweet terakhir yang korang hantar.
Singkatan/Simbol Yang Selalu Digunakan
Pelbagai singkatan/simbol yang digunakan di Twitter. Mungkin korang tidak tahu apa maksudnya/fungsinya.
1. @username – Selalunya ditulis untuk membalas/mengkhaskan penerima tweet tersebut. Selain itu, ia berfungsi untuk memastikan penerima menerima tweet tersebut.
2. RT (ReTweet) – Ia digunakan menyalin semula tweet tersebut dan menghantarnya kembali untuk follower korang. Dengan kata lain, iadigunakan untuk berkongsi maklumat yang dihantar oleh rakan yang korang follow ke follower korang.
3. DM (Direct Message) – Untuk menghantar private tweet kepada penerima. Seperti menghantar email kepada seseorang. Cara menghantarnya – d<jarak>username<jarak>mesej
4. #Hashtag – Digunakan untuk penanda perbincangan. Dengan adanya hashtag ini, ia akan membantu korang mencari perbincangan yang lalu.
Twitter Client
Apa kebenda la plak Twitter Client ni. Menurut kamus MrPiratz, Twitter Client ni adalah satu aplikasi/plugin yang membolehkan korang menghantar/menerima tweet tanpa perlu log masuk ke laman web utama Twitter. Pelbagai Twitter Client yang boleh dikategorikan, antaranya ; Aplikasi Desktop, Browser Plugin/Addon, ataupun Mobile Apps.
1. Aplikasi Desktop
Aku mencadangkan korang menggunakan Tweetdeck. Ini kerana selain daripada Twitter, ia juga boleh berintegrasi bersama Facebook, Myspace dan lain-lain. Lain-lain sebab adalah aku merasakan Tweetdeck adalah seswai digunakan oleh semua orang. Download Tweetdeck
2. Browser Plugin/Addon
Bagi pengguna Mozilla, aku mencadangkan korang menggunakan Addon Echofon. Manakala, Google Chrome aku mencadangkan korang menggunakan plugin ChromeBird. Dan bagi yang masih menggunakan Internet Explorer, aku mencadangkan korang memuat-turun Mozilla Firefox ataupun Google Chrome dan menggunakan browser tersebut sebagai internet browser utama korang.
3. Mobile Apps.
Terdapat banyak aplikasi Twitter yang boleh korang gunakan. Untuk sesetengah model telefon bimbit, ia telah dilengkapi dengan fungsi Twitter. Jadi, untuk mendapatkan Mobile Apps yang betul-betul sesuai untuk telefon bimbit korang, korang boleh merujuk pada laman web GetJar. Selain dari mobile apps, korang juga boleh menggunakan perkhidmatan gladlyCast dan Celcom via Twitter.
Berintegrasi Dengan Laman Web Social
Kebanyakkan laman web Sosial sekarang, boleh berintegrasi dengan aplikasi Twitter. Antaranya, Facebook. Korang hanya perlu menggunakan aplikasi Selective Tweet. Lain laman yang boleh berintegrasi dengan Twitter adalah Yahoo! Meme. Korang juga boleh menghantar tweet dengan menggunakan Google Buzz.
URL Shortener
Jika korang seseorang yang selalu berkongsi link-link yang berguna. Amatlah digalakkan menggunakan khidmat URL Shortener. Ini untuk mengelakkan dari berlakunya 'broken link'. Di sini terdapat 5 Laman Memendekkan URL yang boleh korang cuba.
Tips Menggunakan Twitter
Disini adalah serba sedikit tips untuk menggunakan Twitter.
1. Pastikan korang telah pun mengupload gambar sebelum menggunakan Twitter.
2. Tweet terlebih dahulu. Follow rakan yang lain kemudian. (Biarpun takde follower/following)
3. Mulalah dengan kenalan rapat, kemudian baru rakan yang lain.
4. Jangan sesekali membuat tweet korang 'private'. Bukan tak boleh. Tapi kalau korang buat private, orang nak follow pun payah.
5. Apa yang boleh tulis pada tweet. (Cadangan)
- Tip-tip yang berguna.
- Link ke entri terbaru blog korang (Jika mempunyai blog)
6. Elakkan dari menulis tweet berkenaan :
- Apa yang korang makan pagi, petang, tengahari.
- Apa yang korang pakai hari ni.
7. Cara untuk menambah Follower/Following
- Cari nama melalui fungsi Search
- Mencari pengguna yang telah mendaftar melalui Email Address Book
p/s : Ini adalah apa yang aku rasa. Jika terdapat kesalahan pada maklumat yang diberi, aku mengalu-alukan korang membetulkannya. Jika korang mempunyai idea/pendapat/lain-lain tips, diharapkan dapat berkongsi di bahagian komen. Terima kasih. :love:
--
Visitor Ip: 180.72.79.140
adoi, tak baca...panjang betul ok, good progress, lepas ni ariey tak post ape2..org len je post.. haha..apakah..
ReplyDelete@neon :aku post jgkla neon dont worry kalau dh x sibuk nanti hari2 aku buat post sampai ko muntah nk baca haha
ReplyDelete@neon - penat aku copy paste dari blog aku.. ko taknak baca.. :((
ReplyDeleteabis pun aku baca..aku jarang nk lyn twiter..twiter untuk promote entri blog je kot..hehe ;;)
ReplyDeletehehe... best la din twitter
ReplyDeletethanks 4 da info..yana ada acc twitter tp sumpah xreti guna..haha~ dah lama gak xbukak..ngee~ :p
ReplyDeletethanks 4 da info..yana ada acc twitter tp sumpah xreti guna..haha~ dah lama gak xbukak..ngee~ :p
ReplyDeleteoo.. camni la contoh klu org lain submit post eh..
ReplyDelete@aizuddin.comaku pun jarang tp twitter mmg best
ReplyDelete@Piratz
ReplyDeletethanks sbb share artikel piratz
@y@n@ M!B
ReplyDeleteboleh tanya pada piratz dia pandai sikit
@ezany
ReplyDeleteaah camni la ko bila nak submit kat sini ezany