2010_Kanji_by_zooldevil
Apa Khabar semua..ini adalah post aku yang pertama menggunakan domain yang baru iaitu http://www.arieyblog.com. Aku harap dengan penukaran domain yang baru ni akan lebih memudahkan korang untuk ingat nama blog aku ya dan jangan lupa subscribe.Disebabkan aku telah mengubah nama domain jadi aku pun nak menukar jugak cara aku nak menulis jika selama ini aku panggil korang semua dengan panggilan anda hari ni aku nak tukar pulak dengan panggil korang semua dengan korang.Aku harap panggilan ini tidak membuatkan korang merasa aku tidak mempunyai sopan santun masa bercakap tambahan pula mungkin ada diantara visitor di blog ini yang lebih berusia dari aku  hehe..

Sebab bagi aku panggilan anda itu terlalu skema pulak aku rasa..korang rasa macam mana.?Dan dengan memanggil korang juga akan membuatkan aku lebih rapat dengan korang semua dan lebih mudah menulis tidak perlu terlalu menjaga ayat.Idea banyak apa yang terlintas just tulis je tak perlu lagi olahan.Tapi ayat yang aku gunakan tidaklah sampai korang semua tak faham pulak macam sesetengah blog yang pernah aku masuk..(dalam hati kata “sungguh advance budak-budak sekarang merosakkan bahasa malaysia sampai orang malaysia sendiri pun tak faham..hehehe”) kalau korang tak faham Google lagila tak faham kan dan salah satu sebab blog korang tidak di index ke mesin pencariaan adalah kerana meggunakan bahasa yang sukar di fahami tak percaya cuba guna google translate dia boleh alihkan bahasa yang anda gunakan atau tidak.Ok dah cukup rasanya aku membebel ariey please stop it!!..just go to the street point ya.

Ok..kenapa aku cakap blog korang berat sebab banyak sampah..bukannya bermaksud korang buang sampah dalam blog,korang pulak jangan salah anggap pula ya.Aku cakap blog korang banyak sampah bemaksud didalam blog korang tu ada terlalu banyak sangat widget yang tak berguna dan memang tak sepatutnya korang letak.Selain dari itu hiasan secara extreme terhadap blog korang jugak boleh membuatkan blog korang menjadi berat..Disini aku nak menegur kepada orang perempuan la bukan bermaksud aku tak suka orang perempuan tapi memang itulah kenyataannya dan banyak blog yang aku lawati memang blog orang perempuan berat sewaktu nak loading tetapi tak semuala sebab ada jugak blog orang perempuan yang cantik dan laju(ayat jaga hati).Tapi nak buat macam mana sebab naluri orang perempuan memang macam tu suka berhias kan.Dan aku nasihatkan jangan hiasan blog korang macam korang  hias bilik tidur korang ya..suka hati je nak gantung macam-macam kat dinding.Kalau aku listkan kat sini memang banyak benda yang tak sepatutnya korang letak dan buat dalam blog..

Ok.antaranya..Jam,hiasan dinding contohya macam glitter,header blog yang bapak punya besar (sebab nak letak gambar penuh pemilik blog hehe..),memaparkan sampai 10 post di muka depan tanpa menggunakan fungsi read more yang disediakan(hebat mesti laju internet korang),Post guna gambar yang besar-besar,Letak banyak video youtube di muka hadapan dan lain-lain lagi dan banyak sangat benda-benda yang pelik korang boleh explore sendiri la ke blog orang perempuan.Tapi tak kurang jugak orang lelaki yang suka  meletak terlalu banyak sangat ads(mesti kaya ni hehe..) dari nuffnang,innity dan lain-lain sampai orang tak tahu nak klik yang mana satu.Bagi aku letak 2,3 ads je dahla sekadar menghias blog je bagi berseri.

Jadi kepada korang semua yang terkena macam apa yang aku tulis ni aku harap korang janganlah terasa dan aku harap korang dapat mengambil positif apa yang aku tulis ni ya bukan berniat nak kutuk tapi tolongla kesian kepada visitor ke blog anda contohnya macam aku ni hanya guna streamyx 384 kbps je kalau nak buka blog korang sampai boleh habis nasik sepinggan dulu baru terbuka semua pastu nak baca post lain pulak habis nasik sepinggan lagi..jadi fikir-fikirkanlah ya.Sebab bukan semua orang mampu menggunakan internet yang berkelajuaan tinggi kalau korang mungkin mampu tapi visitor ke blog korang belum tentu lagi mampu kan.Pada post yang akan datang aku akan cuba tunjukkan hanya widget-widget yang diperlukan sahaja dan berguna untuk diletakkan didalam blog supaya blog korang semua lebih laju,menarik tertarik dan blog korang lebih da Bomb..

22 comments:

  1. salam
    bro.. pada pandangan mata kau ianya sampah. tapi pada pandangan tuan punya blog ianya satu kepuasan apabila dapat menambah dan mencantikkan lagi blog. cuma mereka tidak terfikir ianya akan memberatkan sesebuah blog.

    jgn sebut 'sampah' bro.. guna bahasa betul. guna perkataan 'widget yang tidak di perlukan!'

    respect each other!

    ReplyDelete
  2. #bilis..Tq for comment.




    #Tedi..wslm..tedi sorry la kalau ko terasa ke apa mcm aku ckp ambik yg positif ya..kenapa aku x guna tajuk widget tapi guna sampah sbbnya itu adalah salah satu cara untuk menarik minat org utk baca post kita.mcm ko lah terus dtg baca dan bg komen dkt blog aku tq aku ucapkan sbb sudi baca..dan aku sentiasa menghormati org lain.

    ReplyDelete
  3. saya sokong si tedy. sesetangah orang meletakkan widget2 sbagai kepuasan. yela, perempuan kan berhati lembut, dan kalau boleh nak cantik je blog dengan mcm2 widget.

    tak elok kita kata sampah.

    ReplyDelete
  4. #khai..:D terpulang pada diri sendiri..pasal sampah aku dah ckp dkt atas tadi..

    ReplyDelete
  5. bende2 yg rasa tak perlu takyah la penuhkan kat dlm blog.. tambah2 widget WIDGEO yang keluar popup tu.. taktau bende ape widgeo, bleh tgk blog aku.. baru je publish smlm..

    ReplyDelete
  6. #Anarm..Betul tu anarm aku sokong ko..Tp x semua org faham apa yg kita nak sampaikan..

    ReplyDelete
  7. @Tedi @Khai
    Ariey guna perkataan sampah utk menarik minat org membaca coz tajuk tu gempak, sama macam latest post kat blog aku skang, ada perkataan sampah kat tajuk tu, berduyun-duyun org datang baca... tu salah satu teknik menarik trafik...

    @Ariey
    Kebanyakkan blog perempuan yg guna WP je tak letak banyak widget coz dia'orang pro, kalau yg guna blogspot, xyah nak cakap r... sampai halus scroll dibuatnya... haha

    Dia'orang letak jam, kalendar padahal di komputer dah ada jam, memberatkan blog je....

    SESIAPA YANG TERASA KOMEN AKU, TOLONG FIKIR BALIK APA YANG AKU TULIS NI BETUL ATAU TAK DAN SILA AMBIL YANG POSITIF JE YE!

    Ingat Hijau Ingat Daus

    ReplyDelete
  8. Bro Ariey, cuba tgk screenshot ni:

    ni screenshot bro punya blog index kat google:
    http://img35.imageshack.us/img35/4359/86261685.png

    Dan ni aku punya blog index kat google
    http://img691.imageshack.us/img691/9697/32350338.png

    Aku rasa aku order dulu daripada bro kan tp apasal erk domain aku x ok2 lagi... yg bro punya dah ok dah...

    Pelik2, kalau bro tahu cmne nak tukar keterangan tu, bgtau ye... kalau tak faham soalan aku, nanti buzz kat YM k....

    INGAT HIJAU INGAT DAUS

    ReplyDelete
  9. yes kitorang memang setuju dengan pendapat ari pasal widget2 tu ;)

    ReplyDelete
  10. #daus..aku pun x tau sbb apa.Sbb aku x ada buat apa2 pun





    #yana...setuju yana...baguss.Blog yana adalah diantara blog org perempuan yg kemas dan laju sewaktu load .Tahniah.

    ReplyDelete
  11. dulu dulu dulu dulu.. aku suka gak letak widget jam, calendar dan lain2 lagi.. supaya blog nampak cantik la.. hehe.. tapi bila dah tau betapa pentingnya readers dalam blog kita.. so kita tak boleh la nak puaskan hati sendiri jer kan.. ala.. mekup sket2 jer dah la blog tu..

    pasal posting tu pun aku setuju.. takyah la letak byk2.. aku sure bape kerat jer yg rajin skrol sampai bwh tu.. kan lebih bagus letak recent posts kat sidebar.. kalau org tu nak baca boleh klik jer kat situ..

    ReplyDelete
  12. betul tu ezany..kita buat blog jgn utk syok sendiri je fikirkan sama visitor yg akan masuk ke blog kita kalau letak mcm2 nanti pening pulak kepala dorang..

    ReplyDelete
  13. waah...walaupun setuju dengan isu 'pemberatan' blog tu..tapi tak dinafikan juga widget2 tersebut sangat kawaaaiiii~~~ (^_^)

    ReplyDelete
  14. actually , terpulang pada tuan punya blog gak..kalo dia rasa bahgia , dengan semua widget2 tue , ok la...mereka2 yang tau ini , hanya cuba menyebarkan maklumat dan membantu...tapi perkataan sampah tue memang ganas sgt la..

    bro , blog ko berat...ko kena check gak nie..

    ReplyDelete
  15. Thanks 4 comment paan lama x nmpk.


    betul tu terpulang kepada tuan punya blog.Pasal sampah aku dh ckp sbb dia kat atas :).Boleh tgk balik kat atas bro.

    blog aku agak berat jgk tp masih ok sbb banyak javascript aku dah test 15sec guna streamyx 384 kbps.Ko pakai line apa?Tgh dlm proses buat template yg lain.

    ReplyDelete
  16. ah ah aku terasa ahahahah! memang perempuan mmg suke berhias2..hihi..naluri ku kejelitaan ku.

    ReplyDelete
  17. blog aku berat?. haa. bnyk dah mndalami ni. hee. blog ko ringan kn. nmpk plugin bnyk pkai jgk. hurm.

    ReplyDelete
  18. cuba test blog aku pulak... berat tak.. ada sammpah tak ariey
    qalish.com

    ReplyDelete

Sila tinggalkan komen ada dibawah ini dan yang berkenaan dengan post sahaja dan semua komen akan ditapis dahulu sebelum ditampilkan.