Sebenarnya blog bloggerfeedurl ini sudah lama aku buat untuk dijadikan sebagai tempat alternatif blogger-blogger menghantar url artikel selepas siap membuat post di blog mereka bertujuaan untuk mendapatkan pengunjung dari url artikel yang ditinggalkan di bloggerfeedurl.Disebabkan ada diantara blogger yang tidak pandai menghormati blogger-blogger lain kerana menghantar artikel yang sama banyak kali dan juga menghantar artikel lama mereka jadi aku telah mengambil keputusan untuk menghentikan service ini.

Tetapi sebagai alternatif lain aku telah menjadikan bloggerfeedurl sebagai blog direktori iaitu dengan mengumpulkan kesemua blogger di suatu tempat iaitu di bloggerfeedurl dengan cara submit blog mereka di bloggerfeedurl.Yang paling menariknya di bloggerfeedurl setiap kali korang update blog korang ia akan diupdate secara automatik di bloggerfeedurl jadi korang tak perlu susah-susah untuk menghantar artikel korang lagi.Dan korang akan dapat pengunjung setelah url post baru korang itu diklik oleh pengunjung.Cuba Lihat Screenshoot Dibawah.


Macam mana menarik kan?..tetapi walau menarik macammana sekalipun jika kurang promosi tidak guna juga.jadi sebagai syarat untuk blog korang berada di bloggerfeedurl korang perlu promosi bloggerfeedurl dengan membuat post di blog korang menceritakan tentang bloggerfeedul kalau ada yang ingin memberikan cadangan membina pun bagus juga.Dan korang juga perlu copy salah satu banner bloggerfeedurl dan letakkan di sidebar blog korang.Tujuan korang copy banner itu hanyalah sebagai satu sokongan kepada bloggerfeedurl.Korang semua boleh start submit blog korang sekarang disini dan sila turuti syarat-syarat yang telah diberikan.Blog korang akan diapprovekan setelah korang patuhi kesemua syarat-syarat yang telah diberikan itu.Terima kasih dan selamat berbelogging.

Post a Comment

Sila tinggalkan komen ada dibawah ini dan yang berkenaan dengan post sahaja dan semua komen akan ditapis dahulu sebelum ditampilkan.