18
IMG_1252 “Dajjal akan muncul dari kerajaan jin di segi tiga bermuda “ beginilah tajuk buku yang akan aku cuba reviewkan kepada anda.Aku membuat review tentang buku ini kerana didalam buku ini terdapat berbagai-bagai pengetahuaan mengenai asal-usul kejadiaan dajjal yang sangat jarang diambil tahu oleh orang ramai pada masa kini walaupun nabi kita Nabi Muhammad S.A.W telahpun memperingatkan kepada kita tentang perihal dajal ini semasa zaman baginda lagi.
      Rasullullah S.A.W bersabda,"Wahai sekalian manusia,sesungguhnya tidak ada fitnah di muka bumi ini sejak Allah menciptakan Nabi Adam dan keturunannya yang lebih dasyat daripada dajjal.Aku adalah nabi terakhir,dan kamu sekalian adalah umat terakhir pula.Dajjal pasti keluar dari tenggah-tengah kamu.Jika ia keluar,sedang aku diantara kamu,maka aku akan mengalahkannya dengan hujjah dan kemampuanku.Jika ia keluar setelah aku tiada maka setiap orang akan menjadi penolong bagi dirinya sendiri untuk mengalahkan musuhnya.Allah adalah pengantiku bagi setiap muslim…”
Buku yang aku ingin review ini adalah karya daripada Muhammad Isa Dawud dan satu lagi karya beliau adalah dialog dengan jin islam.Buku setebal 433 mukasurat yang hanya berharga RM18.00 ini sangat berbaloi untuk anda membelinya kerana banyak maklumat mengenai asal usul dajjal yang tidak pernah terfikir oleh kita selama ini berserta bukti-buktinya sekali.
Didalam buku ini ada menceritakan asal usul dajjal yang dilahirkan sebelum masa kenabian nabi musa a.s lagi.Dajjal yang dikutuk oleh Allah mempunyai umur yang panjang yang ditangguhkan kematiannya (min al-munzharin) oleh Allah S.W.T.Dajjal dilahirkan dari lelaki dan perempuan dari keturunan Yadhuza setelah masa 31tahun perkahwinan maka lahirlah seorang anak yang sangat membahayakan kedua orang tuanya,sebagaimana yang digambarkan oleh Nabi kita Nabi Muhammad S.A.W
“kedua matanya tidur tetapi hatinya tetap terjaga.”
Di awal kelahiran Dajjal telah pun menunjukkan bahawa dia ini akan membawa bencana yang besar kepada manusia.Dia dilahirkan cacat kedua belah matanya dan suka tidur malam dan siang serta jarang untuk bangun untuk menghisap susu sehingga menyebabkan kematiaan ibunya kerana terkena penyakit tertahan air susu.Didalam buku ini juga ada menceritakan yang Dajjal sewaktu kecilnya dipelihara oleh Malaikat Jibril setelah mendapat perintah dari Allah S.W.T kerana Malaikat Jibril mendapat perintah dari Allah S.W.T untuk menghancurkan negeri tempat tinggal Dajjal itu kerana rakyatnya yang suka membuat maksiat dan berbagai-bagai keburukkan lagi dan dajjal ditinggalkan di suatu pulau yang terletak di suatu lautan luas yang disebut laut yaman.Malaikat Jibril selalu membawa makanan kepada Dajjal diatas perintah Allah S.W.T dan Allah S.W.T sangat menyanyangi anak itu,seraya berfirman kepada Malaikat Jibril.
“Hai Jibril,anak itu adalah hambaku,tetapi di akhir zaman ia mengaku sebagai Tuhan yang disembah di muka bumi.Aku mengutus orang yang akan menyeksakannya dengan seksaan yang pedih dan akan membunuhnya pada suatu saat tertentu yang tidak diingkari oleh hambaku.Orang tersebut adalah seorang nabi yang diutus pada suatu masa dan akan menjadi wali,tanpa wahyu pada menjelang akhir zaman.”
Didalam buku ini ini juga ada dicerikan tentang Dajjal dijaga oleh seekor binatang yang sangat besar,berbulu lebat dan mempunyai dua mata menonjol seperti mata lembu dan binatang itu juga boleh berkata-kata.Antara kata-katanya kepada Dajjal.
“Engkau adalah seorang anak yang diselamatkan oleh Allah dari gempa yang dasyat ketika bumi terbalik,yang terjadi di negeri samirah.Engkau dibawa oleh malaikat agung iaitu Jibril.Ia membawamu kesini.Dan ia juga mengurus makan minummu.Oleh kerana itu janganlah engkau mengkhianati janjimu dengan Allah.Sebab pada setiap hati anak adam telah tertanam ketundukkan kepada Allah dan keimanan kepada-Nya selama mana ia masih berada dalam fitrah kesuciannya.Oleh itu.engkau sendiri mesti menjadi muslim dan mukmin yang yakin dan taat kepada Tuahn Pencipta Alam ini.Dialah tuhan yang maha esa.”
Selama Dajjal didalam penjagaan haiwan itu dia telah diajar supaya taatkan Allah dan diajar mengucap dua kalimah syahadah dan berbagai-bagai ilmu lagi.didalam buku ini juga ada menceritakan akan perihal dajjal sewaktu zaman nabi Musa dan dialah juga yang telah menyesatkan kaum nabi Musa semasa Nabi Musa pergi menerima wahyu dari Allah S.W.T.Anda boleh rujuk kisah ini didalam Al-Quraan surah(Toha ayat:83-98).
Sewaktu perjalanan Dajjal dia telah mendapat banyak ilmu pengetahuaan dan dia juga telah memutuskan untuk membuat penopang berbentuk piramid seperti bentuk piramid firaun di Puertorico dan Pulau bermuda.Kalau mengikut akal kita memang logiklah kerana berbagai-bagai kejadian misteri yang berlaku di tiga segi bermuda itu.Dan di dalam buku ini juga menceritakan tentang persahabatan Dajjal dengan Iblis dan juga menceritakan akan kehodohan rupa Iblis itu yang sangat menyeramkan sehingga hampir-hampir sahaja membekukan darah dalam saluran Dajjal.Diantara kata-kata iblis kepada Dajjal.
“Wahai manusia (tanda) kiamat,aku telah menantimu sejak jutaan tahun.Aku telah membuat persiapan untukmu sejak kemunculan Nabi dari Arab ini untuk kita hancurkan umatnya yang menghadang dan merintangi kita.Permusuhan antara kita dan mereka tidak hilang.Entah mereka yang menang atau kita yang menang.Kalau kita menang,kita telah mengalahkan Allah.Kalau kita mengalahkan Allah kita memjadi tuhan bersamanya,yang tidak ada sekutu bagi kita.Itulah saat kita mencipta sebagaimana dia mencipta.Jika tidak katakanlah kepadaku darimana Allah mendatangkan makhluk-makhluk ini dan menciptakannya dari kaf dan nun?Pasti dia belajar dari Tuhan sebelumnya dan dapat memahami rahsia-rahsianya.Kemudian mengkhianati dan menciptakan ini dengan apa yang diketahuinya dari rahsia-rahsia itu.Aku dan engkau dapat mencapai apa yang telah dicapainya hanya dengan memusnahkan umat ini.Allah telah mengampuni Nabi mereka atas dosa-dosanya yang terdahulu dan yang akan datang,memberi mereka malam al-qadar yang lebih baik dari seribu bulan,memberi mereka tempat wukuf di Arafah.Mereka kembali dari Arafah bagaikan dilahirkan kembali oleh ibunya,memberi mereka istigfar (permohonan ampun) dan lalu dia pun menerima ampunan mereka,dan memberi mereka taubat dan menerima taubat mereka selama belum sakarat.Dia telah memuliakan mereka,lantas,megapa kita tidak menguasai dan menghancurkan mereka dengan keinginan nafsu dan cubaan hidup berupa harta,anak,wanita,emas,hukum,kekuasaan,dan kedudukan?Kita kirim kepada mereka para pembantu kita dari kalangan syaitan,jin dan manusia untuk menghancurkan mereka semuanya serta merobek Al-Quraan dalam dada mereka sehingga mereka menjadi muslim dalam nama saja.Kita jadikan orang orang-orang Yahudi,bangsamu itu,sebagai pemenang kepimpinan serta penerima korban dan tebusan sehingga kita mereka menetapkan pajak dan memperoleh apa yang dijanjikan kepada mereka untuk menguasai palestina.Dengan begitu,mereka menjadi penguasa seluruh dunia.Aku menjadi sahabatmu yang tersembunyi dan sekutumu di atas arsy dan kekuasaan.”
Dalam buku ini ada bercerita tentang perihal tentang adanya piring terbang (ufo) berserta bukti-buktinya yang dikatakan sebagai kenderaan dajal.dan tidak mustahillah dajal boleh pergi dari satu tempat ke satu tempat hanya dengan sekelip mata kerana kecepatan piring terbang itu.Dan perlu diakui yang Dajal adalah seorang yang sangat geniues tetapi geniues yang jahat dan dia juga mengetahui akan kelebihan besi dan penulis buku ini mengambarkan yang piring terbang ini diperbuat daripada magnesium murni dan sangat jarang didapati dan penulis juga merasakan ia diperbuat daripada kepingan besi dengan daya magnet dalam tingkat tertentu,atau dari besi magnet sebagai mainan tetapi diberi sentuhan seni yang tinggi.Setelah itu dibuat pesawat yang tidak seorangpun mendahului Dajjal dalam pembuatannya.Walaupun kekufuran dan kesesatannya,ia mengetahui dengan baik “rahsia besar” dalam firman Allah;
“Dan kami ciptakan besi yang padanya terdapat kekuatan yang hebat dan pelbagai manafaat bagi manusia, (supaya mereka mempergunakan besi itu),dan supaya Allah mengetahui siapa yang menolong  agamanya dan rasul-rasulnya padahal Allah tidak dilihatnya.Sesunguhnya Allah Mahakuat lagi Mahaperkasa (surah al-Hadid:ayat25)
Didalam buku ini juga penulis menceritakan tentang simbol Dajjal yang ada terdapat diatas duit 1dollar Amerika.lihat gambar dibawah sebagai contoh.greatsealtetractysgu8
Penulis menyebut menurut pendapat Batt robertson,cahaya mata yang terdapat diatas piramid itu adalah cahaya atau mata tuhan orang mesir kuno (Osiris),dua kata yang tertera dibahagian bawah lambang dengan bahasa Latin itu,yakni ‘Annuit Coeptis’,bermakna “sesungguhnya kepentingan kita sarat dengan pelbagai keberhasilan.Dan kata-kata ‘Novus Ordu Seclorum’, menjelasakan sikap kepentingan mereka yang bermakna “Tata Masyarakat baru”.Sementara itu Pear happies menulis sebuah buku berjudul’Jalan Menuju Dunia Diktaktor Yahudi’.ia menyatakan bahawa dolar amerika adalah murni matawang Zionis Israel.Kerananya tidaklah aneh kalau raja Zionis meletakkan capnya pada matawang  amerika itu.Dengan begitu ia memerintah dunia di bawah slogan “Tata Dunia Baru”.Sebelum itu pada tahun 1884,menteri kehakiman perancis seorang keturunan asli Yahudi,anggota elit kelompok Masuniyyah tingkat ke-33 dan salah seorang tokoh Gerakkan Puak Yahudi sedunia menulis.
“Hari ini telah dekat masanya,ketika Orchalma menjadi rumah sembahyang (bait as-solah).Disini akan berkibar satu-satunya bendera israel,bendera Allah dan akan naik diatas pantai-pantai yang sangat jauh,Tidak mungkin orang Yahudi menjadi teman bagi orang masehi atau kristian atau muslim sebelum memancarkan sinar keimanan dan satu-satunya agama rasional,yang masa kedatangannya kedunia ini telah dekat.Inilah isyarat kehadirannya yang terdapat pada lembaran wang dollar amerika itu.ia memancarkan cahaya pada setiap orang yang membawa wang itu untuk mendapat kesenangan dengan lahirnya ‘Tata Dunia baru’.Yang menandai kembalinya Sang Juruselamat"(Dajal).
Demikianlah serba sedikit penerangan daripada aku tentang Dajjal ini.dan jika ada terdapat sebarang kesilapan didalam tulisan ini itu adalah disebabkab atas kecuian semasa aku menulis.Semoga anda mendapat manafaat dari tulisan aku ini.Dan untuk mengetahui lebih lanjut mengenai cerita ini anda bolehla mencari buku ini kerana aku yakin buku ini akan membuka minda anda apa yang sedang berlaku didalam dunia ini.Dan setelah membaca buku ini juga akan dapat memperkuatkan lagi keimanan kita kepada Allah.Semoga kita semua dijauhi daripada fitnah Dajjal ini.Sekian

Read More
53
blogger malaysia
Tahukah anda? salah satu cara untuk menaikkan page rank blog adalah dengan memberikan komen di blog orang lain.Tetapi di blog yang macam mana?..Mungkin sudah ada dikalangan anda yang sudah mengetahuinya tetapi kepada yang masih kabur dalam hal ini aku akan cuba untuk menjelaskannya secara live lebih terperinci.Apakah dia nofollow dan dofollow?..yang pastinya ia bukanlah iklan follow me yang pernah popular satu ketika dahulu tapi sekarang sudah jauh dimata hilang dihati..ehh!! apa aku merepek ni..

Ok..Aku akan menjelaskan serba sedikit kepada anda apakah dia nofollow dan dofollow dan selepas itu aku akan tunjukkan cara untuk membuat nofollow dan dofollow di blog blogspot dan yang menggunakan wordpress pun boleh baca juga ya jangan berkecil limpa pulak nanti aku cuba-cubalah membuat tutorial untuk wordpress.Untuk pengetahuan anda maksud nofollow adalah setiap link yang anda masukkan apabila anda memberi komen di sesebuah blog tidak akan dilayan sama sekali oleh enjin pencarian seperti pakcik Google dan dalam erti kata yang lebih halus dipanggil no backlink to you.Yang melayan anda hanyalah tuan punya blog tempat anda memberikan komen itu sahaja.

Dan jika blog anda tidak mendapat banyak backlink bagaimana blog anda akan mendapat kenaikan page rank.Jadi untuk menaikkan page rank dan mendapat backlink anda perlulah meninggalkan komen diblog-blog yang dofollow..Apakah dia dofollow?..yang dimaksudkan dengan dofollow pula adalah setiap link yang ditinggalkan hasil daripada komen-komen yang diberikan anda di blog-blog yang  dofollow akan dicari oleh enjin pencarian dan anda akan mendapat backlink daripada blog tersebut.Jika anda selalu memberikan komen di blog yang dofollow maka semakin banyaklah anda akan mendapat backlink dan ini amat baik untuk menaikkan pagerank blog anda.

2936161823_6fb70231c0
pernah tak anda melihat gambar ini di blog-blog yang anda kunjungi.?Aku harap semoga anda tidak tertipu dengan sesetengah blog yang meletakkan gambar ini di blog mereka seolah-olah dengan meninggalkan komen di blog mereka anda akan mendapat backlink daripada blog tersebut.Bagaimana untuk membezakan blog itu nofollow ataupun dofollow?.Aku akan tunjukkan kepada anda bagaimana untuk mengetahuinya.Jika anda menggunakan browser firefox anda hanya perlu pergi kepada nama orang yang meninggalkan komen itu kemudian anda klik kanan dan pilih properties.Jika blog itu nofollow dibahagian relation dia adalah nofollow dan jika blog itu dofollow reletion dia adalah dofollow ataupun kosong.Lihat screenshoot dibawah untuk lebih detail dan terampil.
screenshot.4 blog do followscreenshot.6blog nofollow
screenshot.8  
sekarang aku akan tunjukkan bagaimana cara untuk kita menukarkan blog kita daripada nofollow kepada dofollow.Sila ikuti langkah-langkah untuk membuatnya dibawah.
1.Login ke blogger.
2.pergi ke layout--->edit HTML.
3.Sila berikan tanda didalam kotak expand widget template.
4.Kemudian anda cari kode dibawah ini
<a expr:href='data:comment.authorUrl' rel='nofollow'>
kalau tak jumpa anda boleh cuba guna ayat nofollow kerana setting komen di blogspot adalah secara default.Mesti jumpa jika belum diubah.
5.setelah itu anda tukarkan ayat nofollow itu menjadi dofollow  seperti dibawah ini.
<a expr:href='data:comment.authorUrl' rel='dofollow'>
atau anda boleh delete ayat nofollow itu dan kodenya menjadi seperti ini.pilih salah satu.
<a expr:href='data:comment.authorUrl'>
6.Kemudian savekan template anda.Selesai,
sila jangan kedekut untuk meninggalkan komen anda dibawah kerana blog aku berada dalam wilayah dofollow.Dan maaf artikel ini terlalu panjang kerana disebelah pagi aku mendapat banyak idea untuk menulis berbanding diwaktu malam hehe.

Read More
5
screenshot.8 Pada post aku yang terdahulu aku telah pun menunjukkan cara untuk membuat status online offline Yahoo Messenger sila rujuk disini .Kini aku ingin berkongsi dengan anda cara untuk membuat status online dan offline yahoo messenger di Ymgen.com pula.Image untuk status online dan offline yahoo messenger yang terdapat di Ymgen.Com lebih menarik daripada yang pernah aku tunjukkan kepada anda dahulu dan cara untuk membuatnya juga  lebih senang kerana anda hanya perlu memasukkan id ym anda sahaja didalam generator yang telah disediakan dan kemudian membuat pemilihan status yang anda inginkan.

Di Ymgen.com ada terdapat sebanyak 24 jenis status online offline yahoo messenger yang cun dan boleh anda gunakan sebagai status ym anda.Untuk membuat status online offline yahoo messenger di Ymgen.Com ini anda boleh ikuti langkah-langkah untuk membuatnya dibawah.

1.Pergi ke laman Ymgen.com.
2.Masukkan Id Ym anda di dalam kotak generator.
screenshot.9 3.Kemudian buat pilihan jenis status yang anda inginkan berikan tanda didalam bulatan dibawah status itu.screenshot.104. Setelah itu anda akan mendapat kode untuk status Yahoo messenger anda itu.Sila ambil yang di sebelah atas jika anda ingin meletakkannya didalam blog.
screenshot.115.Anda boleh meletakkan kode status online offline Yahoo messenger anda itu di sidebar blog ataupun dimana sahaja mengikut selera anda..Selamat berYahooooo dari aku.

Read More
16

3329992877_9312a2ac7aAdakah di dalam blog anda ada menggunakan javascript?.Javascript digunakan untuk membuat pelbagai jenis special efek yang mungkin berguna untuk mencantikkan blog kita.Contoh javascript yang aku gunakan didalam blog ini ialah auto readmore dengan thumbnail image.Dengaan adanya javascript ini akan lebih memudahkan kerja kerana tidak memerlukan kita memotong ayat secara manual.Walaubagaimanapun penggunaan Javascript ini juga ada terdapat sedikit kelemahannya seperti akan melambatkan sedikit loading blog jika didalam blog itu terdapat terlalu banyak javascript.Punca terjadinya kelembapan sewaktu proses loading ini adalah kerana menggunakan hosting yang percuma dan hanya mendapat limited bandwitch.Perkara ini mungkin tidak terjadi jika anda mempunyai hosting sendiri.Tetapi aku akan menunjukkan Alternatif cara menggunakan javascript tanpa memerlukan hosting.

Adakah anda tahu yang kita boleh memasukkan javascript itu terus kedalam kode HTML didalam template kita.Dibawah ini adalah cara yang biasa kita gunakan untuk memasukkan javascript dengan menggunakan hosting.

Pergi ke layout—>Edit HTML

<script src='http://URL-JAVASCRIPT-ANDA.js' type='text/javascript'></script>

letakkan sebelum kode </head>

Dibawah ini pula cara untuk memasukkan javascript kedalaman template tanpa menggunakan hosting.

Pergi ke Layout—>Edit HTML

Copy kode dibawah ini

<script type='text/javascript'>
//<![CDATA[
your fulljavascript code here
//]]>
</script>

Dan letakkan juga sebelum kode </head>


Read More
9

BACK TO TOP Cara membuat back to top dengan menggunakan icon  ini aku perolehi semasa aku sedang mencari-cari template yang bersesuaian untuk aku jalankan kerja-kerja menaik taraf template khususnya template untuk blogspot.Tujuan kita membuat back to top ini adalah untuk memudahkan pengunjung di blog kita kembali semula ke halaman diatas tanpa perlu melakukan scroll pada browser.Aku sangat menyarankan kepada sesiapa yang mempunyai artikel yang panjangnya berjela-jela sehingga kadang-kadang sampai 10 post hanya pada satu halaman dan lebih parah lagi tanpa membuat read more!!..Tolonglah..kesianlah kepada pembaca-pembaca setia di blog anda dan janganlah mendera mereka dengan membuat scroll didalam blog anda itu ya.

Dan nasihat daripada aku kalau tak nak buat read more anda boleh setkan hanya 4-5 sahaja artikel anda di muka hadapan kalau artikel terlalu panjang mungkin anda boleh kurangkan lagi.Kadang-kadang kita mungkin tidak perasan benda-benda seperti ini banyak membuatkan orang ramai malas untuk memasuki blog anda.Jika anda meletakkan artikel banyak-banyak di muka hadapan dan ditambah pula jika terdapat video seperti youtube dan juga gambar tentu sahaja akan membuatkan loading blog anda menjadi berat benda ini mungkin tidak menjadi masalah jika pengunjung itu datang dari negara luar negara kerana mungkin internet connection mereka laju tetapi jika pengunjung ke blog anda itu datang dari malaysia tentu timbul masalah kerana internet connection disini terlalu slow untuk membuka keseluruhan blog anda sahaja sudah memakan masa sehingga 5minit kadang-kadang mungkin lebih.Tentu bosan kan.Ini hanyalah sekadar nasihat daripada aku terpulanglah kepada anda untuk mencorakkan blog anda itu ya.Dan sebelum aku lari topik baik aku tunjukkan cara untuk membuat back to top dengan menggunakan icon.Sila ikuti langkah-langkah untuk membuatnya dibawah.

1.Pergi ke layout—>Edit HTMl

2.cari kode ini </b:skin>

3.Kemudian anda copy kode dibawah ini dan pastekan diatas kode </b:skin> tadi.

.gototop{

background:url(http://tinyurl.com/n67r7d) no-repeat 0 0;

width:28px;

height:25px;

display:block;

_display:none;

position:fixed;

z-index:9999;

text-indent:-9999px;

overflow:hidden;

outline:none;

right:0px;

bottom:30px;

}

4.selepas itu anda cari kode ini pula <div id='header-wrapper'> dan copy pastekan kode di bawah ini diatasnya.

<a name='gototop'/>

5.kemudian anda cari kode </body> dan copy paste kan juga kode dibawah ini diatas kode </body> tadi.

<a class='gototop' href='#gototop' title='Go to Top'>top</a>

6.kemudian anda savekan template anda.Selesai dan semoga berjaya.


Read More
21

screenshot.4

Tutorial ini mungkin berguna kepada sesiapa yang menggunakan image sebagai background di blog mereka.Mungkin masih ada lagi dikalangan anda yang tidak mengetahui lagi bagaimana cara untuk membuat image di background blog anda tidak mengikut setiap kali anda scroll blog anda kebawah.Sebenarnya aku tidak berapa suka melihat image di background blog mengikut setiap kali kita scroll blog itu kerana kelihatan tidak begitu menarik tapi itu pada pandangan aku saja mungkin pandangan anda berlainan pula.Aku akan cuba tunjukkan secara ringkas cara untuk membuatnya.Sila ikuti tutorialnya dibawah.

1.Pergi ke layout----->Edit HTMl

2.Anda cari kode ( body ).Ianya kelihatan seperti dibawah ini tetapi mungkin berbeza untuk sesetengah template.

3.Contoh Jika di dalam blog anda kelihatan seperti dibawa ini

Anda hanya perlu tambahkan repeat fixed di hujungnya.Contohnya seperti dibawah.

4.Kemudian anda savekan template anda.Selesai.

P/s: Semoga berguna untuk anda.


Read More
19

My Service:
1.Mencantikkan dan membuat blog menjadi kemas.
2.Design Template gallery dan minisite Untuk Perniagaan guna blogspot.
3.Design Banner
4.Membuat Contact Form.
_________________________________________________________________________________

1.Tentu anda semua menginginkan sebuah blog yang cantik dan kemas.Kerana mempunyai blog yang berserabut tentu akan membuatkan pengunjung di blog anda akan berasa sedikit rimas untuk berada lebih lama didalam blog anda.Untuk menarik pengunjung ke blog anda bukan sahaja perlu mempunyai isi yang bagus tetapi bergantung juga kepada penampilan diblog anda itu.Jika hanya isi blog sahaja yang bagus tetapi blog anda berselerak tentu sahaja akan menyusahkan pengunjung di blog anda.Kini aku akan membuat service mengedit blog kepada sesiapa yang menginginkan blognya kelihatan cantik dan tersusun.Service mengedit blog ini hanya untuk pengguna blogspot dan kepada mereka yang kurang kemahiran untuk menambah fungsi-fungsi dan trik yang sudah aku tunjukkan di dalam blog aku ini.Dengan service yang aku berikan ini akan dapat menjimatkan masa anda dan tak perlu pening kepala kerana sering kali tidak berjaya untuk membuatnya.

2.Kepada Anda yang ingin memulakan perniagaan didalam internet tetapi masih kekurangan modal boleh cuba menggunakan blogspot sebagai permulaan untuk berniaga.Tetapi kebanyakkan template free yang ada sekarang kebanyakkannya tidak sesuai digunakan untuk perniagaan kerana kurang kemas,berat sewaktu loading dan warnanya mungkin tidak bersesuaian dengan kemahuaan anda.Jika menggunakan template yang aku buat anda bebas memilih warna yang anda mahukan beserta dengan support jika terdapat masalah.


3.Salah satu cara untuk menarik pengunjung ke blog kita adalah dengan membuat banner yang cantik yang membuatkan orang berminat untuk klik seterusnya pergi ke blog kita.Kepada anda yang kurang mahir untuk membuatnya aku boleh buatkan dengan cas yang paling minima.

4.Contact form amat penting diletakkan didalam blog kerana memudahkan pengunjung menghantar email kepada kita.Contact form yang dibuat oleh aku ini dicantikkan lagi dengan menggunakan teknik css.


__________________________________________________________________________________
 Jika anda berminat hendak menggunakan Khidmat aku seperti yang aku tuliskan diatas bolehlah hantar email kepada aku di DADU_MERAH@YAHOO.COM.





Read More
8



465 IBADAT puasa wajib dilaksanakan umat Islam dan hukumnya fardu ain. Kefarduan ini ditetapkan dalam al-Quran, sunnah dan kesepakatan (ijmak) ulama atau ilmuan Islam.

“Telah difardukan ke atas kamu berpuasa seperti mana telah difardukan ke atas orang yang terdahulu daripada kamu.” (al-Baqarah:83)

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Didirikan Islam atas lima perkara - antaranya puasa Ramadan.” (Riwayat Bukhari)

Suka atau tidak, umat Islam yang cukup syaratnya dikehendaki berpuasa selama sebulan Ramadan. Apabila berpuasa hendaklah menjaga adab dan batasnya, supaya puasa yang dikerjakan diterima Allah.

Imam Ghazali dalam kitabnya Ihya Ulumiddin menyebut, puasa ada tiga kedudukan, iaitu puasa umum, puasa khusus dan puasa khusus al-khusus.

Puasa umum ialah menahan perut dan kemaluan daripada memenuhi kehendak syahwat, puasa khusus pula ialah menahan pendengaran, penglihatan, lidah, tangan, kaki dan seluruh anggota badan daripada melakukan dosa.

Sementara puasa khusus al-khusus ialah menahan hati daripada keinginan yang buruk dan daripada memikirkan sesuatu selain daripada Allah secara total.

Puasa akan terbatal pada tahap ini lantaran memikirkan perkara selain daripada Allah dan hari akhirat. Demikian juga akan terbatal puasa dengan memikirkan dunia kecuali urusan dunia yang kepentingannya untuk agama kerana itu termasuk bekalan akhirat dan bukan urusan dunia.

Arbab al-Qulub (orang yang prihatin dengan hati mereka) berkata, sesiapa yang pada siang Ramadan tergerak keinginannya mencari apa yang akan dimakan ketika berbuka puasa, ditulis satu kesalahan kerana ia lahir daripada sikap kurang percaya pada pemberian Allah dan kurang yakin terhadap rezeki yang dijanjikan.

Tahap puasa seperti ini ialah tahap nabi, as-siddiqin dan al-muqarrabin. Puasa seperti ini tidak mungkin dapat digambarkan dengan perkataan tetapi boleh direalisasikan dengan amalan.

Menurut Imam al-Ghazali, bagi mencapai tahap puasa al-khusus iaitu puasa orang soleh, perlu menyempurnakan enam perkara iaitu:

1. Menundukkan pandangan dan menahan daripada melihat perkara tercela dan dibenci oleh syariat serta daripada segala perkara yang boleh mengganggu dan melalaikan hati daripada mengingati Allah.

2. Memelihara lidah daripada menuturkan perkataan yang tidak berfaedah seperti gurau senda, mengumpat dan dusta. Hendaklah lebih banyak berdiam diri, banyak berzikir dan membaca al-Quran.

3. Menahan daripada mendengar perkataan yang dibenci oleh syarak. Ini kerana setiap perkataan yang diharamkan dituturkan, haram juga didengar. Justeru, Allah menyamakan pendengaran haram dengan memakan harta haram seperti firman-Nya bermaksud:

“Mereka itu adalah orang yang suka mendengar berita bohong, banyak memakan yang haram.” (al-Maidah:42)

4. Menahan anggota badan daripada melakukan dosa seperti menahan tangan dan kaki daripada perkara yang dilarang dan menahan perut daripada perkara syubhah ketika berbuka. Ini kerana tidak ada makna berpuasa sekiranya pada siang hari menahan daripada makanan halal tetapi berbuka dengan makanan haram.

5. Tidak berlebihan ketika berbuka dengan makanan halal sehingga perut penuh dengan makanan terbabit. Ini kerana tidak ada bekas yang lebih dibenci oleh Allah daripada perut yang penuh dengan makanan halal.

Bagaimana boleh seseorang itu mematahkan keinginan syahwatnya dan menewaskan musuhnya sedangkan apabila berbuka dia seolah-olah hendak mengembalikan semula makanan yang terlepas ketika berpuasa.

6. Hendaklah timbul di dalam hatinya perasaan takut dan pengharapan kepada Allah, kerana dia tidak tahu sama ada puasanya diterima Allah dan termasuk di kalangan orang yang berjaya atau puasanya tidak diterima lalu dia termasuk di kalangan orang celaka.

 

Sumber Dari:Koleksi Emel


Read More
4

gimp-logo2 Tutorial aku pada kali ini aku hendak tunjukan bagaimanakah untuk membuat image yang berbentuk Transparent dengan menggunakan software GIMP.Jika selama ini ada diantara anda yang masih tidak mengetahui cara untuk membuatnya aku harap tutorial aku ini akan dapat membantu menyelesaikan masalah anda itu.Sila ikuti langkah-langkah untuk membuatnya dibawah

1.Aku akan buat gambar ini sebagai contoh:

168115-windows7box_180

2.Kemudian pergi kepada file open image dan ambil image yang anda mahu buat sebagai transparent itu.

screenshot.1 3.Setelah itu pergi kepada layer pilih Transparency dan klik Add alpha Chanel.

screenshot.3 4.Kemudian pergi ke Fuzzy Select Tool

screenshot.4 5.Pergi kepada gambar itu dan klik select kawasan yang anda mahu jadikan sebagai transparent.

screenshot.5 6.Kemudian pergi kepada Edit pilih clear.

screenshot.6 7.Setelah itu pergi ke File save as letakkan nama image anda.Jika image itu adalah berformat jpeg anda perlulah menukarkannya kepada format png ataupun Gif kerana format jpeg tidak support untuk membuat image transparent.

screenshot.7 8.Selesai.semoga berjaya

Sila download dibawah ini jika masih belum memiliki GIMP


Read More
11

1298638-1705758 Perlukah membuat meta tag di dalam blog?.Jika itu adalah soalan yang anda tanyakan kepada aku maka jawapannya ialah ya.Jika anda seorang yang ingin mencari pendapatan didalam internet melalui pengiklanan seperti google Adsense membuat meta tag adalah sangat penting untuk menarik pengunjung2 yang unik ke blog anda.Tetapi jika anda hanya membuat blog hanya sekadar untuk suka-suka mungkin tidak perlulah untuk membuat meta tag ini.Jika anda menggunakan wordpress anda tidak perlu untuk membuat meta tag kerana di wordpress ada terdapat plugin untuk membuat keyword tetapi jika anda menggunakan blogger perlulah untuk anda membuatnya.

Salah satu keyword yang aku buat di dalam blog aku ini telah mendapat tempat teratas sekali didalam enjin carian di Google dan juga Bing.Keyword yang aku gunakan ialah “handfone tutorial”.Anda boleh cuba search di Google.Tetapi keyword itu tidak berapa bagus kerana jarang dicari oleh orang.Jadi sebab itulah blog aku sampai sekarang pun masih belum banyak mendapat pengunjung tetapi sedikit masa lagi aku akan membuat keyword yang agak bersesuain dengan blog dan selalu dicari oleh orang ramai dan diharap keyword yang akan aku gunakan itu akan membuatkan blog ini mendapat pengunjung yang ramai :).Sila ikuti cara untuk membuat Meta Tag dibawah ini.

Ini adalah kode untuk Meta Keyword.

<meta content=’ masukkan keyword anda disini’ name=’keywords’/>

contoh Meta keyword:

<meta content=’tudung,tudung ekin,tudung bawal,ikan bawal ’ name=’keywords’/>

Ini adalah Kode untuk Meta Description

<meta content='Masukkan blog Description anda disini' name='description'/>

Contoh Meta description:

<meta content='Dapatkan berbagai-bagai jenis tudung terbaru seperti tudung ekin dan tudung bawal' name='description'/>

p/s:Sila pastikan keyword dan Description yang anda buat bersesuain dengan isi blog anda.

Cara untuk meletakkan Meta Tag didalam blog.

1.Pergi ke layout—>Edit HTML

2.Cari kode dibawah ini

<title><data:blog.pageTitle/></title>

3.Kemudian letakkan Kode Meta Tag ini dibawah kode yang anda cari tadi.Sila isikan terlebih dahulu keyword dan juga Description anda.

<meta content=’ masukkan keyword anda disini’ name=’keywords’/>

<meta content='Masukkan blog Description anda disini' name='description'/>

4.Kemudian Klik save.Semoga Berjaya.


Read More
11

screenshot.2

Tutorial meletakkan Goggle adsense diawal post ini aku buat khas untuk azizan4444 diatas pertanyaan beliau.Aku fikir mungkin ramai lagi yang belum mengetahui cara untuk membuatnya jadi aku postkan didalam blog supaya anda sama-sama dapat membuatnya. Tujuan meletakkan Google Adsense diawal post ini adalah bertujuan untuk mendapatkan klik daripada pengunjung kerana kedudukan iklan adsense diawal post kelihatan agak strategik dan kemungkinan akan mendapat klik daripada pengunjung.sebenarnya bukan sahaja iklan daripada adsense sahaja yang boleh kita letakkan kerana iklan daripada nuffnang dan advertlets juga boleh diletakkan di awal post ini.Untuk membuatnya sila ikuti caranya dibawah.

1.Copy kode adsense dari akaun adsense anda contoh seperti ini.

<script type="text/javascript"><!--
google_ad_client = "pub-xxxxxxxxxxx";
google_ad_slot = "2875907564";
google_ad_width = 300;
google_ad_height = 250;
//-->
</script>
<script
src="
http://pagead2.googlesyndication.com/pagead/show_ads.js" type="text/javascript">
</script>


2.sila tambahkan kode dibawah ini untuk mengubah kedudukan posisi iklan.Jika mahu letakkan di sebelah kanan hanya tukarkan left kepada right.

<div style='float:left;'>

letakkan kode adsense anda

</div>

 

3.Untuk meletakkan kode adsense diawal post kode adsense itu perlu ditukar terlebih dahulu kerana kode yang diberikan oleh google adsense itu hanya sesuai untuk diletakkan di dalam kawasan luar daripada kode template iaitu di bahagian add a gadget.Kode itu mestilah kelihatan seperti dibawah ini.

kode yang asli setelah ditambah kode untuk mengubah kedudukan posisi iklan

<div style='float:left;'>

<script type="text/javascript"><!--
google_ad_client = "pub-xxxxxxxxxxx";
google_ad_slot = "2875907564";
google_ad_width = 300;
google_ad_height = 250;
//-->
</script>
<script
src="http://pagead2.googlesyndication.com/pagead/show_ads.js" type="text/javascript">
</script>

</div>

 

Kode yang telah diubah

&lt;div style=&#039;float:left;&#039;&gt;

&lt;script type=&quot;text/javascript&quot;&gt;&lt;!--
google_ad_client = &quot;pub-xxxxxxxxxxx&quot;;
google_ad_slot = &quot;2875907564&quot;;
google_ad_width = 300;
google_ad_height = 250;
//--&gt;
&lt;/script&gt;
&lt;script
src=&quot;http://pagead2.googlesyndication.com/pagead/show_ads.js&quot; type=&quot;text/javascript&quot;&gt;
&lt;/script&gt;

&lt;/div&gt;

Adakah anda perlu ubah kode itu satu persatu?..Tidak anda hanya perlu pergi ke sini untuk menukar kode itu dan letakkan kode adsense anda didalm kotak dan klik parse.

screenshot.3 

4.Kemudian anda pergi ke layout—>Edit HTML {berikan tanda didalam kotak Expand Widget Templates.Kemudian cari kode ini.Untuk cari sila tekan Ctr+F jika anda menggunakan firefox.

<div class='post-header-line-1'/>

5. Selepas itu pastekan kode adsense yang telah diparse tadi itu dibawah kode yang dicari tadi.dan klik sava template.

6.Tunggu dalam 10minit barulah iklan adsense itu akan keluar.Selamat mencuba.


Read More
8

asst

Sudahkah anda mengetahui bagaimana cara untuk menggunakan window live writter.Jika anda masih belum mengetahui dan mencubanya aku sarankan supaya anda menggunakannya sekarang kerana di window live writter terdapat banyak kelebihan yang tidak ada di blogger.Sila rujuk di sini untuk mengetahui cara untuk menggunakan window live writter .

Pada kali ini aku hendak menunjukkan bagaimana hendak membuat Ping Blog Secara Auto menggunakan Window Live writter.Tujuan kita membuat ping adalah supaya blog kita cepat dikenali dan mendapat lebih ramai pengunjung.Sila ikuti cara untuk membuat ping blog secara auto menggunakan window live writter.

1.Sila download dahulu window live writter disini jika belum ada.

2.Pergi Ke alatan—>Opsyen.

3.kemudian pergi ke ping pelayan.

screenshot.1

4.Berikan tanda didalam kotak hantar ping ke URL itu.Kemudian anda copy Ping url dibawah ini dan pastekan didalam kotak ping pelayan itu.

 

5.Kemudian anda klik ok.

p/s:dengan menggunakan kaedah ini akan lebih menjimatkan masa anda dan tidak perlu lagi membuat ping blog secara menual.Semoga berjaya.


Read More
2

screenshot.30

Pada post aku yang lalu aku ada mengatakan yang jika kita upload file di Ziddu.Com setiap file yang didownload oleh orang ramai kita akan dibayar sebanyak $0.001. Sila rujuk posting itu disini.Pada kali ini aku ingin mengajak anda untuk menambah pendapatan di Linkbuck.com pula.

Di Linkbuck anda juga akan dibayar sebanyak $0.001.Perbezaan di antara Ziddu dan Linkbuck adalah ziddu akan membayar untuk setiap file yang didownload oleh orang ramai tetapi di Linkbucks anda akan dibayar untuk setiap kali anda menghubungkan orang ramai ke site yang lain.Linkbucks akan membuat pembayaran melalui akaun paypal .Klik sini untuk mendaftar di Paypal.Di bawah ini adalah cara untuk membuat link di Linkbucks.

Katakan jika anda seorang yang suka berkongsi lagu mp3.Yang perlu anda lakukan adalah uploadkan file itu ke tempat menyimpan data seperti box.net.Apabila anda sudah selesai upload sila copy link share lagu anda itu aku ambik link ini sebagai contoh http://www.box.net/shared/6ztfioz53f. Kemudian anda pergi ke Linkbucks.com untuk menukar link url itu.Sila Klik Sini jika anda belum mendaftar dengan Linkbucks.

Kemudian anda pilih create link screenshodt .Selepas itu anda pastekan link url lagu mp3 yang anda upload tadi itu didalam kotak link to convert.Sila pastikan landing page content itu anda pilih clean(all images).

screenshot.33

Kemudian anda klik butang Generate Link.setelah itu anda hanya perlu copy link url yang telah siap diconvert itu dan bolehlah mula share dengan orang ramai.

screenshot.34

sekian.Semoga bertambah pendapatan didalam internet.


Read More
16

stickersAdakah anda mempunyai keinginan untuk memiliki sebuah blog yang mempunyai hosting dan domain anda sendiri  tetapi disebabkan oleh faktor kewangan yang tidak mengizinkan membuatkan niat anda itu tidak tercapai.Mungkin sudah ramai dikalangan anda yang sudah mengetahui bagaimana cara untuk membuat blog dengan hosting dan domain percuma di wordpress tetapi mungkin masih lagi terdapat segelintir daripada anda yang tidak tahu bagaimana cara untuk membuatnya.Sebenarnya untuk membuat blog di wordpress dengan domain dan hosting percuma adalah agak mudah dan tidaklah terlalu sukar walaupun ini adalah baru kali pertama aku cuba membuatnya.

Arieyblog.co.cc/blog ini  adalah contoh blog yang telah berjaya aku buat dengan domain dan hosting yang percuma di wordpress setelah mendapat tunjuk ajar daripada Mr.Piratz tuan punya blog mrpiratz.blogspot.com yang sudi memberi bimbingan kepada aku sehingga jam 3 pagi tanpa berasa jemu hanya semata-mata ingin mengajar aku cara untuk membuatnya.Terima kasih kepada Mr.Piratz atau nama sebenarnya Arif kerana sudi mengajar aku bagaimana nak membuat blog di wordpress dengan hosting dan domain percuma.Jasamu tetap ku kenang sampai bila-bila hehe..

Kini Mr Piratz sudah mengeluarkan ebook  bertajuk memasang wordpress pada hosting dan anda boleh dapatkan ebook itu di blog beliau di mrpiratz.blogspot.com  secara percuma.Dan aku harap  kepada anda yang masih belum tahu cara-cara untuk membuat blog di wordpress dengan hosting dan domain percuma eloklah mendapatkan ebook itu kerana didalam ebook itu ada menunjukkan secara detail beserta screenshot untuk memudahkan lagi untuk anda memahaminya.Dan kepada anda yang mempunyai masalah untuk membuatnya bolehlah bertanya kepada aku dan jika aku mempunyai masa aku akan cuba membantu anda.

Mungkin pada pertama kali anda akan berasa agak sukar untuk menggunakan blog di wordpress kerana ianya agak berbeza dengan cara yang biasa anda gunakan di blogspot tetapi jika anda memberikan sedikit masa anda tentu akan berasa sangat berbaloi jika anda membuat blog di wordpress kerana di wordpress terdapat banyak plugin yang sangat berguna dan kepada anda yang ingin membuat blog untuk perniagaan aku syorkan anda menggunakan wordpress kerana terdapat plugin bernama e-commerce yang digunakan untuk perniagaan dan memudahkan anda untuk membuat penjualan.Anda boleh mencuba membuat blog dengan hosting dan domain percuma dahulu apabila sudah mahir dan mempunyai sumber kewangan yang kukuh bolehla anda membeli hosting dan domain pula.Aku harapkan semoga anda semua berjaya membuat blog di wordpress tetapi blogspot janganlah dilupakan pula ye hehe.


Read More
9

1zx8gw

Puas Hati..itulah yang boleh aku katakan apabila menggunakan pelayar Mozilla Firefox 3.5 special Edition ini.Selain daripada paparannya yang cantik Pelayar Mozilla Firefox 3.5 special Edition ini juga sangat pantas berbanding dari versi yang biasa.Anda tidak perlu menunggu lama untuk membuka Pelayar Firefox yang terbaru ini dan untuk membuka sesuatu halaman juga agak pantas.Pelayar Mozilla Firefox 3.5 special Edition ini dilengkapi dengan 24 extension aktif,2 pasang thema,14 jenis plugin yang telah siap terpasang dan terdapat banyak tweaks.

Sila Lihat Info Tweaks dibawah ini untuk mengetahui dengan lebih lanjut;-

*The piratebay website Tweaked (no more advertisements)
*No waiting time for all megaupload family website and auto CAPTCHA filling and autodownload.
*No more advertisements in windows hotmail. (Enjoy it as a premium user)
*Spelling checker For NEWAGE-OS Chatbox
*Deviantart website tweaked (changed the main theme)
*Warez bb Tweaked ( changed the main theme)
*Youtube website Tweaked (changed the main theme)
*Always centered images
*IMDB website Tweaked (changed the main theme)
*Google page tweaked ( newage-os google and few improvements in the visualization results and google method)
*Link checker (for Rapidshare links and Megaupload)
*Quick preview when mouse over opened tab
*Move between the tabs with your mouse wheel (when mouse on the tabs)
*Automatic Password generator
*New dictionary features (highlite a word that you need to know and right click on it then select "Quick Wiki"
and "quick look in wikipedia" it will open a popup with the definition of that word, Or a faster way is to
highlight the word then holding down Ctrl button and right click. Or use Shift + spacer buttons for another wiki
imput.

Ini adalah contoh Halaman Google yang telah diubah themanya.

screenshot.25

Untuk membuat halaman Google kelihatan seperti ini anda boleh ikuti caranya dibawah.

1.Jika belum ada pelayar Mozilla Firefox 3.5 special Edition ini anda boleh download disini.Dan sila download (notepad ++ ) disini.

2.Kemudian Install pelayar Mozilla Firefox 3.5 special Edition dan Notepad++ itu kedalam komputer.

3.Buka Pelayar Mozilla Firefox itu dan pergi ke Tools—>Add-Ons

screenshot.26

4.Kemudian pergi ke User Styles.Pilih Google Neuropass www.newage-os.org

screenshot.27

5.Klik Edit.Kemudian Copy semua yang ada didalam Google Neuropass www.newage-os.org itu dan pastekan didalam notepad++ txt file.

screenshot.28

6.Kemudian anda tekan CTR+F dan cari Google.Com dan gantikan kepada Google.Ca .”Ca” adalah untuk canada.

screenshot.29

7.Setelah selesai gantikan anda Copy Semua yang ada didalam Notepad itu dan pastekan kembali kedalam Google Neuropass www.newage-os.org itu tadi kemudian save.

8.Selesai.Selamat menggunakan Pelayar Firefox yang pantas dan cantik.


Read More
2

screenshot.20

Adakah anda sudah mengetahui cara untuk membuat text area jika belum tutorial ini akan pasti akan membantu anda.Pada kali ini aku nak tunjukkan cara untuk membuat text area yang cuma boleh dicopy tetapi tidak boleh didelete.Tetapi maksud delete disini bukanlah delete dari dalam blog anda cuma menghilangkan text atau kode2 yang anda letakkan didalam text area tersebut.Dibawah ini adalah contoh text area yang boleh didelete.

Cuba anda delete text didalam text area ini.Tentu bolehkan.

untuk membuat text area seperti diatas ini anda hanya perlu membuat seperti ini :-

<p align="center"><textarea rows="5" cols="40">

letakkan text anda disini

</textarea></p>

Untuk membuat text area yang tidak boleh didelete anda hanya perlu membuat sedikit penambahan.Dan ianya adalah seperti ini:-

<p align="center"><textarea rows="5" cols="40" name="Famous Quotes" readonly="readonly">

letakkan text anda disini

</textarea></p>

Cuba anda delete text didalam text area ini pula.Sudah tentu tidak boleh didelete kan.

Semoga berjaya.


Read More
0

kematian1

Tazkirah Jumaat: Mati, peringatan penting dipinggirkan Muslim

Ustaz Zain Hashim

Dalam satu wasiat Nabi Muhammad s.a.w. kepada Ibnu Umar (Abdullah) r.a. berbunyi: “Anggaplah dirimu di dunia ini sebagai seorang musafir atau pun sebagai pengembara.”

Huraiannya

Hadis ini menganjurkan kepada kita supaya sentiasa mengingatkan mati dan mengurangkan cinta keterlaluan terhadap dunia yang fana ini.

Ibnu Umar pernah berkata: Jika anda masih hidup pada waktu pagi, jangan tunggu hingga ke petang dan jika anda masih hidup pada waktu petang, jangan tunggu hinga ke pagi, sediakan dirimu pada masa hidup untuk bekalan waktu mati, dan pada masa sihat untuk bekalan waktu sakit.

Justeru, wasiat Nabi di atas sentiasa mengingatkan kita betapa kita bagaikan musafir yang sedang berlalu sementara di dunia ini, maka apakah persiapan bekalan yang telah kita buat bagi menghadapi Allah SWT pada hari yang penuh dengan persoalan di padang Mahsyar?

Kita tidak akan hidup kekal dan lama di dunia, oleh itu, jangan sekali-kali kita melakukan kejahatan. Jika kejahatan yang dilakukan boleh menyebabkan kita tidak mati, maka lakukanlah, tetapi kejahatan yang kita buat semasa hidup di dunia, kesemuanya akan ditayangkan semula di hadapan Allah oleh para jururakam di kalangan para Malaikat, walaupun kita telah melupakannya, tetapi Allah sekali-kali tidak demikian.

Mereka yang telah pun meninggal dunia dan mendapat seksa kubur, meraung-raung minta pertolongan daripada orang yang masih hidup, terutamanya ahli keluarga terdekat, apakan daya, kita tidak mendengarnya, maka yang dibawa oleh seseorang dalam alam kubur bersamanya ialah amalannya semasa hidup di dunia satu ketika dahulu, maka fikir-fikirlah…

Manusia hari ini enggan bercakap tentang mati

Ia terjadi kerana manusia pada hari ini tidak berapa mahu meletakkan urusan agama itu lebih penting daripada segala-galanya. Sebagai contoh, terkadang-kadang kita dapat lihat seorang Muslim itu dari agenda hariannya sebagai seorang yang beragama Islam, tetapi tidak berusaha untuk menampilkan diri dengan Islam itu sendiri.

Cuba bayangkan jika kita yang sedang mengalami saat kematian seperti didalam video ini.

Sejak mencelikkan mata bangun daripada tidur, paling tidak menunaikan solat Subuh, itupun bukan dalam keadaan berjemaah, sama ada di masjid, surau ataupun menjadi imam di rumah bersama isteri dan anak-anak.

Kalau pada hujung minggu, lepas solat tidur semula, tidak berapa terikat dengan kuliah subuh, pembacaan al-Quran, membaca zikir Mathurat, kaunseling diri, isteri dan anak-anak, atau apa sahaja yang boleh meningkatkan peristasi iman kepada Allah SWT.

Bangun selepas itu bersarapan pagi, kemudian ke pasar atau berjalan-jalan bersama keluarga ke tempat yang boleh menghilangkan rasa gundah seminggu di pejabat.

Tetapi persoalannya di sini, kenapa elemen-elemen agama tidak termuat dalam diari atau agenda harian hidup seseorang Muslim.

Apakah kita sudah rasa cukup dengan ilmu yang ada di dada mengenai ilmu-ilmu yang boleh mengingatkan kita kepada alam kematian?

Ilmu agama terakhir yang dipelajari mungkin semasa menduduki peperiksaan SPM beberapa tahun lalu di sekolah menengah, kemudian melanjutkan pelajaran di peringkat M.A. atau PhD. Selepas daripada itu, menjawat jawatan mantap dengan gaji yang lumayan, sibuk dengan tugas harian yang akhirnya menjadikan diri teramat sibuk. Kuliah di pejabat pun tidak boleh hadir dan begitulah kuliah-kuliah yang disediakan di surau atau masjid berdekatan di rumah.

Hati menjadi keras

Rasulullah s.a.w. pada penghujung hayatnya, pernah memanggil menantu merangkap sepupu baginda iaitu Sayidina Ali bin Abi Talib. Baginda mewasiatkan kepadanya: Wahai Ali! Jika berlalu di kalangan orang Islam 40 hari (sahaja), mereka tidak hadir dan duduk dalam majlis ilmu (fardu Ain), maka orang itu akan menghadapi dua akibat buruk. Pertama hatinya menjadi keras (sukar untuk menerima petunjuk llah atau segala kebaikan) dan kedua berani pula melakukan dosa-dosa besar.

Insan bernama Muslim hari ini tidak berapa mempedulikan persoalan agama mereka sendiri. Sudahlah tidak mahu jadi orang yang faham agama, melakukan dosa-dosa pula. Si suami membiarkan isteri keluar rumah tanpa berhijab (tudung kepala). Si ayah pula membiarkan anak gadis tidak berhijab dan menampakkan pusat-pusat mereka. Anak lelaki tidak mengnal huruf-huruf al-Quran dan ada yang tidak tahu mandi junub (hadas besar atau mandi wajib).

Kesemua itu adalah implikasi daripada tidak hadir dan duduk dalam majlis-majlis ilmu.

Ada antara para ibu bapa Muslim seronok melihat anak-anak mereka berjaya dalam bidang hiburan, daripada menyertai bidang nyanyian peringkat dewasa hinggalah ke peringkat bakat bintang kecil. Apa yang pasti penampilan anak-anak ini dengan pakaian yang tidak dibenarkan oleh hukum syarak, tetapi semua itu tidak dipedulikan oleh mereka yang bernama Islam.

Seolah-olah Islam tidak boleh dicakap-cakap jika hendak maju dalam pelbagai bidang dalam kehidupan dunia. Tetapi mereka lupa, bahawa Rasulullah s.a.w. ada bersabda maksudnya, Sesiapa yang mahukan kejayaan di dunia, mestilah dengan ilmu (agama), jika dia mahu kejayaan di akhirat juga mestilah dengan ilmu, dan jika mahu kedua-duanya sekali mestilah dengan ilmu.

Apabila ilmu agama tidak menjadi teras dan sandaran dalam kehidupan orang Islam pada zaman ini. Maka mereka sebenarnya telah mengundang pelbagai masalah seperti terlibat dengan rasuah, keruntuhan moral serta harga diri, tidak berakhlak, meninggalkan solat, penagihan dadah, mentadbir negara bukan dengan hukum Allah, dan semua masalah itu tidak akan dapat diselesaikan kecuali menerima penyelesaiannya daripada Allah juga, iaitu pelaksanaan hukum-hukum Islam dan Sunnah (hadis) Nabi Muhammad s.a.w.

Tanpa pelaksanaan hukum-hukum Islam itu menandakan bahawa manusia menolak Allah yang telah menawarkan yang terbaik buat diri, keluarga, masyarakat dan negara mereka.

Mereka tidak akan bercakap mengenai mati, bekalan untuk hari akhirat, persoalan alam kubur apatah lagi mengenai nasib di penghujung hayat, sama ada boleh mengucap dua kalimat syahadah atau pun tidak, semua ini tidak ada dalam kamus kehidupan manusia hari ini, kerana mereka sudah semakin jauh daripada Allah walaupun mereka dilahirkan sebagai seorang muslim.

Penyelesaian masalah

Justeru bagi menyelamatkan diri selagi terdaya untuk dilakukan, maka renungilah empat perkara di bawah ini seperti yang pernah diperingatkan oleh Imam Al-Ghazali:

Pertama: Berurusanlah dengan Allah sepertimana kamu suka orang bawahanmu berurusan denganmu dengan cara yang terbaik.

Kedua: Setiap kali kamu bekerja dengan orang lain, perbuatlah sepertimana kamu mahu diperbuat ke atas diri kamu. Kerana tidak sempurna iman seseorang selagi mana dia tidak suka orang lain memperolehi sesuatu yang dia sendiri menyukainya.

Ketiga: Jika kamu mahu mempelajari sesuatu, pilihlah untuk mempelajari ilmu yang dapat memperbaiki hati dan memperbaiki jiwa dan sanubarimu.

Sekiranya kalau kamu tahu umurmu hanya tinggal seminggu sahaja lagi, sudah pasti kamu tidak akan memilih untuk mempelajari ilmu fiqh, tahudid, sirah, akidah dan sebagainya.

Dan mungkin juga kamu akan mengawasi hatimu dan berusaha melepaskannya dari belenggu dunia.

Kamu akan memperbaiki akhlakmu dan sibuk untuk beribadat kepada Allah SWT (selaku Penciptanmu) setiap saat.

Justeru, kamu mestilah sentiasa berakhlak mulia, kerana sesungguhnya kematian itu akan datang pada bila-bila masa sahaja.

Begitulah cuba kamu bayangkan, jika seorang pemimpin negara akan datang menziarahimu, sudah tentu kamu akan lakukan persiapan yang mantap, menghias rumah, memperbaiki mana-mana yang tidak betul dan bermacam-macam lagi.

Keempat: Janganlah mengumpul harta dunia lebih daripada keperluanmu untuk satu tahun.

Rasulullah s.a.w. sendiri menyediakan bekalan yang sebanyak itu sahaja untuk isteri-isteri baginda yang lebih kukuh imannya hanya dengan disediakan bekalan untuk sehari setengah sahaja. Bagi orang yang suka mengumpul harta hingga tidak sempat untuk menjenguk rumah Allah tujuan untuk beribadat kepada-Nya, maka orang itu akan disibukkan Allah SWT.

Renung-renungkanlah wahai saudara-saudaraku sekalian!

dipetik dari:Koleksi emel


Read More