2









Hari ni aku nak menceritakan tentang award yang aku dapat dari kawan-kawan blogger.semalam aku telah diberikan award bukan sahaja satu tetapi 3 sekaligus kalau macam ni nabil pun dengki dengan aku nanti.Kepada Bulan,adysham dan kembara terima kasih kerana telah memberikan aku award korang memang bestlah .Sorrylah sebab aku lambat buat entry pasal award ni yer.Di bawah ni adalah award yang aku telah dapat dari mereka aku telah packagekan ketiga-tiganya sekali dalam satu entry ni supaya tangan aku tak letih sangat nak menaip hehe.

Award pertama aku dapat adalah dari cik bulan yang telah memberikan cahayanya menyinari blog aku yang agak malap ini.Untuk pengetahuaan cik bulan aku ni memang pengemas orangnya dan lepas ni kalau nak tahu cara nak edit blog tak payah susah-susah cari biar aku jer yang sediakan semuanya untuk kamu cik bulan yer.Dan untuk pengetahuaan cik bulan juga aku suka sangat gambar anak saudara kamu yang cute tu.Anak saudara ker anak cakap betul-betul jangan tipu ar.Anda boleh lawati blog cik bulan kita ni disini.

awardNi adalah Award aku yang kedua dari Adysham walaupun aku tak dapat menjadi pengunjung ke blog beliau yang ke 10000 dan sekaligus meranapkan impian aku untuk memenagi hadiah yang akan diberikan oleh beliau tetapi tak megapalah kerana aku telah diberikan Award ini oleh beliau award ni diberikan nama award pengunjung setia walaupun aku baru jer 2-3 kali masuk blog dia.Memang baik hati betul adysham ini takpe lepas ni aku akan kerap masuk blog kau ok.Award ni bukan untuk ambik hati aku jer kan Adysham?..Anda boleh lawati blog Adisyam disini

PengunjungSetiaAward Dan ini adalah Award yang terakhir aku dapat semalam.Award ini dari saudara kembara.Terima kasih aku ucapkan kepada saudara kembara wlaupun aku baru jer follow blog beliau.Untuk pengetahuaan saudara kembara aku suka sangat blog saudara kerana banyak menceritakan tentang Islam dan mungkin sedikit sebanyak dapat menambahkan lagi ilmu pengetahuaan dan memantapkan lagi diri aku ini tentang islam yang aku sayangi ini.Anda boleh lawati blog saudara kembara disini

award_3

P/s:Terima Kasih kepada semua dan aku harapkan semoga kalian dapat memberikan aku lagi Award di masa akan Datang.Budak ni gile Award


Read More
10

Hari ini aku nak bagi award kepada 20 orang kawan-kawan yang telah sudi mengfollowkan diri kamu di blog aku ini.Aku harap korang dapat menerima awards dari aku ni jika tidak kecil limpa aku nanti.Award aku ini sangat tinggi nilainya kerana aku yang membuatnya sendiri jadi jika korang takde duit korang bolehlah gadaikan award aku ini kepada adik @ anak saudara korang dengan meminta pinjam duit Raya mereka yang mungkin tersimpan di dalam tabung @ di bawah tilam tidur mereka.Dan tiada syarat yang aku tetapkan untuk anda mengambil Awards dari aku ini korang boleh copy link address yang aku letakkan didalam kotak itu atau boleh save as gambar ni untuk korang edit semula bersesuaian dengan sidebar korang.Award aku ini ditaja oleh syarikat-syarikat besar seperti yang boleh korang lihat di bawah..(mana nak dapat penaja mcm ni wehh).Akhir kata supportlah blog aku supaya blog aku tidak berkubur dan ditinggalkan tidak bertuan.Terima kasih kerana sudi follow aku dan Majulah blog aku bersama blog kalian.




Read More
4

Table Of Contents Hari ini aku ingin tunjukkan cara untuk membuat Show all post ataupun lebih dikenali sebagai Table Of contents.Aku membuat Tutorial cara untuk membuat show all post ini adalah kerana ingin memenuhi permintaan en.Martin yang bertanyakan kepada aku cara untuk melakukannya.Mungkin agak sukar untuk aku menerangkan kepada beliau kerana kurangnya penguasaan aku didalam bahasa Inggeris.Bukan kerana cikgu aku dulu tak pandai tapi adalah kerana kemalasan aku sendiri untuk mempelajarinya dulu Big Grin.Tapi tak apalah aku akan cuba untuk mempelajarinya sedikit demi sedikit kerana aku yakin amat penting untuk kita menguasai bahasa Inggeris untuk berinteraksi dialam alam siber ini.Dan aku sarankan kepada rakan-rakan blogger yang fasih berbahasa inggeris bolehlah buat blog belajar bahasa inggeris untuk orang yang sememangnya lemah seperti aku ini.Ok kita teruskan kepada tajuk kita yang asal.Tutorial
untuk membuat Show all post ini aku dapati di dua blog kegemaran aku walaupun kadang-kadang aku tak berapa faham bahasa mereka.Tetapi alhamdulilah berjaya juga membuat Tutorial.Banyak ilmu yang aku dapati dari blog mereka dan aku ucapkan terima kasih kepada mereka kerana tidak kedekut ilmu untuk berkongsi dengan semua walaupun aku hanya menjadi silent reader di blog mereka.Dan dalam masa yang singkat aku sudah berjaya mengedit template mengikut kemahuan aku walaupun belum berjaya membuat template aku sendiri tetapi mungkin sedikit masa lagi aku akan berjaya melakukannya.
Bloag itu adalah blog kepunyaan Saudara kang Rohman dan Saudara O-om.Anda boleh lawati blog mereka untuk mempelajari lebih banyak Tutorial untuk blogger di blog mereka.

Apa gunanya Show all post @ Table Of contents.

Show all post ini dibuat adalah untuk memaparkan keseluruhan Tajuk artikel kita bermula dari artikel yang pertama sehinggalah kepada yang terbaru,Jadi dengan adanya show all post ini tentu akan menyenangkan lagi visitor di blog kita untuk mencari apa yang mereka mahukan,Contoh Show All Post Jika anda berminat untuk mencuba membuatnya anda boleh ikuti tutorialnya seperti di bawah.Sebelum membuat show all post ini anda backup dahulu template anda untuk tujuan keselamatan.

Langkah pertama

1.Anda login ke blog anda.

2.Pergi ke layout---> Edit Html.

screenshotd

3.Berikan tanda centeng di dalam kotak expand Widget template.

screenshotfs

4.Pergi kepada template kode dan cari kode ini di bawah ini.Tekan CTR+F untuk cari.

<b:include data='post' name='post'/>

5.Delete kode diatas dan gantikan dengan kode dibawah.

<b:if cond='data:blog.homepageUrl !=
data:blog.url'>
<b:if cond='data:blog.pageType != "item"'>
<a expr:href='data:post.url'>
<div style="padding:6px 0 6px 5px;border-right:1px solid #ccc;border-bottom:1px solid #ccc;margin-bottom:2px;background:#EAE9E9;color:#406A0E;">
<data:post.title/></div></a>
<b:else/>
<b:include data='post' name='post'/>
</b:if>
<b:else/>
<b:include data='post' name='post'/>
</b:if>

6.Kemudian savekan template anda.

Langkah kedua.

1.Anda pergi ke layout--->page element.

screenshots

2.Klik kepada Add A Gadget-->Pilih Html/Javascript.

screenshotf

3.Kemudian anda copy kode dibawah ini dan pastekan didalam ruangan HTML/Javasript itu.

<a href="http://Namabloganda.blogspot.com/search?max-results=200">Show all post &raquo;&raquo;</a>

Yang ditandakan berwarna merah anda perlu tukarkan kepada nama blog anda dan no 200 adalah jumlah
yang anda mahu paparkan.Jika anda mempunyai artikel lebih dari 200 anda boleh letakkan 300 ataupun lebih.

4.Siap.dan sedia dihidangkan kepada Visitor anda.

To Mr.Martin sorry b'cos not give this tutorial with english version b'cos my english language very bad,but don't worry i can explain to you letter.


Read More
8

glasses Sya'ir Munajat yang ditulis pada 09 Disember 2006, dua minggu sebelum berangkat ke Mekah

Memang terdapat ayat al-Qur'an[26] dan hadis Nabi s.a.w, supaya kita berwasiat sebelum meninggal dunia, namun tidak semua orang dapat melaksanakannya. Orang-orang sufi sangat memandang penting perkara wasiat ini. Atas alasan itu, Allahyarham TG yang termasuk salah seorang daripada Guru dan Khalifah bagi Tareqat Mujaddidiyah as-Sammaniyah an-Naqsyabandiyah (๏ปƒ๏บฎ๏ปณ๏ป˜๏ปช ุง๏ปŸ๏ปค๏บ ๏บชุฏ๏ปณ๏ปช ุง๏ปŸ๏บด๏ปค๏บŽ๏ปง๏ปณ๏ปช ุง๏ปŸ๏ปจ๏ป˜๏บธ๏บ’๏ปจ๏บช๏ปณ๏ปช), ada meninggalkan beberapa wasiat/nasihat sebelum berangkat ke tanah suci Mekah (ู…ูƒุฉ ุงู„ู…ูƒุฑู…ุฉ) untuk menunaikan fardhu haji. Walaupun kata-kata nasihat/wasiat tersebut lebih tertumpu kepada anak-anak, ahli keluarga serta anak murid untuk menjadi pedoman, tetapi ia dilihat sangat relevan dan berguna untuk dikongsikan bersama dengan seluruh umat Islam. Di antaranya:

Jangan tinggal solat. Kerana solat adalah tiang agama, ibarat rumah yang tiada tiang pasti rumah tidak dapat dibangunkan. Islam terbangun dalam diri, masyarakat dan negara adalah dengan terdirinya solat di setiap kalangan penganutnya. Selagi ia diabaikan pasti Islam sukar membangun atau dibangunkan. Solat juga jalan bagi segala orang yang mutaqin dan menyejukkan mata hati bagi Rasulullah s.a.w dalam mensyahadahkan tuhannya. Sembahyang berjamaah di masjid atau surau adalah yang paling afdhal untuk mendapatkan lebih darjat dan juga meningkat ukhuwah Islamiah sesama kita.

Sering-seringlah menziarah kubur ibu. Menziarah kubur mengingatkan kita kepada mati yang semakin hari semakin menghampiri. Perbanyakkanlah mengigati mati, kerana yang demikian itu akan mengurangkan seseorang itu melakukan dosa dan menjadikannya berzuhud dalam urusuan dunia. Sepintar-pintar manusia ialah orang yang mengingati mati dan sentiasa bersedia menghadapinya. Mereka itulah orang-orang yang bijaksana. Dengan selalu mengingati mati juga, kita akan lebih termotivasi untuk melakukan amal ibadat dan kebajikan buat bekalan akhirat. Beramal seolah-olah kita hendak mati hari esok, dan berkerjalah seolah-olah kita akan hidup hingga 1000 tahun lagi. Oleh itu beramal hendaklah kita segerakan berbanding mengejar kehidupan di dunia.

Jangan bertelagah sesama sendiri soal harta. Harta dunia tidak memberi apa-apa manafaat kehidupan akhirat melainkan yang dibelanjakan ke arah yang diredhai Allah Ta'ala, berjihad dengan harta dan wang ringgit ke jalan Allah Ta'ala adalah tukaran jual beli yang paling tinggi nilaiannya di sisi Allah Ta'ala.

Harta pusaka hendaklah dibahagikan mengikut hukum faraid. Ilmu tentang Hukum faraid adalah ilmu yang paling awal diangkat atau dicabut oleh Allah Ta'ala dari muka bumi, maka dengan itu berusahalah sedaya upaya mempertahankannya dalam diri dan keluarga dan keturunan generasi kita akan datang supaya ia kekal hingga hari akhirat.

Harta yang telah dihebahkan (hadiah), diwaqafkan tidak perlu dipersoalkan. Tiada apa yang hendak dikejar atas muka dunia ini. Bekalan hari akhirat adalah yang paling penting. Sebagai penyambung amalan agar berterusan walaupun kita sudah mati adalah melalui 3 perkara. Salah satu daripadanya adalah meninggalkan harta waqaf termasuk dalam harta yang disedekahkan.

Jangan abaikan pendidikan keluarga. Pendidikan adalah penting untuk mendapat ilmu, tuntutan ilmu adalah amal. Orang yang berilmu tidak beramal ibarat pohon yang tidak berbuah dan lebih dahulu di siksa oleh Allah Ta'la berbanding orang lain. Orang yang beramal tapi tidak berilmu itu pula akan menjadi sia-sia sahaja. Tidaklah sama darjat antara orang yang berilmu dan tidak berilmu dengan beberapa darjat yang tinggi. Orang berilmu akan diangkat tinggi, berhati lemah lembut dan akan ditunaikan segala hajatnya oleh Allah Ta'ala.

Tuntutlah ilmu selagi terdaya. Menuntut ilmu adalah wajib bagi setiap muslim. Pepatah ada menyebutkan dari buaian hingga ke liang lahat from cradle to grave. Berusahalah untuk menuntut ilmu agama, ia menuntut kepada pengorbanan masa, tenaga dan wang ringgit. "Siapa yang dikehendaki baik oleh Allah Ta'ala, maka Allah akan meluaskan pengetahuannya dalam hukum-hukum agama dan diilhamkan-Nya petunjuk di dalamnya..yufaqqihu-fid-din" (๏ปณ๏ป”๏ป˜๏ปฌ๏ปช ๏ป“๏ปฒ ุง๏ปŸ๏บฉ๏ปณ๏ปฆ).

Utamakan hubungan kekeluargaan dari yang lain. Jika hendak membantu, bantulah ahli keluarga sendiri dahulu, itu yang lebih afdal dari pada membantu orang lain. Hatta jika hendak memberi zakat lebih afdal kepada ahli keluarga yang layak dahulu. Ia pasti dapat menjalinkan hubungan silahturahim yang lebih akrab.

Wasiat yang dilafazkan pada malam 19hb Disember 2006 itu; ternyata telah memberi kesan yang amat mendalam kepada setiap yang hadir. Lenggok bahasa dan cara penyampaian memang agak lain dari pada biasa. Bagi yang mempunyai mata hati yang terang pasti dapat menangkap; itulah kata-kata wasiat terakhir seorang yang bakal pergi jauh menemui tuhan yang maha pencipta.


Read More
3

Salam semua..hari ini ariey nak menceritakan tentang award yang ariey dapat dari pemilik blog http://daus.via.my/ yang bernama daus.Ini adalah award pertama yang ariey dapat sepanjang 2 bulan ariey belajar blogging ini.Terima kasih kepada daus kerana sudi memberikan ariey award ini,walaupun sebenarnya ariey pun tidak mengetahui kenapa beliau mahu memberikan award ini kepada ariey.Tapi maaflah kerana ariey tak tahu nak kongsi award ni dengan saper sebab ariey baru start blogging jadi ariey tak mempunyai lagi kawan dari alam maya ni ikshh.ikshh sedihla plak:puppyeyes:
.Walaupun award ni tidak mempunyai nilai jika di bandingkan dengan wang ringgit tetapi jika dinilai dari segi persahabatan ia amat bermakna sekali.Sekurang-kurangnya ada jugak orang yang nak pandang blog aku ni..tetapi daus kenapa kau tak follow blog aku pun kecewa jugakla aku rasa aku nasihatkan kau supaya cepat follow blog aku ni sebab aku pun nak bagi award kepada 20 orang follower aku yang terawal.Award aku sangat mahal sebab banyak ditaja oleh syarikat-syarikat besar rugi kalau tak dapat..kalau nak cepat-cepatla follow.cuma tinggal lagi 3 tempat kosong hehe.

Read More
4

avatar2 Hari ni aku nak kongsi sticker untuk diletakkan di blog anda,sticker ini mungkin lebih sesuai jika diletakkan di bahagian sidebar tetapi sebab blog itu blog anda jadi ikut suka hati andalah nak letak dekat mana pun aku cuma bagi cadangan je.Tujuan aku nak bagi sticker ni bukan apa aku tengok sticker ni cantik dan ayat-ayat dia pun bagus-bagus.Jadi sayanglah kalau aku tak share dengan anda.Sebenarnya ini bukan sticker tetapi adalah avatar yang telah dibuat oleh styleislam kalau anda nak download avatar ni boleh download di sini avatar ini diberikan percuma oleh itu kita doakan agar orang yang membuat avatar ni di berikan ganjaran pahala oleh Allah kerana telah membuat sesuatu yang bermanafaat macam ni.Jadi aku harap anda pakailah sticker ini untuk diletakkan di blog masing masing kalau tak nak tak payah aku tak paksa.Laman web avatar ni aku jumpa semasa tengah melepak dekat negaraku tuan punya http://zariel.net yang post.Terima kasih kepada beliau.Untuk letakkan di blog anda hanya copy didalam text area tu dan pastekan di HTML-Javascript.

alakhira

almedinah


alqiyamah


ambientmosque


droplove


dua


dunya


espana_islamica


gaza


gohalal


hijab


ilovemyprophet


jannah


jesusmuhammad


journey2almighty


juma


keepsmiling


makecaynotwar


mecca


mecca_


mini_muslim


muslimbynature


muslimehelfen

ottoman


ramadan

readquran


salahgetconnected


salahtogether



salam



salam_bubble


shaytan


stopwars

styleislam

sunnah


terrorism


ummah




Read More