0







Youtube...sebut saja nama Youtube tentu sahaja ramai orang yang sudah mengetahuinya.Youtube adalah tempat perkongsiaan video berbentuk flash yang paling famous buat masa sekarang.Jadi tidak mustahil kalau dalam sehari mungkin beratus ribu ataupun berjuta orang yang memasuki laman Youtube untuk menonton video kesukaan mereka. Di Youtube kita bukan saja boleh menonton video tetapi dalam masa yang sama kita juga boleh membuat bisnes..bisnes apa?kalau nak tahu bisnes apa boleh ketahui dari kak lisa


. Tetapi aku bukan nak cerita pasal buat bisnes hari ini tetapi nak cerita macammana kita nak download video daripada Youtube.. Sebab apa nak download? Antara sebabnya ialah untuk dijadikan koleksi video kegemaran kita.Antara sebab yang lain adalah mungkin merasa boring untuk tengok video di youtube sebab selalu sangkut-sangkut,macam yang selalu aku kena..ialah pakai streamyx broadband pakej Rm60 memanglah macam tu..slow giler.Jadi kalau dah download kita boleh tengok dalam komputer ataupun masukkan kedalam handfone.Jadi tidaklah sangkut-sangkut lagi.Ok.. untuk download video dari youtube kita boleh pakai software video downloader.Mungkin masih banyak lagi software2 lain yang boleh download video dari Youtube tetapi buat masa sekarang aku suka pakai software ini sebab cara nak pakai dia semudah ABC (mcm ayat yang pakar MLM selalu pakai je ni hehehe).Ok..kalau rasa berminat boleh tgk caranya dibawah.



1-mula2 anda kena download dulu software ini dari laman web pembangunnya di sini software ini free tak perlu bayar.saiz failnya hanya kira-kira2.72MB dan serasi digunakan untuk pelbagai versi windows termasuk Xp.




2-pilih salah satu untuk didownload

3-Copy dan paste url dia




4-Pilih format apa yang anda hendak aku selalu pakai Avi je.


5-Lihat video sedang di download




6-Sekarang sudah siap..




semoga tutorial ini dapat membantu dan memudahkan anda untuk download video dari Youtube..


Read More
0







Pernahkah benda ini terjadi kepada anda apabila anda cuba untuk install Theme telefon atau fail .sis yang lain kedalam telefon anda khususnya Nokia.Aku membuat post bertajuk ini kerana aku pernah mengalami benda ini apabila aku cuba untuk install theme yang sgt aku suka kedalam handset aku..Tetapi apabila aku cuba install perkataan ini akan keluar "CERTIFICATE ERROR"
ataupun kadang-kadang dia akan keluar perkataan ini "EXPIRED CERTIFICATE".
Walaupun sudah 2-3 kali aku cuba install perkara yang sama akan berlaku.Sudah tentu aku berasa bangang eh bengang,kalau benda yang kita sukai dan ingin dimasukkan kedalam telefon tetapi tidak boleh.Untuk menyelesaikan masalah ini aku telah bertanya kepada pakcik jiran aku yang bernama pakcik Googel dan atas petunjuk yang diberikan oleh pakcik google aku telah jumpa
satu forum mat salleh(rasanyalah)..sbb aku pun dh tak ingat lagi add dia..Ok dibawah ini aku akan tunjukkan cara-cara untuk menyelesaikan masalah ini..

-Certificated Error
pergi ke "App Mgr" tekan option
pilih setting pastikan software Installation setkan kepada "All" dan Online Certificate check setkan kepada Off.

-Expired Certificated
anda perlu setkan semula tarikh telefon anda kembali kepada 1 tahun kebelakang macam back to the future la plak...

jika set semula tarikh kembali kepada i tahun tidak membantu anda check semula tarikh bila thema atau sis file itu diupload,dan cuba setkan tarikh di telefon sama dengan masa itu.Jika tidak berjaya juga and perlu hack telefon anda..Jika telefon sudah di hack bermakna telefon anda tidak akan mengalami masalah certificate error lagi..Ataupun anda boleh ikut jalan yang terakhir iatu format handset seperti yang telah aku tujukkan dalam post yang
lepas.



Read More
2
Sangat penting untuk anda membaca ini sebelum anda meneruskan dengan format,anda perlu caskan telefon anda sehingga penuh atau sekurang-kurangnya separuh penuh bagi membolehkan satu format berjaya.Pertama anda mungkin kena membuat satu simpanan untuk semua penanda buku penting anda, kalendar, nota-nota dan no telefon, untuk membuat simpanan anda pergi ke pengurus fail pergi ke c:/ sistem / penemuan data bookmarks.db untuk penanda buku, kalendar untuk kalendar, notepad.dat untuk nota, dan Contacts.cdb untuk menghubungi.cara lain anda boleh menggunakan nokia pc suiteuntuk menyalin data anda ke dalam pc dan untuk keselamatan remove Memori kad anda daripada telefon..
Sebab apa kita perlu format handfone kita,
1.Sebab handfone kita telah dijangkiti Virus yang menyakitkan hati seperti Virus jenis Caribe.
2.Telefon sudah lembab
3.Selalu keluar Erroe massage.
4.Yang paling penting jimat duit anda kerana jika anda hantar ke kedai sudah tentu anda
di cas sebanyak RM30-Rm50 untuk buat benda yang senang ni..Selalu kena Tipu Loo..


ok untuk Normal reset #7780#
akan Mengembalikan semula fail ini daripada rom dan hanya akan menghilangkan data pengguna seperti (gambar-gambar,
3rd party apps etc)

Untuk Deep Reset #7370#
reformats drive C: akan menghilangkan semua data anda di dalam drive c seperti kalendar, nota-nota dan no telefon,dan akan mengembalikan
telefon anda pada keadaan yang asal seperti baru belilah..
cara lain untuk format handset anda adalah dengan pergi ke Menu -> Tools -> Settings -> Phone -> General ->dan pergi ke orig. phone settings dan bila
anda pilih ini dia akan bertanyakan anda lock kod..kod tetap untuk nokia ialah 12345.

#7370# adalah sangat bagus untuk menghilangkan virus jenis Caribe yang menyakitkan hati daripada telefon anda.

jika anda menggunakan #7780# dan #7370# anda tidak perlu mematikan telefon,anda hanya perlu taipkan sahaja kod itu dan handfone
anda akan meminta untuk restart anda pilih "Yes" telefon akan restart semula dalam ,masa 2-3 minit apabila Format telah siap.

Salah satu lagi cara untuk format s60 anda adalah dengan menekan ->butang hijau(dail)+Star(*)+Butang No 3

Lihat gambar dibawah



P/S:Kaedah ini 100% bejaya aku lakukan keatas telefon milik aku.Jangan format handset anda jika anda tidak berasa yakin dengan cara yang aku berikan sila dapatkan nasihat pakar,
Pemilik Arieysblog.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab jika berlaku kerosakkan kepada telefon anda setelah mengikut
cara yang diberikan ini.DO AT YOUR OWN RISK..:)

Read More
0








Ada seorang kawan yang bertanyakan kepada aku mcm mana nak buat background didalam pendrive kerana dia pernah terlihat ada orang yang buat begitu,dan dia mahu jadikan gambar awek dia sebagai background..Sayang betul mamat ni dkt awek dia..
ok..untuk membuat background di dalam pendrive ini ada dua cara yang aku tahulah
1.pakai software
2.buat trik seperti dibawah
tapi kalau pakai software kurangla mencabar sikit dan kita pun tak dapat ilmu..so kalau berminat ikut langkah-langkah seperti di bawah ini.


Sebelum

1.Copy gambar yang anda hendak jadikan sebagai background itu dan letakkan didalam pendrive/harddisk

contoh seperti gambar di bawah ini:


2.Buka notepad,dan taip seperti di bawah ini

[.ShellClassInfo]
IconFile=%SystemRoot%\system32\SHELL32.dll
IconIndex=158

[ExtShellFolderViews]
{BE098140-A513-11D0-A3A4-00C04FD706EC}={BE098140-A513-11D0-A3A4-00C04FD706EC}

[{BE098140-A513-11D0-A3A4-00C04FD706EC}]
IconArea_Image=paper.jpg
IconArea_Text=0x00000000




3.Gantikan paper.jpg dengan nama gambar yang anda mahu jadikan sebagai background

4.Jika anda mahu menukar warna font anda boleh tukar di text yang aku tandakan dengan warna merah..kod untuk warna font seperti ini

Text font color,

0x00000000 = black

0x00FF0000 = blue

0x0000FF00 = green

0x000000FF = red

0x00C000C0 = purple


5.Savekan file ini kedalam pendrive/harddisk dgn nama "desktop.ini"

6.Kemudian Refresh dalam pendrive itu 2 3 kali.



jeng...jeng lihat hasilnya.

Read More
0


Gambar Digital..sebut sahaja tentu sudah ramai yang memilikinyaPenggunaan gambar Digital yang adalah lebih meluas berbanding filem..Ini tidak menghairankan kerana harga kamera digital yang semakin murah dan mampu milik.Peningkatan penggunaan gambar atau foto Digital juga memungkinkan lebih banyak perisian suntingan foto dihasilkan.


Ia adalah untuk memberi nafas baru kepada fotoanda yang kadang kala kurang menarik dan sudah tentu membosankan anda..Bagi mereka yang tidak memiliki atau tidak pandai menggunakan perisian suntingan foto janganberasa susah hati kerana anda boleh menyunting gambar anda di dalam talian..dan sudah tentu ianya "FREE".Anda tidak perlu untuk memasang pada komputer dan apa yang diperlukan adalah talian internet..malah efek dan fungsi yang disediakan tidaklah susah dan gambar yang dihasilkan juga tidak kurang hebatnya,sesuai untuk anda yang ingin menjalankan suntingan mudah dan mampu membuat rakan-rakan anda berasa kagum dengan foto anda yang tidak ada internet bolehla pergi ke cybercafe ya.Ok ikuti beberapa langkah mudah seperti dibawah.

1.Pergi ke laman yang menyediakan suntingan ini klik sini

2.pilih stail foto yang anda inginkan







3.choose file,upload gambar anda ke Photofunia



4. contoh aku pakai gambar budak ini











6.klik save to disk untuk menyimpan gambar anda didalam pc




7.Contoh gambar yang sudah siap.


































Read More
42
MY FRIEND LIST

Adakah anda mempunyai blog,Mahu letakkanya linknya disini jika mahu anda boleh tinggalkan pesanan di Shoutmix aku,Atau boleh hantar pesanan di Feedback di sebelah kiri blog aku.Di bawah ini adalah Kawan-kawan aku yang Cool anda boleh lawati blog mereka mungkin ada sesuatu yang berguna akan anda dapati di sana.





















Faedah bertukar-tukar link.

Tujuan bertukar-tukar link adalah untuk mendapat visitor daripada blog blogger yang lain dan begitulah juga sebaliknya.Tentu ada di antara anda yang berfikir dengan bertukar-tukar link akan membuatkan Visitor yang berada di blog kita meninggalkan blog dan pergi ke blog yang lain.Jadi ini tentu akan merugikan pemilik blog berkenaan.Mungkin betul juga tetapi cuba anda berfikir dengan lebih mendalam jika anda banyak membuat pertukaran link sudah tentu terdapat banyak link anda di blog blogger yang lain dan semakin banyak link anda di blog blogger yang lain maka semakin baik posisi ranking blog anda di Search engine seperti Google,Yahoo,Msn dll.Jadi Anda juga yang beruntung.Tentu semua pemilik blog mahu mendapat ranking yang baik di search engine so janganlah berasa rugi untuk membuat pertukaran link jika anda masih berfikir ianya merugikan terserahlah kepada anda dan aku pasti sudah tentu tiada pemilik blog yang mahu meletakkan link ke blog anda di blog mereka.Dan yang lebih penting dengan bertukar-tukar link juga dapat mengiratkan lagi tali persahabatan di antara kita semua.Hidup Blogger Malaysia
Dan yang lebih penting dengan bertukar-tukar link juga dapat mengiratkan lagi tali persahabatan di antara kita semua.Hidup Blogger.


Thankk kayuuuu forr ur supporttttttt...
>>>

Read More
0

Read More
0
Ayat-ayat Ruqyah (ayat ini digunakan untuk menghalau jin didalam badan manusia)

Read More