0
Aku nak cerita sedikit kepada anda kenapa aku suka upload file di Ziddu.Com.Tentu sudah ramai dikalangan anda yang sudah mengetahui apakah dia Ziddu.Com.Jika ada yang masih belum tahu disini aku akan terangkan serba sedikit apakah dia Ziddu.Com.Ziddu.Com ini adalah sebuah hosting yang membolehkan kita upload dan download fail seperti video,mp3,gambar dll tanpa had (unlimited).

Kenapa aku suka upload file di Ziddu.com?

Aku suka upload file di Ziddu.Com kerana setiap file yang aku upload disitu aku akan di bayar sebanyak $0.001 untuk setiap file yang di download oleh orang lain.Walaupun jumlahnya agak kecil tetapi oklah daripada tidak dapat satu sen pun dan untuk pengetahuaan anda proses untuk upload file memakan masa yang agak lama berbanding dengan proses download ditambah pula dengan kelembabpan internet yang aku sedang pakai sekarang berjenama Tuuttt..tak boleh cakap nanti orang terasa haha.Jadi sekurang-kurangnya usaha anda itu berbaloi,walaupun anda tidak akan menjadi kaya dengan pendapatan di Ziddu tetapi sekurang-kurangnya bolehla anda belanja kawan-kawan anda roti canai dan teh tarik di kedai mamak haha.Merasa jugak dorang duit dari internet.

Contoh Pendapatan aku di Ziddu.Com..Alahai ciput je haha

screenshot.2

Kenapa Ziddu membayar kita untuk setiap file yang di download?

Ziddu membayar kepada kita untuk setiap file yang telah kita upload dan di download oleh orang lain kerana jika kita banyak upload file jadi sudah tentu ramai visitor yang akan melawati Ziddu untuk download dan traffic ke Ziddu tentu akan meningkat dan seperti yang kita tahu jika Traffic ke sesebuah website itu tinggi contohnya mendapat ribuan pengunjung dalam masa sehari jadi sudah tentu ramai ahli perniagaan ataupun advertisers yang berminat untuk meletakkan iklan di Website itu contohnya di Ziddu.Jadi Ziddu sudah tentu mempunyai duit untuk membayar kepada kita diatas jasa kita tolong memperomosikan Ziddu.com..Jadi sama-samala untung kita dapat unlimited hosting secara free dan dapat bayaran diatas setiap file yang di download Ziddu pula dapat banyak Visitor.

Adakah ada lagi pendapatan lain di Ziddu.Com?

Selain daripada mendapat duit dengan setiap file yang didownload oleh orang lain,di Ziddu juga ada menyediakan pendapatan yang lain.Pendapatan lain yang diberikan oleh Ziddu ialah dari sistem affiliate.Kita akan dibayar sebanyak $0.10 untuk setiap referral jika orang itu join Ziddu.Com.Dan ada banyak cara yang boleh kita buat untuk menjemput orang untuk join Ziddu contohnya seperti menghantar emel,Ym ataupun melalui blog.Jadi jangan tunggu lagi jom dapatkan duit dari Ziddu nak join klik je banner di bawah ini.


Bagaimana Ziddu akan membayar kepada Kita?

Ziddu.Com akan membayar kepada kita apabila akaun kita sudah mencukupi sebanyak minima $10 .Dan ziddu akan membuat pembayaran di akaun paypal kita.Jika anda masih belum mempunyai akaun paypal anda bolehla membuatnya sekarang kerana paypal agak penting jika anda ingin menambah pendapatan dari internet.Untuk register akaun paypal anda boleh klik banner di bawah dan buatla satu akaun sekarang.


Sign up for PayPal and start accepting credit card payments instantly.

Read More
5

pagerank_googleSudahkah anda semak Page Rank untuk blog anda.Jika belum anda boleh semak sekarang kerana Google telah pun update untuk Page Rank. Aku dah pun semak Page Rank untuk blog aku dah aku dapat Page Rank 1 yeaaa..Gembira betul aku .Walaupun baru 4 bulan blogging tapi dah dapat Page Rank 1..Hmm bila la nak dapat Page Rank 10.Nampaknya jauh lagi perjalanan aku ni.Kepada sesiapa yang Page Ranknya tidak naik ataupun turun jangan risau teruskan usaha anda supaya blog anda akan terus maju dan mampu menambah pendapatan untuk anda.Jika anda belum semak anda boleh semak Page rank anda di alamat yang aku beri ini prchecker.info,iwebtool.com,mypagerank.net,marketingdebusca.com atau anda boleh semak di site yang lain.


Read More
4
Adakah anda mempunyai masalah tidak mempunyai cukup ruang untuk meletakkan banner di dalam blog anda?.Jika ya tentu dengan membuat rotating banner ini akan dapat menyelesaikan masalah anda itu.Dengan membuat rotating banner anda akan dapat meletakkan lebih banyak banner di satu kawasan.Semua banner yang anda letakkan ini akan bertukar apabila setiap kali visitor di blog anda melakukan reload ataupun refresh di dalam halaman blog anda.Contohnya anda boleh lihat banner aku yang berukuran 468 X 60 tu dan cuba anda reload ataupun refresh blog aku dan lihat banner itu akan bertukar.Tetapi rotating banner ini hanya akan berhasil untuk image banner sahaja dan tidak akan brhasil untuk text banner.Jika berminat anda boleh melihat cara-cara untuk membuat rotating banner ini di bawah.
1.Anda perlu copy dan pastekan script dibawah ini di kawasan yang anda mahu banner anda itu kelihatan.Contohnya aku letakkan di headerright.

<SCRIPT LANGUAGE="JavaScript">
<!-- Begin
var jumlah_iklan = 3;
var waktu_sekarang = new Date()
var detik = waktu_sekarang.getSeconds()
var pasang_iklan = detik % jumlah_iklan;
pasang_iklan +=1;
if (pasang_iklan==1) {
txt="Tulis Title";
url="Alamat URL";
alt="Alamat URL";
banner="Alamat URL Gambar";
width="468";
height="60";
}
if (pasang_iklan==2) {
txt="Tulis Title";
url="Alamat URL";
alt="Alamat URL";
banner="Alamat URL Gambar";
width="468";
height="60";
}
if (pasang_iklan==3) {
txt="Tulis Title";
url="Alamat URL";
alt="Alamat URL";
banner="Alamat URL Gambar";
width="468";
height="60";
}
document.write('<center>');
document.write('<a href=\"' + url + '\" target=\"_top\">');
document.write('<img src=\"' + banner + '\" width=')
document.write(width + ' height=' + height + ' ');
document.write('alt=\"' + alt + '\" border=0><br>');
document.write('<small>' + txt + '</small></a>');
document.write('</center>');
// End -->
</SCRIPT>



2.Untuk menggunakan rotating banner ini anda hanya perlu tukarkan Alamat Urlnya sahaja.
Contoh banner yang aku sedang pakai
if (pasang_iklan==1) {
txt="Earn Money From Linkworth";
url=" http://www.linkworth.com?a=22220 ";
alt="Alamat URL";
banner="http://www.linkworth.com/adm/affiliate_manager/affiliate_banners/bann-36.gif";
width="468";
height="60";
}


3.Script kode diatas adalah untuk 3 banner sahaja jika anda mahu meletakkan lebih banyak banner anda hanya perlu tambahkan kode scriptnya sahaja.Sila tukarkan no pasang iklan itu kepada no 4 jika anda mahu letakkan 4 banner dan no seterusnya jika lebih.
if (pasang_iklan==4) {
txt="Tulis Title";
url="Alamat URL";
alt="Alamat URL";
banner="Alamat URL Gambar";
width="468";
height="60";
}


dan sila tambahkan no di jumlah iklan itu juga untuk keseluruhan iklan

var jumlah_iklan = 4;
var waktu_sekarang = new Date()
var detik = waktu_sekarang.getSeconds()
var pasang_iklan = detik % jumlah_iklan;


4.Selesai.Semoga berjaya.

creadit to o-om.com

Read More
2

kaspersky-lab-logo

Adakah anda sedang menggunakan windows 7 tetapi ada menggalami masalah dalam memasang antivirus.Sebelum aku install window 7 aku mengunakan Kaspersky Internert Security 7 tetapi selepas menggunakan window 7 aku dah tak boleh menggunakan antivirus itu kerana driver dia tidak serasi dengan window 7.Kepada anda yang mempunyai masalah seperti aku anda boleh cuba menggunakan Kaspersky Antivirus 8.0.0.1015 versi beta.Antivirus virus ini boleh anda download secara percuma di Kaspersky’s FTP site. Download Kaspersky Anti-Virus 8.0.0.1015.Kaspersky Antivirus 8.0.0.1015 versi beta ini juga dilengkapi dengan firewall dan anti-spam.Lesen untuk antivirus ini akan tamat pada 27/11/2009 ada masa lebih kurang 6 bulan lagi untuk menggunakannya.Jadi tunggu apa lagi jom download.

screenshot.1


Read More
6

screenshot.91

Hari ini aku nak berkongsi satu software yang sangat berguna untuk anda yang suka mengedit template.Software ini digunakan untuk membaca warna.Software ini sangat mudah untuk digunakan anda hanya perlu meletakkan mouse cursor di warna yang anda mahukan kemudian software ini akan memberikan kepada anda kode untuk warna tersebut.Software ini juga amat berguna untuk anda menyamakan warna iklan google adsense dengan warna latar di dalam blog anda.Anda tidak perlu untuk install software ini kerana ianya adalah portable jadi anda boleh meletakkannya didalam pendrive.Sila lihat video di bawah untuk mengetahui dengan lebih lanjut bagaimana software ini berfungsi.

q54tt79osmfjxpnolx


Read More
0

Hari ini nak rilek sikit malas nak buat tutorial.Aku nak share dengan anda salah satu lagu kegemaran aku yang dinyayikan oleh Jive Bunny dah lama dah lagu ni hehe..Jom Layan semoga terhibur.
JiveBunnyCapa
Jive Bunny And The MasterMixers -That's What I Like lyrics
Come on everybody, everybody, everybody
C C Come on everybody

I'm gonna sing my song
It won't take long
We're gonna do the twist
We're gonna do the twist
We're gonna do the twist
And it goes like this
C'mon let's twist again like we did last summer
Yeah let's twist again like we did last year
Do you remember when things were really hummin'
Yeah let's twist again twistin' time is here

Hey, hey, hey, hey hey baby won't you take a chance
Say that you'll let me have this dance
Oh let's dance, oh let's dance
Oh do the twist, the stomp, the mash potato too
Any old dance that you want to do
But let's dance, oh let's dance

You shake my nerves and you rattle my brain
Too much love drives a man insane
You broke my will, oh what a thrill
Goodness gracious great balls of fire

Good golly, Good golly, Good golly Miss Molly
You sure like to ball
Good golly Miss Molly
You sure like to ball
When you're rockin' and a rollin'
Can't hear your mama call

C'mon C C C'mon baby, let's do the twist
C'mon baby, let's do the twist
Take me by little hand
And do the twist

On your marks, get set
On your marks, get set
On your marks, get set
On your marks, get set

Well I should have known it from the very start
This girl'll leave me with a broken heart
Listen people what I'm tellin' you
I keep away from runaround Sue yeah
I miss her lips and the smile on her face
The touch of her hair and this girl's warm embrace
So if you don't wanna cry like I do
A-keep away from-a Runaround Sue
Woah...
Oh baby that's the one I like
Who's that flyin' up there
Is it a bird (NO)
Is it a plane (NO)
Is it the twister (Yeah)
Yeah let's twist again like we did last summer
Yea, let's twist again like we did last year
Do you remember when things were really hummin'
Come on, let's twist again, twistin' time is here
Yeah round 'n around 'n up 'n down we go again
Oh baby make me know you love me so then
Come on twist again like we did last summer
Girl, let's twist again, like we did last year
Great balls, great balls, great balls, great balls of fire
On your marks, good golly, get set, good golly
On your marks, good golly, get set, good golly
On your marks, good golly, get set, good golly
Now ready, ready, go

Oh baby that's the one I like, like, ike, ke
MyEm0.Com




Jive Bunny And The MasterMixers-That's What I Like Mp3 Download

Read More
6

bustalk_Full Pernah tak anak anda ataupun adik anda lambat untuk pergi ke sekolah.?

Dalam sebulan agaknya berapa kali.?

Sebab apa anak anda ataupun adik anda lambat untuk pergi ke sekolah?

Adakah berpunca daripada bangun lambat?

Atau adakah berpunca daripada bas yang lembab?.

Jika ianya berpunca daripada bas yang lembab aku syorkan supaya naik bas seperti dalam video di bawah mungkin masalah lambat ke sekolah dapat diatasi.Dan cikgu pun takkan marah-marah lagi.Dan tiket bas ini free hehe..


Read More
17

screenshot.92 Adakah anda berminat untuk meletakkan emoticon di kotak komen anda.Emoticon ini selalunya anda boleh lihat banyak digunakan di wordpress tetapi sekarang sudah boleh dibuat di blogger.Aku membuat tutorial ini kerana adanya permintaan cara-cara untuk membuatnya.Emoticon ini aku ambil daripada template o-om thanks to o-om sebab sudi share template yang cantik.Tetapi emoticon ini tidak akan menjadi bagi sesetengah template jika tak berjaya tu janganlah berasa sedih ya.Ada boleh ikuti cara-cara untuk membuatnya di bawah.

1.Login ke dalam blog.

2.Kemudian anda pergi ke layout ------>Pilih Edit HTML.

edit html

3.Kemudian berikan tanda didalam kotak Expand Widget Template.Jangan lupa untuk melakukan backup keatas template anda terlebih dahulu.Untuk backup template sila klik Download Full Template.

edit 2




4.Kemudian copy script dibawah ini dan pastekan di atas </body>

<script src='http://sites.google.com/site/ariey79site/javascript/emoticonsmiley.js'type='text/javascript'/>

5.Kemudian anda copy pula kode di bawah ini dan pastekan dia dibawah

<b:if cond='data:post.embedCommentForm'>

<div style='-moz-background-clip: -moz-initial; -moz-background-origin: -moz-initial; -moz-background-inline-policy: -moz-initial; width: 350; text-align: left; border: 0px solid #cccccc; padding: 5px; background: #eeeddf; height:86'>
<b>
<img border='0' height='18' src='http://us.i1.yimg.com/us.yimg.com/i/mesg/emoticons7/21.gif' width='18'/> :))
<img border='0' height='18' src='http://us.i1.yimg.com/us.yimg.com/i/mesg/emoticons7/71.gif' width='18'/> ;))
<img border='0' height='18' src='http://us.i1.yimg.com/us.yimg.com/i/mesg/emoticons7/5.gif' width='18'/> ;;)
<img border='0' height='18' src='http://us.i1.yimg.com/us.yimg.com/i/mesg/emoticons7/4.gif' width='18'/> :D
<img border='0' height='18' src='http://us.i1.yimg.com/us.yimg.com/i/mesg/emoticons7/3.gif' width='18'/> ;)
<img border='0' height='18' src='http://us.i1.yimg.com/us.yimg.com/i/mesg/emoticons7/10.gif' width='18'/> :p
<img border='0' height='18' src='http://us.i1.yimg.com/us.yimg.com/i/mesg/emoticons7/20.gif' width='22'/> :((
<img border='0' height='18' src='http://us.i1.yimg.com/us.yimg.com/i/mesg/emoticons7/1.gif' width='18'/> :)
<img border='0' height='18' src='http://us.i1.yimg.com/us.yimg.com/i/mesg/emoticons7/2.gif' width='18'/> :(
<img border='0' height='18' src='http://us.i1.yimg.com/us.yimg.com/i/mesg/emoticons7/8.gif' width='18'/> :X
<img border='0' height='18' src='http://us.i1.yimg.com/us.yimg.com/i/mesg/emoticons7/12.gif' width='18'/> =((
<img border='0' height='18' src='http://us.i1.yimg.com/us.yimg.com/i/mesg/emoticons7/13.gif' width='18'/> :-o
<img border='0' height='18' src='http://us.i1.yimg.com/us.yimg.com/i/mesg/emoticons7/7.gif' width='20'/> :-/
<img border='0' height='18' src='http://us.i1.yimg.com/us.yimg.com/i/mesg/emoticons7/11.gif' width='18'/> :-*
<img border='0' height='18' src='http://us.i1.yimg.com/us.yimg.com/i/mesg/emoticons7/22.gif' width='18'/> :|
<img border='0' height='18' src='http://us.i1.yimg.com/us.yimg.com/i/mesg/emoticons7/35.gif' width='24'/> 8-}
<img border='0' height='18' src='http://us.i1.yimg.com/us.yimg.com/i/mesg/emoticons7/100.gif' width='31'/> :)]
<img border='0' height='18' src='http://us.i1.yimg.com/us.yimg.com/i/mesg/emoticons7/102.gif' width='44'/> ~x(
<img border='0' height='18' src='http://us.i1.yimg.com/us.yimg.com/i/mesg/emoticons7/104.gif' width='30'/> :-t
<img border='0' height='18' src='http://us.i1.yimg.com/us.yimg.com/i/mesg/emoticons7/66.gif' width='18'/> b-(
<img border='0' height='18' src='http://us.i1.yimg.com/us.yimg.com/i/mesg/emoticons7/62.gif' width='18'/> :-L
<img border='0' height='18' src='http://us.i1.yimg.com/us.yimg.com/i/mesg/emoticons7/14.gif' width='34'/> x(
<img border='0' height='18' src='http://us.i1.yimg.com/us.yimg.com/i/mesg/emoticons7/24.gif' width='30'/> =))
</b>
</div>

6.Savekan template anda..Selesai.Semoga berjaya.


Read More
2
Hai..Hari ini aku nak tunjukkan bagaimanakah cara untuk anda memaparkan kod HTML didalam artikel diblog anda.Sebenarnya ada berbagai-bagai cara untuk kita menampilkan kode HTML didalam artikel kita tetapi aku lebih tertarik untuk menunjukkan cara menampilkan kode HTML dengan menggunakan SyntaxHighlighter.Kelebihan yang ada pada SyntaxHighlighter adalah kode HTML yang ditampilkan menggunakan SyntaxHighlighter adalah lebih cantik dan agak kemas.Dan SyntaxHighlighter juga mempunyai fungsi view plain,copy to clipboard dan juga print.






Dengan adanya tiga fungsi ini tentu akan lebih memudahkan orang ramai menyalin kode HTML yang telah dipaparkan oleh anda itu.Jika anda ingin mengetahui cara untuk membuatnya bolehlah anda ikuti tutorialnya di bawah.

p/s:sila klik download full template untuk membuat backup untuk template anda.

1.pergi ke layout ---> edit Html

2.Kemudian anda cari kod ini.

<!-- end outer-wrapper -->


3.Kemudian anda copy script ini dan pastekan dibawah <!-- end outer-wrapper -->

<link href='http://www.geocities.com/jaloea/jaloee/SyntaxHighlighter2.css' rel='stylesheet' type='text/css'/>
<script language='javascript' src='http://www.geocities.com/jaloea/jaloee/shCore.txt'></script>
<script language='javascript' src='http://www.geocities.com/jaloea/jaloee/shBrushCss.txt'></script>
<script language='javascript' src='http://www.geocities.com/jaloea/jaloee/shBrushJScript.txt'></script>
<script language='javascript' src='http://www.geocities.com/jaloea/jaloee/shBrushXml.txt'></script>
<script language='javascript'>dp.SyntaxHighlighter.BloggerMode();
dp.SyntaxHighlighter.ClipboardSwf = 'http://www.geocities.com/jaloea/catut/clipboard.swf';
dp.SyntaxHighlighter.HighlightAll('code'); </script>



4.Di bawah ini adalah cara untuk menggunakannya.Letakkan kode ini apabila anda hendak memaparkan kode HTML itu.
<pre name="code" class="Html">anda masukkan kode HTML/CSS/javascript yang ingin anda paparkan di sini </pre>


5.Selesai.semoga berjaya.

Read More
0

Hai semua..hari ini aku nak kongsi satu video lawak yang aku ambil dari Youtube.Sebenarnya dah lama aku tengok video ini dari tahun lepas lagi dan mungkin sudah ramai yang sudah menontonnya.Tetapi tak apalah kepada yang belum tengok tu bolehlah layan video ini kelakar habis.Tulang ini telah dijadikan alat oleh peminta sedekah untuk mendapatkan wang daripada orang ramai dengan membuat persembahan tarian yang akan ditarikan oleh tulang itu.Kepada orang yang mengendalikan tulang itu diucapkan syabas sebab anda memang seorang yang berbakat dan juga kerana telah berjaya membuat aku terhibur.Jom layan.


Read More
14

screenshot.77 Hari ini aku nak berkongsi dengan anda semua satu perisian yang boleh mengajar anda bagaimana cara-cara untuk format komputer anda.Perisian ini dipanggil WinXp Simulation.Cara untuk menggunakannya sangat mudah anda hanya perlu klik ikon WinXp Simulation ini dan terus untuk belajar format komputer anda.Cara untuk format komputer telah banyak di tunjukkan didalam kebanyakkan blog dan salah satunya di sembangkomputer.com jadi aku tak perlu lagi untuk tunjukkan bagaimana cara untuk format komputer anda boleh pergi ke sana untuk membuat rujukkan dan gunakan WinXp Simulation ini sebagai percubaan untuk anda belajar format komputer.Anda tidak perlu takut untuk menggunakan WinXp Simulation ini kerana ia tidak akan memberikan apa-apa efek kepada komputer anda kerana ianya hanyalah simulasi sahaja.Sila lihat video dibawah untuk mengetahui lebih detail bagaimana WinXp Simulation ini berfungsi..




Read More
5
Aku dapat award dari pakcikdot:ayuk:.Terima kasih ye kepada pakcikdot kerana sudi bagi aku award ni.Kalau dicampur dengan award dari pakcikdot ni aku dah mempunyai lima award setakat ni yeaaaaa.:sinchan.Kepada yang nak bagi aku award tu jangan malu-malu ye hehe.Jom kita terjah blog pakcikdot orang cakap pakcikdot ni encem tapi orangla cakap aku tak cakap pun haha.Jangan marah ye pakcikdot nanti cepat tue..

Read More
9

screenshot.76 Adakah anda sudah mengetahui cara untuk menukarkan Older post dan Newer post di blog anda.Kalau belum mungkin tutorial ini amat berguna untuk anda.Tujuan kita menukarkan Older post dan Newer post kepada bentuk ikon adalah untuk mencantikan lagi penampilan blog kita.Anda bebas unutk meletakkan apa sahaja ikon yang ada sukai.Kalau anda tidak tahu apa itu Older Post dan Newer post sila lihat screenshoot dibawah.

Ini adalah contoh Olderpost dan Newer post yang asal.

screenshot.72

Dan ini adalah Contoh Older post dan Newer Post dalam bentuk ikon

screenshot.71Jika.anda merasa ingin membuatnya anda bolehlah mengikuti tutorialnya dibawah.

1.Untuk membuatnya anda perlukan ikon dan jika anda masih tidak mempunyai ikon anda boleh dapati disini dengan percuma.Kemudian anda perlu uploadkan ikon itu ke server untuk menyimpan ikon itu.Server yang selalu aku pakai adalah Photobucket.Atau anda boleh ambil ikon yang sedang aku pakai di blog aku.

Contoh ikon.

Home http://tinyurl.com/c72hfq

Movies2 http://tinyurl.com/ctkoz8

Movies http://tinyurl.com/d98emd

kemudian anda perlu menukarkan kode diatas menjadi seperti dibawah ini.

2.Kemudian anda pergi ke layout ------>Pilih Edit HTML.

screenshot.69f

3.Kemudian berikan tanda didalam kotak Expand Widget Template.Jangan lupa untuk melakukan backup keatas template anda terlebih dahulu.Untuk backup template sila klik Download Full Template.

screenshot

4.Kemudian anda cari kode di bawah ini.

<span id='blog-pager-newer-link'>
<a class='blog-pager-newer-link' expr:href='data:newerPageUrl' expr:id='data:widget.instanceId + &quot;_blog-pager-newer-link&quot;' expr:title='data:newerPageTitle'><data:newerPageTitle/></</a>
</span>
</b:if>

<b:if cond='data:olderPageUrl'>
<span id='blog-pager-older-link'>
<a class='blog-pager-older-link' expr:href='data:olderPageUrl' expr:id='data:widget.instanceId + &quot;_blog-pager-older-link&quot;' expr:title='data:olderPageTitle'><data:olderPageTitle/></a>
</span>
</b:if>

<b:if cond='data:blog.homepageUrl != data:blog.url'>
<a class='home-link' expr:href='data:blog.homepageUrl'><data:homeMsg/></a>
<b:else/>
<b:if cond='data:newerPageUrl'>
<a class='home-link' expr:href='data:blog.homepageUrl'><data:homeMsg/></a>
</b:if>
</b:if>



5.Tukarkan kode yang aku tandakan dengan warna merah itu dengan ikon yang telah anda upload ke server itu.Contohnya mesti jadi seperti ini.Dan ini adalah contoh ikon yang aku gunakan.

<span id='blog-pager-newer-link'>
<a class='blog-pager-newer-link' expr:href='data:newerPageUrl' expr:id='data:widget.instanceId + &quot;_blog-pager-newer-link&quot;' expr:title='data:newerPageTitle'><img src=' http://tinyurl.com/ctkoz8'/></a>
</span>
</b:if>

<b:if cond='data:olderPageUrl'>
<span id='blog-pager-older-link'>
<a class='blog-pager-older-link' expr:href='data:olderPageUrl' expr:id='data:widget.instanceId + &quot;_blog-pager-older-link&quot;' expr:title='data:olderPageTitle'><img src=' http://tinyurl.com/d98emd'/></a>
</span>
</b:if>

<b:if cond='data:blog.homepageUrl != data:blog.url'>
<a class='home-link' expr:href='data:blog.homepageUrl'><img src=' http://tinyurl.com/d98emd'/></a>
<b:else/>
<b:if cond='data:newerPageUrl'>
<a class='home-link' expr:href='data:blog.homepageUrl'><data:homeMsg/></a>
</b:if>
</b:if>

6.Kemudian savekan template anda dan lihatlah hasilnya.Semoga berjaya.Jika terdapat masalah jangan berasa malu untuk bertanya sila tinggalkan komen anda dibawah.


Read More
6

10203Hello friend,.ucap salam kepada yang beragama islam dan selamat sejahtera kepada yang bukan.Hari ini aku bukan nak buat tutorial tetapi hanya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada kalian yang telah sudi menjadi follower di blog aku dan dan sudi memberi komen dan menjadi pegunjung setia di blog aku.Pada mulanya blog aku agak kurang menerima pengunjung mungkin kerana blog aku baru berusia 2 bulan lebih tetapi Alhamdulilah sekarang sudah ada yang bertandang walaupun tak banyak tetapi oklah sekurang-kurangnya ada jugak yang menghargai jasa aku ini kan.Jika kalian ada mempunyai masalah atau ingin mengetahui tentang tutorial kalian bolehlah bertanya kepada aku Insyaallah aku akan cuba membantu kalian walaupun aku bukanlah seorang yang pandai sangat dalam bidang ini tetapi aku tetap akan membantu kalian setakat yang aku mampu.kalau aku tak dapat menjawabnya aku akan cuba bertanya kepada yang lebih arif.Aku membuat blog ini pun adalah untuk berkongsi pengetahuaan yang aku ada dengan kalian jika kalian ingin tahu sungguh indah rasanya bila kita dapat berkongsi pengetahuaan kita dengan orang lain tambahan jika dapat menyelesaikan masalah yang dia hadapi,aku seorang yang tak boleh duduk diam jika gagal menyelesaikan masalah seseorang sedaya upaya aku akan cuba membantu. Tapi kalau nak pinjam duit takdelah ye hehe.Kalau nak duit pergi jumpa Angah adik Along aku dengar dia baik sikit.Dan aku harap kalian berasa gembira berada di blog aku ini dan diharap agar kalian dapat ilmu yang berguna dan berkongsilah ilmu yang ada disini dengan orang lain.Akhir kata aku ingin mengucapkan terima kasih sekali lagi kepada kalian diatas semuanya.dan diharap agar kalian ceria selalu walaupun dimana sahaja kalian berada dan jagalah diri kalian dengan sebaik-baiknye..


Read More
4

2-thelogoofsocFACEBOOK..sebut sahaja nama facebook tentu sudah ramai yang mengetahui apa tujuan dan fungsinya kepada kita.Facebook boleh dikatakan adalah web jaringan sosial yang agak popular pada masa kini.Di facebook kita bukan sahaja boleh bersosial dengan teman-teman baru dan juga lama tetapi boleh kita juga boleh membuat bisnes disana.Dan yang paling penting ialah kita boleh dapatkan trafic ke dalam blog kita melalui Facebook.tetapi hari ini aku bukan ingin menceritakan tentang membuat bisnes di Facebook tetapi bagaimana kita boleh import blog(Rss feed) ke dalam akaun facebook anda.Jika selama ini anda menghantar artikel ke facebook dengan menggunakan secara manual sekarang tidak perlu lagi kerana anda boleh melakukannya secara automatik.Setiap kali anda membuat post yang baru secara automatik ianya akan muncul di akaun Facebook anda.Jadi dengan membuat seperti ini anda sudah dapat menjimatkan masa anda.Di bawah ini adalah gambar contoh bagaimana aku telah mengimport blog (Rss feed) ke akaun facebook milik aku.

screenshot.69Dan di bawah ini adalah Artikel dari blog aku yang telah dihantar ke dalam akaun aku di Facebook.

screenshot.70Jika anda ingin mengetahui cara untuk memgimport blog(Rss feed) ke akaun facebook anda.Anda boleh tontoni video dibawah ini yang aku ambil di youtube.Semoga dengan video ini dapat membantu anda.dan semoga berjaya aku ucapkan.


Read More
0

44228965.crying_eye1Bangun dan sujud pada tengah malam adalah amalan Rasulullah serta para sahabat.Saidina Abu Bakar al-Siddiq adalah seorang sahabat Rasulullah SAW yang amat penyedih. Apabila beliau membaca ayat Allah, air matanya tidak dapat dibendung. Hatinya begitu lembut, sensitif dan cepat tersentuh. Saidina Umar pula suka mengingatkan dirinya terhadap hari perhitungan.Ketakutan sentiasa menguasai hatinya. Wajahnya diguris bekas aliran tangisan yang terus-menerus mengalir mengingat hari perjumpaan dengan Allah kelak.Ketika dalam keadaan sakit tenat yang membawa kepada kematiannya, beliauberkata, kepada anaknya Abdullah bin Umar: "Letakkan pipiku di atastanah." Abdullah melarang dengan lembut sambil berkata: "Wahai ayah, bukankah itu akan membuatmu semakin sakit?" Umar berkata lagi: "Aku tidak peduli, letakkan aku di atas tanah, celakalah aku jika Tuhanku tidak merahmati aku!"Tangisan adalah ubat bagi hati yang keras. Ia mendatangkan cahaya dan membersih daripada kekotoran dosa, manakala berlebihan tertawa dan bersenda gurau membawa kepada kelalaian, mengeraskan hati dan mengeruhkan kesuciannya.Rasulullah SAW suatu ketika bertemu sahabat yang tertawa sambil bergurau. Baginda SAW bersabda maksudnya: "Jika kamu semua mengetahui seperti apa yang aku ketahui, nescaya kamu akan banyak menangis dan sedikit tertawa."Ada beberapa alasan mengapa orang beriman perlu menangisi dirinya.

a) Dia tidak tahu qada dan qadar atas dirinya.

Rasulullah SAW bersabda maksudnya: "Sesungguhnya kamu dikumpulkan kejadiannya dalam perut ibu 40 hari air mani, kemudian menjadi segumpal darah selama 40 hari lagi, kemudian menjadi seketul daging selama 40 hari, kemudian diutuskan kepadanya malaikat lalu ditiupkan roh kepadanya dan dituliskan empat kalimah iaitu rezekinya, umurnya, amalnya, celakanya atau bahagianya. Maka, demi Allah yang tidak ada Tuhan selain-Nya, sesungguhnya seseorang mengerjakan amal ahli syurga sehingga tidak ada jarak antaranya dengan syurga itu melainkan sehasta, kemudian terdahulu atasnya ketentuan tulisan lalu ia pun mengerjakan amal ahli neraka maka masuklah ia ke dalamnya. Dan seseorang mengerjakan amal ahli neraka sehingga tidak ada jarak di antaranya dengan neraka kecuali sehasta. Kemudian terdahulu atasnya ketentuan tulisan lalu dia pun mengerjakan amalan ahli syurga maka masuklah dia ke dalamnya."

(Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Siapakah yang boleh menjamin nama kita termasuk dalam senarai ahli syurga? Tidakkah hal itu petanda bahawa kita tidak berkuasa menolong diri sendiri? Letakkanlah diri kita sentiasa dalam keadaan cemas, takut dan harap kepada Allah. Caranya dengan banyak menangis dan memohon pertolongan-Nya.

b) Menangislah kerana ingat terhadap malam pertama di alam kubur.

Siapakah yang menjadi teman untuk seorang pengantin yang memakai helaian kafan? Ditinggalkan sendirian menanggung nasib, meratapi kepergian orang yang menghantar ke kuburnya. Jangan pergi! Mana anakku, isteri dan saudara mara yang dulu mengasihiku? Semua hartaku, siapa yang menghabiskan segala jerih payahku selama ini? Lubang itu terlalu sempit, tempat cacing dan ulat menggigit-gigit. Malam pertama di sini sungguh berat ditanggung sendiri. Ada malaikat yang datang membawa urusan amat penting. Persoalan yang bukan senda gurau kekasih pada malam pengantin. Bahkan, gertakan yang mengecutkan hati dan kekerasan yang memadamkan kegembiraan. Siapakah yang mahu menolong aku, menemani dan membela diriku? Di mana sembahyang, puasa, haji dan sedekahku? Datanglah selimuti aku daripada kepedihan seksa ini. Di mana bacaan al-Quran, zikir dan kelembutan lidah yang pernah mengeluarkan kata-kata yang baik? Datanglah semua segala kebaikanku dari atas kepala, di sebelah tangan, di kaki, di seluruh tubuh badan yang kaku dan pucat ini. Siapakah yang sanggup membela jika bukan amal salih di dunia. Mayat itu menangis di perut bumi, menyesal mengapa dulu ia tidak menangis ketika bersimpuh di atas bumi?

c) Menangis kerana ingatkan hari perhitungan.

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: "Orang yang muflis di kalangan umatku ialah: Seseorang yang datang pada hari kiamat dengan pahala sembahyang, puasa dan zakat. Tetapi, dia pernah mencaci si polan, menuduh si polan, menumpah darah si polan dan memukul si polan. Maka akan diberikan kepada orang yang teraniaya itu daripada pahala kebaikan orang tadi sehingga apabila habis pahalanya, sedangkan belum semua terbayar, maka akan diambil ganti dari dosa orang itu dan dibebankan kepadanya dan dia dicampakkan ke dalam neraka kerananya."

(Riwayat Muslim dari Abu Hurairah)

Ingatlah keaiban diri yang terlalu banyak untuk dihitung, jangan sibuk menyebut aib orang lain. Semua orang di sekeliling kita tidak dapat menolong kecuali amal ibadat yang dilakukan dengan keikhlasan. Bilakah saat dan ketika paling tepat untuk kita menangis supaya lembut hati yang keras oleh hawa nafsu yang dituruti? Pada tengah malam yang dingin, bangun dan berdiri tanpa diketahui oleh manusia yang asyik bermimpi, sujud dan doa yang panjang, bacaan al-Quran dan zikrullah juga istighfar. Amalan ini menjadi kebiasaan Rasulullah SAW dan sahabatnya serta menjadi ikutan orang salih yang mahukan ketenangan jiwa pada akhir zaman ini. Ubati kegelisahan, tekanan dan kesakitan jiwa dengan menangis, solat dan zikrullah.


Read More
4

Ini adalah kali keempat aku dapat Award..Murah betul rezeki aku tahun ni buat kerja sikit tp dapat anugerah banyak.Tapi award ni ada rules dia..Alamak ada rules ker..Aku ni memang jenis yang tak berapa suka sangat nak jawab rules ni.Tapi tak apalah untuk tidak mengecilkan limpa orang yang memberi aku award ni aku akan jawab dengan jujur dan Ikhlas.Rules yang telah ditetapkan untuk mengambil award ini adalah:-

1.Copy badge "2009 Cute's 3logger Award" di atas untuk diletakkan di blog anda.
-Siappp.

2.Link/ceritakan kembali siapa yang memberikan award ini kepada anda.
-Award ini diberikan oleh Cik Adra Adlina..Sbb aku baru jer mengenali beliau jadi aku tak boleh memberikan secara terperinci tentang perangai dia tetapi aku tahu dia mesti budak baik..betul tak Adra Adlina?Jom kita selongkar blog dia disini

3.Setiap blogger mesti menyatakan 10 fakta/hobi diri sendiri sebelum memilih penerima award seterusnya.
-Aku tido selalunya 3-4 jam jer sehari
-Dulu aku suka main bola sekarang tidak lagi
-aku sayang sangat screen computer benQ 19 widescreen aku sbb aku beli dia murah.
-aku boleh mengadap screen computer aku berjam-jam sehari tanpa jemu.
-Sekarang aku suka mengedit template-template untuk blogger.Ada sebahagiannya telah hancur aku kerjakan.
-Selepas aku ada blog sendiri aku dah jarang tengok Tv.
-Aku tak suka pergi jalan-jalan dan tengok wayang.Selalu beli cd cetak rompak jer.:P
-Aku suka minum air carrot susu sebab boleh bagi mata jadi terang.Tak percaye ke?
-Aku suka no 9
-Aku juga suka no 10(untuk cukupkan 10 fakta)

4.Anda perlu memilih 6 penerima award seterusnya dan menyatakan nama mereka di blog anda.
-Rata-rata kawan-kawan aku semuanya dah banyak yang dapat Award jadi dengan baik hatinya aku bagi award ni kepada semua yang sudah menjadi follower aku.Yang belum ada award diharap boleh ambil.

5.Jangan lupa untuk melawat blog mereka dan memberitahu mengenai award ini.
-Aku akan datang blog korang naik vespa yang aku dapat ni..VROOOMM……VROOOMMM.

Read More
0

3010_2777NordicWalk_i5

Dari Abdullah bin Umar, r.a., katanya: Rasulullah s.a.w., memegang bahuku lalu bersabda: “Jadikanlah dirimu di dunia ini seolah-olah engkau orang dagang bahkan seolah-olah orang yang dalam perjalanan musafir. ” Dan semenjak itu Ibn Umar selalu berkata: “Apabila engkau berada pada waktu petang maka janganlah engkau tunggu datangnya waktu pagi dan apabila engkau berada pada waktu pagi maka janganlah engkau tunggu datangnya waktu petang dan ambillah peluang dari kesihatanmu itu membuat amal untuk masa sakitmu dan peluang masa hidupmu berbekal untuk matimu.(Bukhari)

Musafir di dunia

Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:“ Bagiku berada di dunia ini ibarat seorang yang berjalan di tengah panas lalu singgah sebentar berteduh di bawah sepohon kayu yang rendang, selepas beristirehat seketika untuk menghilangkan penat, maka beredarlah dia meninggalkan pohon rendang itu dan meneruskan perjalanan”.

Hadith Nabi saw itu adalah satu peringatan terhadap manusia, bahawa kesempatan yang diberikan kepada manusia hidup di dunia ini bukanlah untuk kekal buat selama-lamanya. Sebaliknya dunia hanyalah tempat persinggahan untuk membuat persiapan, mencari bekalan bagi menghadapi suatu penghidupan yang abadi di akhirat.

Inilah hakikat yang diajar oleh Rasulullah saw kepada umatnya, tentang kehidupan di dunia ibarat singgah berteduh di bawah sepohon kayu ketika panas. Bererti singgah sejenak sekadar berteduh untuk menghilangkan letih atau singgah mencari bekalan. Setelah badan kembali segar selepas rehat, seharusnya mereka tidak lalai untuk meneruskan perjalanan.

Contoh yang diberikan oleh Nabi tentang kehidupan di dunia ini amat mudah difahami. Meskipun Nabi menyebut ibarat singgah sejenak berteduh di bawah pohon yang rendang, tetapi kadangkala manusia menjadi asyik dan terlena, apatah lagi jika pohon tempat berteduh itu sedang berbuah lebat dan ranum. Berehat sambil makan buah-buah serta hembusan bayu yang nyaman sungguh mengasyikkan.

Jangan bertangguh

Oleh itu janganlah bertangguh-tangguh dalam berbuat kebaikan dan rebutlah 5 perkara sebelum datangnya 5 perkara.

Dari `Amr bin Maimun al-Audi r.a., katanya: Rasulullah s.a.w., bersabda kepada seorang, menasihatkannya: “Rebutlah peluang lima keadaan sebelum datangnya lima yang lain, - keadaan mudamu sebelum datangnya keadaan tuamu dan keadaan sihatmu sebelum datangnya keadaan sakitmu dan keadaanmu berada sebelum datangnya keadaanmu berhajat dan keadaan lapangmu sebelum datangnya keadaan sibukmu dan keadaanmu masih hidup sebelum datangnya matimu.” (Tirmizi)

Di akhirat tidak lagi dapat beramal. Dunia ini tempat beramal, akhirat tempat dikira segala amalan. Bila tiba di sana, kita tidak dapat kembali lagi ke sini.

Al-Munafiqun [10] Dan belanjakanlah (dermakanlah) sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada kamu sebelum seseorang dari kamu sampai ajal maut kepadanya, (kalau tidak) maka dia (pada saat itu) akan merayu dengan katanya: Wahai Tuhanku! Alangkah baiknya kalau Engkau lambatkan kedatangan ajal matiku ke suatu masa yang sedikit sahaja lagi, supaya aku dapat bersedekah dan dapat pula aku menjadi dari orang-orang yang soleh. [11] Dan (ingatlah), Allah tidak sekali-kali akan melambatkan kematian seseorang (atau sesuatu yang bernyawa) apabila sampai ajalnya dan Allah Amat Mendalam PengetahuanNya mengenai segala yang kamu kerjakan


Read More